“Teguh Bersama” PRU14 – MCA Ketengahkan Ramai Calun Muda  Hasil Dari Transfomasi 3 Tahun Lalu


Oleh rmf -24/4/2018

Image result for Teguh Bersama MCA

Berjaya,… itu sepatah perkataan yang dapat ducapkan  apabila melihat dasar transformasi yang dilakukan dalam organisasi MCA keseluruhannya mencapai matkamat yang diharapkan,  setelah kalah teruk dalam pilihanraya yang lalu.

Krisis  kepimpinan dan masalah dalaman yang telah menyebabkan pengundi beralih arah telah menjadi pengajaran bagi kepimpinan MCA yang baru agar satu bentuk perubahan dalaman harus dilakukan bagi mengembalikan keyakinan masyarakat Cina terhadap MCA.

Sebagai presiden MCA yang baru ketika itu , Dato Seri Liow Tiong Lai terus melaksanakan dasar dasar baru dalam MCA dan menstrukturkan semula kepimpinan yang ada sebagai langkah awal persediaan untuk menghadapi pilihanraya14.

Diantara lanhkag awal yang dijalankan ilah mengenal pasti calun calun muda yang berwibawa  untuk menjadi pelapis kepada kesinambungan kepimpinan dalam MCA, Calun calun ini diketengahkan oleh Presiden MCA kepada masyarakat Cina.

Konsep tradisi yang mana diamalkan sebelum ini telah diubah dengan memberikan peluang kepada calun yang muda bagi menimba pengalaman  bersama calun yang lama di persekitaran kawasan  dan mengenal masyarakat dengan lebih awal lagi.

Menurut Tiong Lai, MCA telah membawa bakal calun kelapangan  sejak 3 tahun yang lalu,  Hasilnya dalam penamaan calun pada kali ini Perdana Menteri  telah merestui pilihan calun muda yang disenaraikan sebagai calun yang akan bertanding untuk memastikan kemenangan Barisan Nasional.

Bukan itu sahaja MCA dalam memastikan kemenangan dan  dapat memenangi semula kerusi yang telah kalah  pada PTRU yang lalu. MCA mengambil pendekatan  menggunakan  strategi “tracker”  yang mana  mengesan semula pengundi dan membawa mereka kembali kedalam sokongan Barisan Nasional.

Kerja keras oleh  jentera MCA seluruh Negara  sejak 2 tahun yang lalu telah mendapat sambutan dan diterima baik oleh masyarakat Cina , MCA tidak akan  menunggu dan membiarkan pengundi terbiar setelah kekalahan diterima.

Kaedah yang dilakukan oleh MCA ini sedikit sebanyak  dilihat telah menghargai sumbangan dan pengorbanna pengundi walaupun telah banyak kehilangan kerusi. Pada kali ini semangat jentera PRU MCA amat bersunguh sunguh menyokong pendekatan yang diambil oleh Presiden.

Perkara ini bukan sahaja dipihak MCA tetapi juga semua jentera pilihanraya BN telah bersedia menghadapi PRU kali ini. Rombakan besar besaran yang dilakukan telah mernunjukkan hasil  dalaman MCA sendiri.

MCA banyak diwakili calon baharu dibanding dengan UMNO yang campurkan muka baharu dan lama. Dalam hal ini MCA terpaksa lakukan pembaharuan meyeluruh disebabkan untuk mengubah persepsi yang lama dimana telah menyebabkan kekalahan.

Beberapa kerusi termasuk  kerusi Sungai Pelik dan Kuala Kubu telah diberikan perhatian khusus oleh MCA untuk mendapatkannya semula sebagai menambah jumlah kerusi BN untuk melengkapkan sebagai sebuah kerajaan Negari.

Kita sedia maklum walaupun banyak lagi kersui yang menjadi sasaran MCA tetapi ada diantaranya masih dirahasiakan sebagai kerusi sasaran  untuk menang.

Yang penting memang strategi MCA untuk menang lebih banyak kerusi di kawasan2 tertentu. Dan kita letak calon2 yang boleh menang, yang digemari oleh orang ramai. Matlamat MCA ialah untuk membantu BN memenangi Kerajaan Negeri.

