Video:- Wartawan KOSMO Bayar Warga Emas RM50 Meniti “Jambatan Maut”

Oleh rmf

 “Ini lah orangnya” Kata Mak Cik Fatimah sambil menunjukkan gambar wartawan yang menyuruhnya  meniti “jambatan maut”.

KOSMO telah menghancurkan etika kewartawanan dan kepercayaan rakyat terhadap berita yang dikeluarkan.

AKHBAR KOSMO BUKAN NILAI BERITA TETAPI NILAI KEUNTUNGAN JUALAN-

Advertisements
Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

Dasar Komunis Kuku Besi DAP Lebih Zalim Dan Kejam Ditambah Pula Dengan Kehadiran Mahathir

Oleh rmf- 5/1/2018

Image result for DAP perkauman

Sejarah tidak pernah menipu tetapi pemimpin yang takut menghadapi sejarah itu terus menipu  untuk meletakkan sesuatu subjek yang lain  sebagai asas diperkatakan dan melupakan sejarah silam tersebut. Continue reading

Image | Posted on by | Tagged , | Leave a comment

SPAD – Kesalahan Penggunaan Bahasa Pada Pengangkutan Awam Adalah Inisiatif Pengendali

Oleh rmf- 3/1/2018

Bahasa Jiwa bangsa, Bahasa memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan  martabat bahasa itu digunakan sepenuhnya Continue reading

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

MCA dan GERAKAN “Teguh Bersama”  Bersatu Misi  dan Matlamat Demi Masayarakat Cina

Oleh rmf – 3/1/2018

FW657389_KL12_020118_PC-scr.jpg

“Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat atau kesefahaman dalam apa juga bentuk tindakan dan kekuatan ayat tersebut tidak dapat dinafikan lagi  kerana perpaduan yang wujud didalam kelompok masyarakat akan menjamin kekuatan yang padu kepada masyarakat tersebut.

Negara Malaysia sebuah negara yang aman damai disamping penduduknya yang berbilang kaum. Keadaan ini dapat dikekalkan kerana berlakunya toleransi antara kaum utama terbesar dinegara kita iaitu Melayu Cina dan India.

Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan keamanan dan keharmonian di mana kita boleh duduk bersama serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.

Ini yang sedang dilakukan oleh pemimpin MCA dan gerakan dimana akan duduk bersama membincangkan perkara penting  untuk masyarakat Cina dan juga memastikan keberkesanan  tindakan untuk menghadapi pilihanraya yang ke 14 akan datang

Persefahaman yang telah berjaya dicapai nanti dan ianya perlu dikekalkan supaya tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta merosakkan semangat  setiakwan serta kesefahaman diantara parti Gerakan dan MCA  yang telah wujud sejak sekian lama dalam politik Negara.

Terdapat banyak kebaikan perpaduan dan kesefahaman yang dilakukan oleh kedua parti terbesar masyarakat Cina  kepada masyarakat Cina dan negara. Antara kebaikannya ialah dapat menerapkan nilai murni dalam masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai.

Keadaan masyarakat yang aman dan damai ini membolehkan aktiviti harian berjalan dengan baik. Masyarakat pelbagai kaum boleh melakukan aktiviti keagamaan dengan bebas dan lancar serta berganding bahu dalam mencapai matlamat dalam politik dan memastikan kestabilan ekonomi yang kukuh.

Perhimpunan MCA-Gerakan Teguh Bersama yang dijadualkan pada Sabtu ini bertujuan untuk mengukuhkan hubungan kerja antara kedua-dua parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ia juga untuk melahirkan komitmen dan tekad dalam persiapan bersama bagi pilihan raya umum akan datang dan menampilkan pencapaian masing-masing, kata setiausaha agung MCA Datuk Seri Ong Ka Chuan dan rakan sejawatannya dari Parti Gerakan Datuk Liang Teck Meng pada sidang media semalam.

Sebvelum ini  MCA dan Gerakan mempunyai pengalaman kerjasama meliputi tempoh sangat lama di bawah struktur BN terutama dalam menegakkan tadbir urus kesederhaaan dan berbilang bangsa. Sebagaimana yang diketahui MCA dan Gerakan mempunyai misi yang sama dalam politik  Negara iaitu mengamalkan sikap kesederhanaan.

Kedua-dua parti mendukung misi memerangi sikap yang memudaratkan polarasi kaum dalam Negara ini. Sebarang agenda untuk menjadikan kepelbagaian bangsa dalam Negara ini bermusuhan  akan ditentang hebat.

Sementara itu, Ong berkata sejak dua bulan lepas, presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong memimpin kumpulan masing-masing dalam lima perbincangan.

“Kami mencapai kesepakatan yang baik. Strategi telah dirangka tentang bagaimana ungtuk mengukuhkan hak dan peluang masyarakat Cina dan memastikan mereka memainkan peranan lebih besar dalam wawasan negara ke arah pembangunan,” kata beliau.

Ong menegaskan bahawa matlamat itu bukan sahaja untuk menyatukan komuniti Cina tetapi menyatukan semua masyarakat.

“Sebagai titik permulaan, MCA dan Gerakan bersedia menjadi contoh melalui kerjasama mengadakan “MCA-Gerakan Teguh Bersama’,” katanya.

Perhimpunan yang akan diadakan di Dewan San Choon, Wisma MCA di sini dijangka dihadiri oleh kira-kira 2,000 peserta terdiri daripada pemimpin pusat, negeri dan tempatan dari kedua-dua parti.

Liow dan Mah dijangka menyampaikan ucapan pada majlis tersebut.

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

Perutusan Tahun Baru- Tiong Lai Berharap  Malaysia Serta  Rakyat Akan Terus Makmur Bersama Barisan Nasional

Oleh rmf – 31 / 12/ 2017

Image result for Tiong LaiSetiap kehadiran Tahun Baru , tidak pernah dilupakan oleh Presiden MCA untuk melahirkan begitu besar harapan terhadap kemakmuran Negara ini yang diterajui oleh Barisan Nasional. MCA merupakan rakan setia yang begitu lama bersama  Barisan Nasional dengan semangat setiakawan yang tiada nilainya. Continue reading

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

Transformasi Calon MCA – Umum separuh Calon Muda Dalam PRU14 akan datang

Oleh rmf – 27/12/2017

Image result for MCA perkenalkan calon muda

Semangat yang tidak pernah luntur dikalangan kepimpinan MCA  setelah banyak kehilangan kerusi pada PRU 13 telah  mengubah corak dan matlamat . MCA menerima semua kehilangan kerusi tersebut dengan hati yang terbuka . Continue reading

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment

SPAD – Medan Pasar Bukan Lagi Hentian Terakhir Bandar (HAB)

Oleh rmf – 25/12/2017

Image result for Spad

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai jumlah pendaftaran kenderaan yang tertinggi di dunia dengan kira-kira hampir satu juta kenderaan baharu setiap tahun. Pembinaan jalan raya dan jalan jalan susur keluar dibina untuk megatasi kesesakan yang berlaku dimasa waktu puncak. Continue reading

Image | Posted on by | Tagged | Leave a comment