Pilihanraya 14- Penentu Nasib Islam Dan Bangsa Melayu Apabila Pluralisme DiIktiraf Pembangkang


Oleh rmf -26/4/2018

Image result for pluralisme agama

Jika anda saorang penganut agama Islam dan berbangsa Melayu sudah pastinya anda akan mempertahankan Agama Islam yang agong ini dari diperlakukan sebagai Agama Berhala yang diiktiraf serata dunia tanpa mengira apa cara sekali pun.

Pilihanraya 14 kali ini adalah penentu kepada Islam dan kedudukan bangsa Melayu di Malaysia.  Ini bukan soal untuk menakutkan rakyat Malaysia berbangsa Melayu. Malah inilah hakikat yang harus diterima dan ditelan walaupun sepahit mana sekali pun.

Kita sedang melihat betapa penularan fahaman Pluralisme dan Orientalis serta liberal yang dahulunya dibuat secara tersembunyi kini telah dituntut secara terangan. Pluralisme adalah fahaman yang menidakkan hukum halal haram yang termaktub dalam Al Quran.

Pemansuhan halal haram  bagi umat islam yang disokong oleh pihak pembangkang  yang dikatakan beragama Islam akan menjurus Islam yang lebih moderate dan liberal dan sama dengan amalam anutan agama yang lain.

Gerakan Pluralisme Agama di Malaysia tidak dapat dilihat dengan jelas atau secara rasmi berbanding di Indonesia. Apa yang berlaku di Malaysia ialah idea pluralisme agama ini berkembang melalui pendekatan secara tidak langsung.

Ianya boleh dilihat dalam beberapa isu yang mula timbul. Anologinya, pada tahun 2001, timbulnya satu cadangan untuk menubuhkan IFC (Interfaith Commission).  Sekarang inya dikembangkan lagi dengan tuntutan Comanggo, G25 yang dipersetujui sokongan oleh pembangkang terutama DAP.

Ianya merupakan satu ancaman serta menimbulkan bahaya kepada umat Islam dalam Negara ini jika ianya tidak ditangani dengan sebaiknya. Tindakan awal akan dapat mengekang perkara ini dari terus menular  kepada pemusnahan aqidah umat Islam.

DAP ialah parti Cina kiasu , tapi kenapa ada sangkut paut dengan Zionis? Jawapannya, tidak perlu dilahirkan sebagai Yahudi untuk menjadi Zionis. SI adalah pertubuhan antarabangsa yang menerima dana daripada Zionis bagi menguasai politik dunia secara ideologi.

Liga Socialist International (SI) disokong padu oleh petualang-petualang Melayu, boleh dilabel sebagai ‘mason’ Melayu.  Liga Socialist International (SI) ini mendukung Pluralisme , komunisme, zionisme dan sekularisme dengan nada yang serius. Kempen komunisme, zionisme dan sekularisme yang dibawa oleh SI dan ahli-ahli anggotanya (termasuk DAP) bukan suatu kerja main-main

Dalam mendambakan keutuhan kekuatan Melayu dipersada politik tanah air, Malangnya, ada juga Melayu yang memberi sokongan kepada mason DAP. Masih ada Melayu yang memberi sokongan kepada Liga Socialist International anggota  yang mahu sungguh-sungguh meranapkan Islam.

Melayu itu sanggup khianat kepada perjuangan bangsa selama ini yang bermatian mempertahankan tanah emas ini. Khiant hanya kerana kuasa dan perbezaan pandangan dalam politik yang mana  akan menjurus kepada kenacuran sebuah bangsa dan kedaulatan Islam.

Kebaikan bangsa Melayu sebelum ini dengan memberikan kelonggaran warganegara kepada  bangsa yang tidak mengenang budi ini telah dibalas dengan tuba yang bias untuk membunuh tangan dan tubuh yang memberikan mereka rezeki dalam Negara ini.

Kebaikan bangsa Melayu perlahan-lahan dibalas dengan tuba hanya kerana untuk menguasai ‘tanah-tanah subur di sepanjang sungai’. Melayu akur walaupun dituba dengan pelbagai fitnah dan  tohmahan oleh mereka ini.. Sikap bertolak ansur ini telah meyebabkan Melayu sentiasa diekploitasikan dalam banyak perkara.

Dalam rencah politik semasa hari ini, tuba-tuba itu semakin meracuni pemikiran sebilangan besar orang Melayu. DAP yang menganggotai Liga Socialist International (SI) disokong padu oleh petualang-petualang Melayu, boleh dilabel sebagai ‘mason’ Melayu.

Ideologi ini adalah agenda yang tersirat dari yang tersurat penubuhan sesebuah parti. Namun  tuntutan dikeji dan dipertikaikan sehingga ada yang mencemuh UMNO. Menyalahkan UMNO kerana menolak gagasan pembangkang yang terus mengekploitasikan isu termasuk agama Islam.

Secara terangan mereka ini  sanggup menggadai maruah, atau dipergunakan DAP untuk diperbodohkan? Menggadai maruah hanya untuk kuasa politik sempit  dan perasaan tidak puas hati  terhadap pemimpin Melayu. Melayu yang sedemikian  menyokong DAP yang sudah terang berpaksikan sekularisme dan zionisme

Melayu ini diperkuda bagi memecah belahkan Melayu, semata-mata untuk melemahkan dan memecahkan undi Melayu.  Melayu Supreme galak memperjuangkan idea pluralisme modul John Hick yang bercanggah dengan Islam.

