Parlimen Ayer Hitam – Pengundi memilih Politik Bertamadun dan Bukan Politik “Nomad”


Oleh rmf – 18/3/2018

Ayer Hitam kini menjadi duri dalam daging pihak pembangkang . Tindakan terdesak parti ini amat jelas kelihatan apabila terpaksa mengantungkan  kain rentang  “peluru sesat” yang memaparkan sikap yang tidak demokratik dikalangan penyokong dan pemimpin mereka.

Parlimen Ayer Hitam yang dikuasai oleh Barisan Nasional dan pada pru13 yang lalu telah dimenangi oleh Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong.

Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong yang mana telah mengatakan akan menerima sesiapa sahaja calun yang terkuat dari pihak pembangkang untuk bertanding di Ayer Hitam tanpa merujuk mana mana nama tau parti yang akan bertanding di Ayer Hitam.

Bagaimana pun ujar Wee, menurut pemahaman mereka sebagai calun yang terkuat  dimana tidak pernah disebut oleh Wee dalam mana mana sidang akhbar sebagai merujuk  kepada nama calun yang bakal bertanding di Ayer Hitam.

Fitnah, pembohongan serta memanipulasikan isu dilakukan tanpa rasa bersalah terhadap pemimpin Barisan nasional serta pemimpin komponen  yang lainnya terutama dikalangan pemimpin MCA yang mana sejak awal begitu gigih bekerja untuk rakyat.

Istilah bekerja untuk rakyat ini sebenarnya tida dalam kamus pemimpin pembangkang, yang ada hanya bagaimana untuk berpolitik sahaja  24 jam sehari dan mencari jalan untuk membuat isu dan melihat isu dari  sekecil-kecilnya hinga kepada isu yang besar menjadi bahan fitnah mereka.

Prinsip perjuangan MCA amat mudah, sesiapa sahaja yang datang dan berhajat untuk bertanding di Parlimen Ayer Hitam, bagi pihak MCA sentiasa bersedia untuk menghadapinya tanpa ada  persoalan.

MCA berpegang teguh kepada amalan prinsip demokrasi yang diamalkan di dalam Negara ini dan amat yakin dengan kerja keras yang disumbangkan kepada rakyat dan amat yakin dengan cara rakyat melihat dan memilih calun yang sesuai untuk mewakili mereka.

Nampak gayanya, Amanah dijadikan “peluru sesat” dikatakan  untuk bertanding di Parlimen Ayer Hitam berdasarkan sepanduk yang telah direntangkan  dengan menyatakan bahawa Ayer Hitam adalah milik Amanah.

Meletakkan sepanduk Amanah seakan telah disenaraikan sebagai calun Ayer Hitam boleh dikatakan tipu muslihat pembangkang walaupun sebelum ini ada ura-ura Khalid Samad akan bertanding disana,

Propaganda juga dimainkan dengan menyatakan bahawa pengundi dikalangan masyarakat Ayer Hitam lebih suka mereka dipimpin oleh golongan carca merba dan  nomad dalam politik.

Perlu dingatkan bahawa, politik bukan sahaja untuk memilih parti yang kita sukai , namun pada masa yang sama seharusnya masyrakat memilih parti yang menitik beratkan kebajikan dan keperluan rakyat untuk masa akan datang.

Kita sedia maklum pemimpin pakatan hanya mahukan jawatan dan kuasa sahaja dan setelah kemenangan dicapai  pengundi akan ditinggalkan sendirian. Akhirnya pemimpin ini akan meninggalkan mereka pada pilihanraya akan datang.

Justeru itu, sebagai rakyat Malaysia harus sedar dengan peranan isu yang amat penting  dan sentiasa dimanipulasikan oleh pihak pembangkang sebagai modal politik  kotor yang tiada berkesudahannya.

Rakyat Malaysia harus  bijak untuk memilih seaorang calun yang bertanggungjawab terhadap mereka dan bukan calun yang sentiasa mengamalkan amalan “normad” sebagaimana zaman purba.

Advertisements
Image | This entry was posted in Parlimen Ayer Hitam – Pengundi memilih Politik Bertamadun dan Bukan Politik "Nomad" and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s