Apabila Dua “GrandMaster” Machiavelli Bertempur- Masa Depan Bukan Lagi Untuk Rakyat


Oleh rmf – 9/1/2018

“ Masa depan yang paling baik serta Selamatkan Malaysia” bukan satu slogan yang baru telah digunakan DAP untuk mempengaruhi minda rakyat Mlaysia terutama dari kaum Melayu untuk menyokong segala agenda yang ada didalam kerahsiaan politik DAP.

Slogan slogan begini telah lama digunakan sejak tahun 1965 lagi dimana tertubuhnya DAP  sebagai sebuah parti politik yang membawa fahama mnsosialis liberal yang mana tidak menganggap Malaysia sebuah Negara Islam dan memperjuangkan Malaysian  Malaysia.

DAP ditubuhkan hanya kerana untuk melakukan penentangan terhadap hak hak keistimewaan orang Melayu yang dilindungi oleh perlembagaan Negara. Hal ini dapat dibuktikan bagaimana setelah penubuhan DAP diantara kata kata yang dibawa oleh parti ini adalah “kearah masyarakat yang lebih adil dan saksama”.

Keadilan yang dituntut ialah  bagaimna DAP mahukan setiap golongan masyarakat dalam Negara ini diberikan hak sama rata dan  tidak ada hak hak yang memberikan keistimewaan terhadap mana mana kaum.

Tetapi pada sudut yang lain pula DAP lupa bahawa hak keistimewaan tersebut adalah perjanjian yang mana orang Melayu telah mengobankan ketlusan hati untuk memberkan kewarganegaraan terhadap mereka.

Hari ini perjuangan tersebut telah diteruskan oleh Kit Siang tanpa mengubah sedikit pun jalan ceritannya. Perjuangan yang mana telah menipu banayak orang Melayu khasnya  melalui slogan slogan yang diciptakan tetapi membawa maksud yang sama.

Kit Siang tanpa rasa prejudis dalam setiap gerak kerjanya cuba untuk meyakinkan orang Melayu bahawa masa depan mereka akan menjadi lebih baik di bawah kerajaan DAP daripada di bawah kerajaan UMNO. Namun hakikatnya ada agenda sulit yang jarang mahu difikirkan oleh orang Melalu mengenainya.

Kit Siang dalam kepelbagian cara terus cuba membawa masuk pemimpin darui UMNO yang kecewa disebabkan agenda peribadi masuk kedalam  kumpulan Pakatan Harapan dengan tujuan yang sama tepai mempunyi agenda serampang dua mata yang menguntungkan DAP sendiri.

Sebagaimana yang berlaku keatas Devan Nair pemimpin DAP yang bertanggung jawab  terhadap penubuhan DAP di Malaysia Kit Siang tanpa ragu ragu telah membunuh  politik Devan Nair  hanya kerna inginkan kuasa terhadap DAP.

“Menanguk di air yang keruh’ – Ini adalah amalan Kit Siang, beliau akan menggunakan keadaan semasa untuk memperlihatkan dirinya sebagai saorang yang cukup bijak menggunakan keadaan. Sikap ini telah diteruskan sehingga kini.

Sebagaimana Devan Nair yang dijanjikan jawatan presiden oleh Kwan Yew akhirnya telah  dibunuh karier politiknya dengan berbagai bagai  tuduhan skandal yang tidak dilakukan oleh nya dan akhirnya Devan Nair telah lenyap dari poltik DAP dan PAP.

Di Malaysia  kini, Kit Siang terus mernggunakan kaedah yang sama untuk mempergunakan  orang Melayu terutama dikalangan pemimpin Melayu yang gilakan jawatan dan pangkat untuk mencapai cita citanya.

Hari ini, Anwar Ibrahim, Mahathir diantara tokoh tokoh hebat dalam politik telah masuk kedalam perangkap Kit Siang. Mereka berdua ini  telah dijanjikan dengan jawatan Pernada Menteri dan  bagai pihak DAP  hanya perlu menyokong dalam kepuraan.

Sebagaimana kisah Devan Nair , begitu juga yang bakal berlaku kepada Mahathir dan Anwar, Setelah kemenangan dicipta, Mahathir akan diangkat menjadi perdana Mernteri dan DAP akan  terus bersabar dan menunggu masa untuk mengulingkan Mahathir dengan pelbagai tuduhan skandal yang dilakukannya.

Ketika ini, DAP akan melantik sesaaorang yang amat lemah untuk dikawal sepenuhnya untuk menjadi bidak politik yang akan mengugurkan apa yang ada dalam hak orang Melayu. Sudah pasti ianya adalah Wan Azizah Isteri kepada Anwar Ibrahim.

Tetapi harus diingatkan bahawa Mahathir dan Kit Siang adalah pemimpin yang mempunyai agenda yang sama iaitu memastikan legasi  mereka mempunyai kuasa dalam politik Negara dan menguasai segalanya mengikut corak dan cara mereka.

Mahathir dan Kit Siang adalah pemain politik Mechiavelli yang mana kedua dua mereka ini akan melakukan apasaha untuk memastikan salah saorang dari mereka tumbang dan tersungkur. Kedua mereka ini amat berpengalaman dalam hal ini.

