MCA “Stonger Together” Bersama UMNO/ BN Sebelum Merdeka lagi


Oleh rmf- 18/1/2018

Terlalu banyak isu yang menguris hati dan perasaan orang melayu Islam dan etnik yang lain dalam percaturan politik yang dilakukan oleh pihak pembangkang. Percaturan yang mengugat keamanan, keharmonian serta perpaduan berbilang kaum dalam Negara ini.

Sebelum merdeka lagi, perjuangan untuk mengekalkan keharmonian kaum telah dilakukan oleh orang melayu dengan memikirkan bagaimana untuk meletakkan orang Cina dan India  dalam Negara ini. Pertikaian diantara orang Melayu bersama orang Melayu dalam urusan kaum lain telah lama wujud.

Dikala itu ada yang mencadangkan agar orang Cina dan India diletakkan didalam UMNO  dan ianya ditentang oleh pemimpin yang lain. Akhirnya orang Cina dan India diletakkan didalam parti berasaskan kaum masing masing.

Selepas itu digabungkan dalam sebuah gabungan dinamakan Perikatan. Ini cara UMNO pada ketika itu memikirkan kaum lain, memastikan keharmonian dan perpaduan untuk kaum lain dibela dan tidak dipinggirkan.

Pada masa ini DAP tidak ada lagi,  DAP hanya wujud pada tahun 1965 dan kewujudannya setelah Singapura terkeluar dari Malaysia dan pada masa itu  pengharaman PAP di Malaysia telah dilakukan. Maka  lahirlah DAP yang tidak ada kaitan langsung dengan proses kemerdekaan Negara.

Sebelum kehadiran DAP, orang Cina , India dan Melayu hidup dalam keadaan aman dan damai, setiap keputusan yang dilakukan bersifat menilai sensitivity rakan dari kaum yang lain, Kebersamaan dalam apa juga yang berkaitan dengan kepentingan Negara yang memayungi kehidupan warganya.

Jadi tidak hairanlah jika, DAP yang dianggotai oleh kaum fahaman  komunis sejak dahulu hingga kini  berpolitik hanya untuk kuasa dan menjajah sahaja.  Perkara ini tidak berlaku dikalangan MCA dan MIC yang mengamalkan dasar perkongsian kuasa bersama komponen Barisan Nasional yang lain.

Kenapa tidak berlaku, Ini adalah kerana MCA dan MIC telah bersama sama UMNO dalam memastikan kemerdekaan Negara dan telah menganggap bahawa Malaysia ini adalah Negara mereka sendiri dan tidak perlu ada isu penjajahan.

MCA bukanlah rakan kongsi parti komponen yang hanya senyap dan tidak melakukan apa-apa, demikian tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Najib Tun Razak. MCA  telah mengamalkan “Stonger Together” Bersama UMNO/ BN Sebelum Merdeka lagi. Perkara ini tidak dapat dinafikan lagi.

Parti komponen kedua terbesar BN itu sentiasa menyuarakan pandangan mereka atas pelbagai isu nasional terutama yang berkaitan dengan masyarakat Cina melalui saluran yang betul dan di dalam sistem Barisan Nasional yang ada seperti dalam mesyuarat Kabinet dan mesyuarat Majlis BN.

Suara masyarakat Cina disampaikan melalui MCA. MCA memberikan pandangan dan  pendapat secara berhemah dan bukan dengan cara biadap, namun tegas. Seterusnya meletakkan pertimbangan dan keputusan bersama  dicapai dan mengembirakan hati semua pihak tanpa menjejaskan hubungan setiakawan.

Sebenarnya ramai dikalangan pihak pembangkang mahu memutuskan hubungan MCA dan Gerakan yang mana kedua-dua parti ini adalah rakan terbaik Barisan Nasional. Berbagai kaedah digunakan untuk memecahkan sokongan  diantara kedua parti ini.

Tetapi baru baru ini, MCA dan GERAKAN telah duduk bersama  dalam agenda yang sama  demi menghadapi PRU14 akan datang. Tindakan ini telah menjadikan  DAP seakan hilang ingatan susulan segala agendanya selama ini tidak berjaya.

MCA dan GERAKAN yang mewakili masyarakat Cina sebagai sahabat terbaik dalam lingkaran parti komponen Barisan Nasional (BN).Kedua-dua parti yang ketika ini berada dalam keadaan yang perlu dibantu daripada pelbagai aspek bagi membantu misi menumbangkan pemerintahan DAP di Pulau Pinang.

MCA, GERAKAN dan UMNO ini sebenarnya umpama sepasang kasut, satu hilang maka sebelah lagi tak berguna lagi. Walaupun tak melangkah seiring, tapi menuju ke destinasi yang sama. Sejarah membuktikan, MCA dan GERAKAN adalah rakan setia kita. Mereka adalah komponen terhebat kerana pada ketika ini kita melihat bagaimana rapuhnya Pakatan dan sekutunya yang asyik bercakaran.

