Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia Di Langkawi Menolak Fitnah Pihak Tidak Bertanggungjawab


Oleh rmf- 21/4/2018

Sudah menjadi resam pihak pembangkang apa juga yang berkaitan dengan pembelaan terhadap rakyat semuanya akan dimanipulasikan dalam apa cara sekali pun. Mereka tidak mahu rakyat dibela nasibnya, ada sahaja yang tidak menyenangkan hati mereka.

Bantuan demi bantuan yang disalurkan oleh kerajaan kepada pemanbdu telsi adalah bertujuan untuk bersama sama berkongsi hasil Negara yang tidak pernah dikecapi sebelum ini. Bantuan tayar1 Malaysia, Geram pendahuluan  sebanyak RM5 ribu untuk membeli kereta baru dan berbagai lagi termasuk melepaskan beban sewaan pajakan kepada mempunyai permit teksi sendiri.

Semua yang diberikan oleh kerajaan telah menjadi duri dalam daging pihak pembangkang dimana dalam konsep politik yang diamalkan oleh mereka, mengekalkan kemiskinan adalah peluang dan ruang untuk rakyat mengemis kepada mereka dan menyokong mereka.

Sebenarnya dasar politik ini telah lama ditinggalkan oleh banyak Negara yang memastikan ada segolongan rakyat berada diparas kemiskinan dan ketidak mampuan dalam  Negara tersebut, tetapi pembangkang jika kita lihat masih mengamalkan dasar dasar tersebut.

Baru baru ini Perdana Menteri Malaysia  Dato seri Najib Razak telah meyerahkan bantuan  kepada pemandu teksi yang mana   berupa Kad Bantuan  Teksi 1 Malaysia yang bernilai RM800 di ibu Negara. Peberian kad tersebut  telah dihadiri kira kira 10 ribu orang pemandu teksi dari seluruh Negara.

Kad tersebut telah diaktifkan serta merta untuk kegunaan pemandu teksi  membelanjakannya untuk pembeliaan petrol dan gas.

Amat memalukan apabila ada yang sudah melakukan fitnah dilama media sosial yang mengatakan bahawa kad tersebuut akan diaktifkan selepas pilihanraya. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Dua hari lepas, pengedaran Kad bantuan Teksi 1 Malaysia telah diedarkan  di Langkawi dalam satu Majlis yang dihadiri oleh  Yang Berhormat Datuk Nawawi.  Sehingga kini sebanyak 500 Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia telah diberikan kepada  pemandu teksi di Langkawi.

Sebelum ini SPAD telah mengelaurkan edaran tempat  dan tarikh dimana  pemandu teksi boleh mengambil kad bantuan tersebut. Edaran yang dipaparkan dilaman media sosial  serta dalam lain lain media perdana memaklumkan perkara tersebut.

Adalah tidak masuk akal sama sekali apabila ada  rakyat yang tidak bertanggung jawab menyebarkan bahawa pemandu teksi di Langkawi tidak menerima kad tersebut, sedangkan majlis penyerahannya telah pun berlangsung pada 19 April 2018.

Untuk makluman semua pemandu teksi, sebanyak 27,100 kad bantuan yang telah diedarkan bagi seluruh Malaysia. Oleh itu dakwaan bahawa kad tersebut tidak diedarkan di Langkawi adalah tidak benar sama-sekali.

Dalam hal yang demikian SPAD  telah meyediakan sebanyak 67,000 kad untuk pemandu teksi. Jadi  kepada pemandu teksi yang kelewatan untuk mengambilnya , mereka masih mempunyai masa selama 3 bulan untuk mendapatkannya.

Begitu juga untuk pemandu teksi Sabah dan Sarawak juga tidak dipinggirkan dalam menikmati perkongsian hasil Negara yang dilancarkan oleh kerajaan.  Tarikh dan tempat yang sesuai untuk melakukan serahan kad bantuan teksi 1 Malaysia kepada pemandu teksi di Sabah Dan Sarawak akan dibuat  oleh pejabat Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak.

Oleh yang demikian SPAD tidak akan teragak –agak akan mengambil tindakan perundangan terhadap  mana mana pihak yang melakukan berita tidak benar  yang mana akan menjejaskan nama baik SPAD .

Sekiranya dakwaan-dakwaan liar masih berleluasa, SPAD akan mengambil tindakan untuk membuat laporan polis agar penyebar-penyebar berita tersebut disiasat oleh pihak berkuasa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Bantuan Teksi 1Malaysia, sila layari

www.spad.gov.my/ms/pengusaha-kenderaan/teksi/kad-bantuan-teksi-1malaysia

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di pejabat-pejabat SPAD bermula Isnin (16 April hingga 16 Julai 2018)

  • Pejabat SPAD Kelana Jaya
  • Pejabat SPAD Putrajaya
  • Pejabat SPAD Pulau Pinang
  • Pejabat SPAD Kuala Terengganu
  • Pejabat SPAD Johor Bahru

Pengambilan Kad Bantuan 1Malaysia di cawangan-cawangan SPAD bermula Selasa (17

April hingga 16 Julai 2018)

  • Cawangan SPAD UTC Kuantan
  • Cawangan SPAD Melaka
  • Cawangan SPAD UTC Ipoh
  • Cawangan SPAD UTC Alor Setar
  • Cawangan SPAD UTC Kota Bahru
  • Cawangan SPAD Langkawi

Dikongsikan bersama  gambar ketika majlis penyerahan tersebut

Advertisements
Image | This entry was posted in Penyerahan Kad Bantuan Teksi 1 Malaysia Di Langkawi Menolak Fitnah Pihak Tidak Bertanggungjawab and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s