Liow- Kebajikan dan Pembangunan Untuk Rakyat  Adalah Teras Perjuangan Barisan Nasional


Oleh rmf – 20/4/2018

Sokongan rakyat dalam pilihanraya memastikan pembangunan untuk rakyat dapt dilaksanakan dengan lancar dan tiada halangan sebagaimana yang telah berlaku dalam Isu air bersih di Selangor.

Hasilnya rakyat akan terus menderita akibat  kerajaan yang memerintah mementingkan perkara lain- Ini bukan sekadar isu yang mahu dibangkitkan, malah ianya adalah satu pembohongan yang dilakukan  oleh pembangkang terhadap rakyat.

MCA sentiasa komited dalam menjalankan tugasan secara senyap atau pun secara terbuka, percakapan banyak pihak tentang MCA diandaikan dan  bagi MCA tugasan kepada rakyat harus dilakukan dalam menjamin kerjasama  berorientasi kan  kehidupan berbilang kaum dalam Negara ini diamalkan.

Sekarang diwaktu menghampiran pilihanraya, MCA memastikan sokongan dari rakyat terhadap kerajaan tidak akan berubah sama sekali, berbagai cara dilakukan  dan segalanya hanya untuk rakyat terutama  untuk masyrakat Cina dalam Negara ini.

Pembangkang sudah pastinya akan akan melakukan tentangan hebat dalam segala bentuk usaha untuk  rakyat dilancarkan. Pembangkang hanya mahu melihat rakyat sentiasa melutut dan meminta minta dari kepimpinan  mereka.

Cara ini adalah cara untuk memastikan pembangkang akan dapat mengikat sokongan, habuan akan diberikan kepada rakyat dalam bentuk sumbangan  dan tampa perlu melakukan  pembangunan untuk rakyat.

Tambahan pula dipihak pembangkang kehadiran Mahathir sedang cuba sedaya upaya untuk mengelirukan rakyat terutama bangsa Melayu dalam membentuk sokongan kepada DAP. Perkara ini tidak seharusnya berlaku jika rakyat melihat sejarah silam pemerintahannya.

Rakyat tidak boleh membenarkan agenda peribadi Mahathir Mohamad merampas hak mereka untuk memilih kerajaan yang bertanggungjawab dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata tindakan Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak selaku perdana menteri. Diwaktu ini rakyat sedang melihat bagaiman Mahathir memainkan isu yang menjurus kepada keretakan keharmonian kaum dalam Negara ini.

Tiong Lai juga mengingatkan kepada rakyat dan harus faham bagaimana berbagai  cara tak taktik licik yang  dilakukan oleh  pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan. Rakyat seharusnya menilai setiap kata kata  yang dihamburkan terhadap kerajaan.

Menurutnya lagi, rakyat diberikan amanah yang besar dalam memilih kerajaan yang stabil  serta mementingkan kebajikan  dan selari dengan pembangunan yang dilakukan  yang mana berkepentingan rakyat.

Jika dilihat secara teliti , kebanyakan politik yang diamalkan oleh pembangkang adalah bersifat balas dendam dan  saling untuk menguasai dan berkuasa. Oleh itu sudah pastinya tiada agenda untuk kepentingan rakyat  diutamakan.

Untuk menjayakan agenda peribadinya terhadap perdana menteri,  Mahathir telah memutarbelitkan pelbagai kebaikan yang dibawa kerajaan sehingga sanggup memesongkan fikiran rakyat dengan tuduhan serta dakwaan tidak berasas semata-mata untuk membangkitkan kebencian terhadap Najib dan Barisan Nasional (BN).

Menurut Liow lagi, Hasil perancangan dan agenda tersusun bagi memajukan rakyat dan negara yang dirangka perdana menteri, rakyat tentunya tidak boleh membenarkan pilihan raya ini dirampas oleh  Mahathir dan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Liow yang juga Menteri Pengangkutan merangkap Presiden MCA berkata demi mencapai matlamat peribadi itu, Dr Mahathir yang kini merupakan pengerusi Pakatan Harapan telah menimbulkan bermacam-macam persepsi buruk terhadap kerajaan.

“Ini termasuk menuduh Najib menjual kedaulatan negara melalui pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gambang serta pembangunan Forest City di Iskandar Malaysia di Johor,” katanya.

Beliau berkata selaku bekas perdana menteri, Dr Mahathir sebenarnya tahu tentang kaedah-kaedah di dalam menarik pelaburan asing dan faedahnya kepada rakyat tetapi sengaja ‘membutakan mata’ dan terus menaburkan fitnah bagi mencapai hajatnya.

“Tetapi kita yakin tindakan untuk meningkatkan kebencian terhadap kerajaan itu tidak akan berjaya mempengaruhi rakyat yang sekian lama menikmati faedah daripada perancangan yang dibuat kerajaan,” katanya.

Liow selaku penyandang kerusi Parlimen Bentong mengadakan program turun padang sehari di daerah Bentong hari ini.

Advertisements
Image | This entry was posted in Liow- Kebajikan dan Pembangunan Untuk Rakyat  Adalah Teras Perjuangan Barisan Nasional and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s