DAP yang datangnya dari DNA PAP dilahirkan oleh Kwan Yew didaftarkan di Malaysia selepas merdeka hanya pendatang dari Singapura dipindahkan ke Malaysia sebagai sebuah parti politik yang mempunyai fahaman menguasai dan untuk berkuasa.

Agenda utama mereka ilah memastikan perpecahan orang melayu, Cina dan India dari parti terbesar di Malaysia dapat dilakukan agar prinsip Malaysian Malaysia  dapat dilaksanakan yang berteraskan meritokrasi dengan menidakkan hak hak kaum lain.

Seperti menarik rambut dari dalam tepung DAP memainkan peranan adu domba dan amalan fitnahnya  dalam politik selama 52 tahun  dan sehingga kini telah berjaya memecahkan perpaduan MIC , Perpaduan MCA dan memecahkan kelompok Melayu kepada 4 bahagian.

Kejayaan ini memudahkan mereka untuk menjalankan agenda yang berkaitan dengan hak hak ketuanan Melayu, Islam, Budaya serta adat yang akan dihakis secara perlahan lahan melalui sokongan orang Melayu itu sendiri dengan janji kusa dan jawatan serta imbuhan.

Sekarang DAP terus berani menyuarakan prihal berkaitan dengan  Islam, Hak Melayu, Bahasa dan juga adat resam yang mana DAP akan berasa dilindungi dengan sokongan yang diberikan oleh penyokong Melayu untuk membenarkan semua itu dipijak, diinjak serapatnya.

Dalam sejarah sokongan pemimpin Melayu terhadap DAP ianya bermual apabila Mahathir telah membubarkan UMNO dan merompak segala khazanah UMNO sehingga kini tidak tahu dimanakah harta UMNO sekarang.

Penubuhan Semangat 46  dimana pada ketika itu menyokong DAP  dan salah seorang Mantan Ketua Negara yang menyokong DAP ialah Tunku Abdul Rahman. Sokongan ini adalah bersifat lisan sahaja. Tidak memegang apa juga jawatan serta  tidak hadir kepersidangan DAP. Ini bezanya.

Kini Mahathir menubuhkan parti PPBM, bukan setakat menyokong, malah terus tunduk dengan agenda DAP yang memperjuangkan kesamarataan dan menidakkan hak hak orang Melayu yang mana satu ketika dahulu ketika berkuasa Mahathir mengingati agar ianya dipertahankan.

Mahathir harus ingat bahawa  DAP tidak pernah  menggugurkan perjuangan Malaysian Malaysia yang telah diperjuangakan sejak tahun 1965 lagi. Bukankah matlamat dasar itu ialah menjadikan Malaysia sebagai negara republik yang menolak sistem Raja Berpelembagaan.

Hak Istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana DAP memperjuangkan kesamarataan bukannya kesaksamaan seperti yang dipersetujui dalam sosial kontrak  dan akan menggunakan dasar meritokrasi  sebagaimana dilaksanakan di Singapura.

PAS adalah serpihan dari UMNO akibat pertikaian yang berlaku sebelum merdeka lagi. PAS sejak dahulu terus menjadi sebuah parti yang berteraskan Islam sebagai agenda perjuangan  juga  telah  merasai  penghinaan dan penipuan yang dilakukan oleh DAP terhadap mereka.

PAS meninggalkan Pakatan Rakyat kerana pengalaman buruk ketika sama sama berkongsi kuasa di Perak, Pulau Pinang dan Selangor. PAS sedar bahawa  DAP tidak menghormati Perlembagaan Persekutuan termasuk dalam perkara Islam sebagai agama Persekutuan, Hak Istimewa orang Melayu dan kedudukan Raja Raja Melayu.

Perkara yang sama dilakukan ialah meninggalkan DAP demi agenda Islam Melayu dan Negara. Tetapi Mahathir tidak peduli semua itu, agenda untuk berkuasa semula dan meletakkan  kroninya didalam kuasa pemerintahan , Mahathir sanggup lakukan apa sahaja. Menjilat apa yang dikatakannya.

Justeru itu, harus diingatkan kepada semua penyokong Pakatan Harapan berbangsa Melayu, Jangan anda hanya melihat betapa besarnya dan rimbunnya pokok serta daunannya tanpa mengetahui akar tunjang yang menegakkan pokok tersebut dan akar  serabutnya yang membawa apa yang dimakan oleh pokok.

Perkara ini harus difahami sejujurnya seterangnya agar kita sendiri tidak menyerahkan Islam Melayu dan Negara ini untuk disembelih dan dilapahkan segalanya. Jika ini berlaku tiada apa yang harus dibanggakan lagi dengan sebuah bangsa bernama Melayu yang tyidak berbegara dan dinadfikan segalanya.

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA “Stonger Together” Bersama UMNO/ BN Sebelum Merdeka lagi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s