SPAD- Pengangkutan Awam Terus Mencatatkan Peningkatan Penumpang


Oleh rmf- 22/3/2018

Transformasi pengangkutan awam darat negara yang mula dilaksanakan sejak 2010 telah membantu mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kecekapan dan kebolehpercayaan rangkaian pengangkutan awam.

Hal ini terbukti berikutan pelancaran Bas Rapid Transit Sunway dan Penyusunan Semula Rangkaian Bas Berhenti-henti pada 2015, selain peluasan perkhidmatan rel yang telah menyaksikan peningkatan perkongsian mod dalam pengangkutan awam di Greater Kuala Lumpur mencecah 21% pada tahun 2015 berbanding 10% pada tahun 2009.

Peningkatan ini semakin menghampiri sasaran pada tahun 2030, yakni perkongsian mod pengangkutan awam sebanyak 40%.

Pelbagai usaha telah digembleng bertujuan untuk mendorong rakyat beralih meninggalkan kenderaan peribadi dan menggunakan pengangkutan awam, serta usaha yang dilaksanakan untuk menambah kadar penumpang.

Hal ini kerana infrastruktur yang terbabit sangat mahal, lantas ramai pihak yang mempersoalkan mengapa kapihak kerajaan tidak menyalurkan wang sebanyak itu untuk membantu golongan susah sama ada di luar bandar atau pun di sekolah dan bukan melakukan penambahbaikan  dalam system pengakutan awam.

Peningkatan populasi secara mendadak ini akan memaksa suatu proses urbanisasi yang amat pantas, yang turut mengundang pelbagai cabaran ke atas penduduk bandar dan pihak berkuasa sekiranya ledakan ini tidak didepani secepat mungkin.

Hasilnya melalui dasar transformasi yang dilakukan kerajaan terhadap pengangkutan awam , Sistem pengangkutan awam sedang menunjukkan kemajuan yang memberansangkan disampaing sambutan rakyat menggunakan pengangkutan awam semakin hari terus bertambah.

Menjelang tahun 2020, kawasan Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang diunjurkan bakal mengalami ledakan populasi ekoran penghijrahan penduduk yang semakin ramai ke bandar untuk mengintai peluang kehidupan yang lebih baik.

Jumlah penumpang harian purata perkhidmatan rel dan bas di Lembah Klang/Greater Kuala Lumpur merekodkan trend menaik tahun lepas dengan peningkatan 3.7 peratus atau 1,206,111 berbanding 1,162,717 pada 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) Mohd Azharuddin Mat Sah berkata ini menunjukkan kejayaan usaha kerajaan dalam menambah baik sistem pengangkutan awam negara.

Pencapaian ini merangkumi semua jenis pengakutan awam setelah dilakukan transformasi oleh pihak kerajaan sejak 2010 lagi. Sekarang rakyat boleh menikmati  keselesaan yang dipertingkatkan dan tidak sepertti sebelum ini.

Sekarang kami boleh lihat semua projek pengangkutan seperti MRT (Transit Aliran Mass), Rel Berkelajuan Tinggi serta perkhidmatan bas dan melalui tinjauan yang dilakukan serta kajian pendapat daripada pengguna menunjukkan kami di landasan yang betul.

Berdasarkan laporan itu, rel bandar mencatatkan peningkatan 7.5 peratus jumlah penumpang harian purata tahun ke tahun, disumbangkan terutamanya oleh pembukaan penuh MRT Jajaran Sungai Buloh-Kajang sejauh 51 kilometer pada 17 Julai tahun lepas.

Laporan setebal lapan muka surat bertajuk ‘Menyentuh Kehidupan Menghubungkan Masyarakat’ itu menyemak semula prestasi semua perkhidmatan pengangkutan awam di negara ini.

Suruhanjaya itu juga berkata Transit Aliran Ringan (LRT) Jajaran Kelana Jaya menyaksikan peningkatan 7.0 peratus penumpang harian puratanya kepada 272,684 tahun lepas berbanding 254,854 pada 2016.

Bagaimanapun, Mohd Azharuddin berkata beberapa perkhidmatan pengangkutan mengalami penurunan penumpang disebabkan kerja-kerja menaik taraf termasuk perkhidmatan komuter KTM yang menyaksikan kemerosotan 14.5 peratus susulan projek pemulihan Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT) yang menjejaskan kekerapan tren.

Monorel juga mengalami trend menurun pada 2017 dengan kemerosotan 23.5 peratus susulan pemberhentian perkhidmatan set tren lima gerabak.

Walaupun begitu, Mohd Azharuddin berkata tinjauan Indeks Kepuasan Pelanggan menunjukkan 90 peratus responden berpuas hati dengan pengangkutran awam bandar tahun lepas, meningkat 6.0 peratus berbanding tahun sebelumnya.

“Semakin ramai pengguna yang berpandangan pengangkutan awam menawarkan mereka kaedah yang berkesan dan kos efektif untuk bergerak,” katanya

Bagi perkhidmatan rel antara bandar, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) KTM menyaksikan peningkatan 14.2 peratus kepada 19,835 tahun lepas berbanding 17,367 pada 2016.

Mohd Azharuddin berkata pada masa ini perkhidmatan ETS merupakan mod pengangkutan antara bandar yang popular dan sebanyak RM1.1 bilion telah diperuntukkan bagi membeli 19 tren ETS baharu menjelang 2019.

Bagi perkhidmatan bas, GoKL Bus yang menyediakan perkhidmatan percuma di ibu kota mencatatkan peningkatan jumlah penumpang yang signifikan pada 26.6 peratus kepada 63,218 tahun lepas berbanding 51,812 pada tahun sebelumnya.

Perkhidmatan Bus Rapid Transit (BRT) Sunway pula menyaksikan peningkatan 34.6 peratus daripada 5,382 pada 2016 kepada 7,244 tahun lepas.

Mengenai perkhidmatan teksi, Mohd Azharuddin berkata pada tahun lepas, 1,200 pemandu teksi yang layak menerima permit teksi individu dan seramai 581 pemandu menerima geran kerajaan RM5,000 untuk membeli teksi mereka sendiri.

SPAD juga sedang menunggu Jabatan Pengangkutan Jalan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 tahun ini agar suruhanjaya itu dapat mengawal selia sepenuhnya sektor e-hailing merangkumi operator, pemandu dan kenderaan, kata Mohd Azharuddin.

Beliau berkata suruhanjaya akan melancarkan perancang perjalanan pada suku keempat dan melaksanakan sistem tiket bersepadu menjelang 2019 yang akan menjadikan transit lebih lancar, bagi menarik lebih ramai penumpang.

“Kami juga menyemak semula rangka kerja Pusat Kecemerlangan Rel Negara yang akan ditubuhkan bagi menyokong pembangunan tenaga kerja mahir untuk industri rel,” katanya.

Mohd Azharuddin juga berkata SPAD akan memulakan proses Permohonan Cadangan dalam usaha melaksanakan sistem perkhidmatan trem di Putrajaya, Cyberjaya, Kajang dan Bangi tahun ini.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- Pengangkutan Awam Terus Mencatatkan Peningkatan Penumpang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s