Dalam jejak langkah Machiavelli ramai ahli politik berusaha untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi dengan mana-mana kaedah yang dapat difikirkan. Mereka cakap tidak berhenti, memujuk, dan jika ini adalah tidak berkesan, mereka berpura-pura, menipu, dan janjikan dunia.

Dunia atau Negara yang dijanjikan oleh mereka itu seumpama bayangan keindajan  kehidupan tanpa ada sedikit pun masalah yang bakal dihadapi. Tetapi bagi penyokong mereka tidak melihat kedalam janji dan keindakan tersebut. Disini lah dimana mereka telah ditipu oleh  pemimpin ini.

Mahathir dan Kit Siang dalam perlanksanaan agenda mereka  terus berpegang kepada doktrin bahawa politik tidak ada kena mengena dengan moral, etika, dan nilai-nilai agama dan mereka terus membohongi rakyat dalam apa keadaan sekali pun asalkan cita cita mereka berdua tercapai.

Lee Kuan Yew pada tahun 1965 dahulu apabila pemimpin Singapura itu berkata, ‘Melayu tidak akan menderita jika PAP mentadbir. Malah, orang Melayu akan makmur di bawah PAP. ”

Hari ini juga setelah 52 tahun kisah penipuan Kwan Yew terhadap orang Melayu Singapura ,Kit Siang juga  telah mengulangi apa yang Kuan Yew untuk memastikan agenda  sulit legasi DAP terus mendapat sokongan pengundi Melayu.

Begitu juga Mahathir, sejarah politik yang menumbangkan banyak pemimpin  dalam kepelbagain usaha untuk memastikan berkuasa dan mengawal segalanya dibawah satu telunjuk  yang tidak boleh disanggah mana  mana pihak sekalipin.

Pelucutan kuasa Raja Melayu , serta mengekang kebebsana bersuara dan  media dilakukan hanya kerana  kuasa politik yang dianggap sebagai kuasa mutlak dirinya. Hari ni kita melihat sekali lagi  bagaimana Mahathir  membunuh karier politik Muhyiddn.

Kamus Collins English mentakrifkan diktator sebagai seorang yang mengarahkan orang lain tentang dominan, atau seorang yang membuat keputusan mengenai beberapa perkara sebagai kata muktamad. Jadi disini kita melihat diantara Mahathir dan Kit Siang masing masing sedang menunjukkan siapakh yang dominan.

Walaupun pada dasarnya, DAP adalah lebih dominan daripada PPBM yang diketuai oleh Mahathir, Sebagaiman yang telah diterangkan melalui pencerahan maksud dictator itu – ialah orang yang mempunyai kuasa mutlak – atau yang sekurang-kurangnya bertindak seolah-olah mereka adalah ketua kepada orang lain

Hari ni juga, kita melihat dua dictator yang mengamalkan  fahaman Mechiavelli sedang mengatur langkah untuk menumbangkan sesame sendiri. Masing masing melihat ruang yang sesuai dan taktik yang benar berkesan.

Kit Siang dengan persetujuan PKR telah melantik Mahathir menjadi Perdana Menteri jika Pakatan Harapan dan Pribumi membentuk kerajaan persekutuan akan datang. Langkah ini dibuat untuk mempergunakan Mahathir menarik sokongan Melayu menyokong DAP.

Hakikatnya apakah Mahathir akan meletakkan jawatan Perdana Menteri sementara sebagaimana yang dipersetujuinya atau Mahathir akan memecat Kit Siang setelah berkuasa nanti  sebagaiman dia lakukan terhadap Anwar Ibrahim yang menggugat politiknya.

Kedua “Grandmaster” Mechiavelli ini sedang mengatur langkah yang sama untuk memastikan kuasa yang ada dihadapan mereka adalah hanya kepunyaan saorang   diantara mereka. Seperi lazimnya pengamal Mechiavelli ini boleh bersama dalam satu satu masa.

Kit Siang adalah seorang diktator dengan berhujah bahawa Kit Siang, yang telah mempunyai ‘hegemoni’ DAP selama 51 tahun dan begitu juga  Mahathir yang mempunyai ‘hegemoni’ didalam UMNO selama hampir 60 tahun.

Kepada rakyat Malaysia, kita sedang berhadapan dengan  perjuangan dua orang “Grandmaster Mechiavelli” yang bakal menghacurkan segalanya dalam Negara ini. Kerana bagi mereka ‘Matlamat Menghalalkan cara” itu adalah kaedah terbaik untuk berkuasa.

Kesedaran rakyat Malaysia dalam hal ini  perlu diambil tindakan dengan tidak terus menyatakan sokongan  kepada kedua mereka ini melalui kertas undi. Tindakan ini adalah untuk Malaysia dan kesucian Islam  serta rakyat yang ada didalamnya

Advertisements
Image | This entry was posted in Apabila Dua “GrandMaster” Mechiavelli Bertempur- Masa Depan Bukan Lagi Untuk Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s