Menentang pembangkang bukan kerana mereka pembangkang tetapi kerana fahaman PLURALISME AGAMA yang mereka bawa untuk menjahanamkan UMAT ISLAM dengan acuan barat dan didominasikan oleh Orientalis.

Bagi sesetengah orang mereka  berpolitik bukan kerana isu politik, calun atau sebagainya, kerana isu politik sentiasa ada dan dihujahkan. Mereka  berpolitik hanya melihat apakah fahaman tersembunyi yang dibawa, adakah ianya memudaratkan atau sebaliknya.

Mungkin ada yang pernah dengar WAMY, IIIT yang mana satu ketika dahulu yang dianggotai oleh Anwar Ibrahim yang membawa fahaman kepada Islam Moderat, Liberal dan Pluralisme yang begerak hebat dinusantara.

Anda mungkin juga tahu bahawa guru politiknya adalah Buang Imad yang berfahaman Liberal, Pluralisme dan merupakan salah saorang pensyarah di Universiti yang dikuasai Jesuit.

Apakah Plurisme Agama yang dibawa dalam pembangkang?

1- Ianya adalah untuk menimbulkan fenomena baru dalam pemikiran Islam. Ia mencetuskan pelbagai kontroversi dalam dunia Islam dan antarabangsa serta menggugat akidah umat Islam. Di antara ciri pluralisme agama ialah:

2- Ia mempunyai satu gerakan yang terancang yang berlindung di bawah gerakan-gerakan seperti global ethics, human rights dan interfaith dialogue atau dialogue of faith dan civilizational dialogue.

3- Ia mempunyai jaringan luas hampir di seluruh dunia termasuklah Malaysia dan telah lama berakar umbi di Indonesia

4- Ideologi dan fahaman pluralisme agama merupakan suatu serangan mental dan penjajahan pemikiran yang berbahaya terhadap Islam serta penganutnya. Ia dilakukan secara halus untuk mengelirukan pemikiran umat Islam atas nama rasional, toleransi dan perpaduan.

5- Ia mempunyai elemen-elemen fahaman Islam Liberal, sekularisme, rasionalisme, penolakan terhadap autoriti keagamaan, longgar dalam perbahasan mengenai hakikat kebenaran sesuatu agama dan sentiasa cuba menyamaratakan ajaran-ajaran agama yang berbagai.

6- Ia mempromosi nilai-nilai barat dengan berselindung di sebalik slogan dan penekanan kepada terminologi universal values, good values, shared-values, positive values, noble values dan istilah-istilah yang lunak didengari.

7- Ia menanamkan bibit kekeliruan dan ketidakpastian dengan menggunakan moto yang kelihatan baik dan muluk seperti “One God Different Ways”, “Unity in Diversity”, dan lain-lain lagi.

8- Ia memisahkan nilai daripada agama dengan menyatakan nilai sejagat atau universal mengatasi kebaikan nilai agama dan ini menidakkan peranan agama dalam kehidupan seseorang.

Apabila fahaman ini menyatakan nilai-nilai yang diterima majoriti itu adalah suatu kebaikan, maka ia sebenarnya menolak autoriti agama, kesahihan agama dan keabsahan agama.

Ia memperjuangkan kebebasan mengeluarkan pendapat dalam beragama kononnya setiap orang berhak untuk memberikan pandangan walaupun pandangan itu sebenarnya bertentangan dengan agama atau pandangan itu boleh menyakiti penganut-penganut agama lain.

Metodologi yang digunakan mereka iaitu relativisme iaitu dengan menyatakan bahawa kebenaran adalah relatif dan tidak boleh didakwa mana-mana pihak, yang bertujuan kononnya memberi kebebasan yang mutlak dalam mengeluarkan pendapat dalam agama masing-masing.

Jika kebenaran adalah relatif, maka agama juga bermakna bukanlah sesuatu yang benar dan tidak mutlak.

Pluralisme agama lebih cenderung meletakkan neraca akal melebihi neraca agama kerana akal dianggap sebagai berautonomi dan mampu memikirkan segala-galanya.

Kerana itu umat Islam di Malaysia harus  bertekad akan terus menentang dan membawa seberapa banyak yang boleh pembangkang beragama Islam menolak PEMBANGKANG. Sekarang adalah masa untuk Melayu teguhkan bangsa.

Kehebatan bangsa Melayu pada beribu tahun dahulu sudah diperbudakkan di tanah sendiri oleh bangsa yang suatu masa dahulu tidak diterima oleh mana-mana negara.

Biar berdarah tergigit lidah sekali pun, Melayu mesti mementingkan bangsa Melayu sebagaimana dilakukan oleh  DAP. Kita tidak seharusnya lupa bahawa DAP bukan  satu parti yang boleh membela rakyat.

Justeru itu, kekuatan Melayu  adalah  dengan bersatu dan saling bertolak ansur dan bersama memahami perjuangan yang sebenarnya. tujuh amanat pemimpin Melayu di mana salah satu daripadanya ialah menggesa orang Melayu mempertahankan institusi raja-raja Melayu seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Amanat tersebut turut mengingatkan agar kaum Melayu mempertahankan “maqasid shariah” (objektif undang-undang Islam) dan melahirkan bangsa Melayu yang sederhana, tidak ekstrem dan tidak juga liberal.

Advertisements
Image | This entry was posted in Pilihanraya 14- Penentu Nasib Islam Dan Bangsa Melayu Apabila Pluralisme DiIktiraf Pembangkang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s