Menurut Tiong Lai lagi, MCA  kena menang Kerajaan Negeri. Apabila MCA  masuk bertanding  adalah menjadi matlamat  utama ialah Kerajaan Negeri. Jelas diperkatakan bahawa MCA  bertanding bukan kerana untuk jadi pembangkang dan menumpang dasar yang merugikan rakyat.

Sikap merendahkan diri dan bekerja untuk parti diamalkan oleh  MCA keseluruahannya, gerak kerja mencari semula ahli ahli MCA untuk kembali kepangkuan MCA dan memberikan sokongan semula diolancarkan.

Akhirnya , MCA telah dapat mencari ramai ahli-ahli MCA kepangkuan MCA. Kalau dulu kita tak cari ahli. Kita biarkan mereka begitu sahaja. Sekarang kita cari ahli. Sekarang ahli MCA dah ramai, meningkat 30 peratus dari kalangan pengundi. Kita cari mereka dan engage dengan mereka.

Mereka jadi ahli MCA tapi kalau kita tak engage mereka awal, mereka tak akan datang balik mengundi. Kali ini kita akan tarik balik semua ahli2 MCA dan juga dapatkan sokongan pertubuhan Cina untuk menyokong MCA dan BN.

Kita lebih yakin kerana persediaan kali ini lebih baik. Lagipun Kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR banyak isu. Mereka gagal tunaikan akujanji pada PRU lalu. Banyak isu di peringkat akar umbi tak dapat diselesaikan seperti banjir, air, sampah, tanah penduduk Selangor.

Menjadi harapan Tiong lai agar masyarakat Cina dan pengundi  di Selangor  perlu memberikan peluang kepada BN kali ini. Kalau Kerajaan Negeri dan Pusat sama, kita boleh atasi semua isu dengan lebih cepat lagi.

Di negeri Selangor apabila kita serah kuasa kepada PKR-DAP kita tahu akhirnya rakyat yang rugi kerana banyak pembangunan tidak dapat diselaraskan dengan baik dan pembangunannya terbantut kalau dibandingkan dengan negeri2 lain.

Menjawab persoalan  gabungan MCA dan Gerakan yang melancarkan  program “Teguh Bersama”  ianya adalah satu program setiakawan dalam kepartian komponen BN yang mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan kemenagan.

Bersatu dibawah satu matlamat dan ianya akan menjadikan komponen lebih kukuh dan kuat dalam memberikan impak dan kepercayaan pengundi terhadap Barisan Nassional. Setiap pemimpin akan turun ke lapangan  untuk membantu calon-calun.

Sikap berkerjasama dalam  membantu calun-calun ini dilakukan nanti dimana MCA akan turun membantu  calun Gerakan dan demikian juga Gerakan membantu calon2 MCA kerana kesepakatan di kalangan parti komponen amat penting. Apabila kita bersatu padu, peluang kita untuk menang adalah lebih baik.

Untuk meletakkan calun MCA akan melakukan perbincangan  dengan jawatankuasa muda MCA di Sekinchan mereka semua setuju kita kena bawa balik profesional balik kampung. Bila kita tengok di Sekinchan, semua orang muda keluar dari Sekinchan dan sudah tiba masanya kita bawa orang muda balik dan bagi peluang kepada mereka jadi wakil rakyat.

Difahamkan bahawa calun yang akan diketenaghkan  adalah  seorang yang minat dalam politik. Seorang profesional yang juga digemari, mudah didekati. Dia lebih popular dari Ng Su Lin yang tidak menunaikan janji2nya. Dia lebih banyak berpolitik dari berkhidmat di Sekinchan.

MCA ada dua wanita dan Pemuda juga ramai. Di bawah 50 tahun adalah lebih 50 peratus sebagai pelapis kepimpinan akan datang dimana ianya merupakan satu persediaan jangka panjang untuk memastikan BN terus  mempunyai kepimpinan muda yang telah digilap.

Adalah menjadi harapan pilihanraya pada kali ini  akan merbitkan kemenangan yang diimpikan oleh MCA setelah berada dalam satu keadaan yang amat terusk dalam sejarah pilihanraya Negara. Dasar dasar pembaharuan dan kesungguhan pemimpin yang proaktif dalam MCA telah melakukan segalanya untuk MCA dan juga BN.

Advertisements
Image | This entry was posted in "Teguh Bersama" PRU14 – MCA Ketengahkan Ramai Calun Muda  Hasil Dari Transfomasi 3 Tahun Lalu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s