Sokong DAP Dalam PRU14 – Seperti Meniti Bara Api Dalam Memperjuangkan Islam Bangsa dan Negara


Oleh rmf – 8/1/2018

Image result for Dap Mahu Republik Malaysia

Bagi kita yang sentiasa beringat, tidak akan berlaku akan  jatuh kedalam lubang yang sama dan ditempat yang sama. Sudah pastinya kita akan sentiasa ingat kedudukan lubang tersebut apa bila ingin melalui jalan yang sama.

Begitu juga halnya dengan politik tanah air dan  sejarah politik Negara dimana sesuatu yang memudaratkan berlaku dan ianya mempunyai kesan jangka panjang dan  sudah pasti ianya menjadi satu ingatan agar kejadian yang sama tidak berulang.

Zaman keagongan Andalusia , Keagongan sejarah  Othmaniah serta keagongan Rom serharusnya kita jadikan iktibar bagaimana sabuah kerajaan yang begitu agong telah tumbang akibat daripada  sikap dan sifat tamak dikalangan rakyatnya dan bersekongkol dengan musuh.

Begitu juga dengan sejarah keagongan Tanah Melayu  zaman kesultanan Melaka  dimana  Tanah Melayu ketika itu merupakan sebuah pusat dagangan yang cukup aman dan makmur sehingga perasaan tamak dan haloba serta pengkhianatan terhadap Melayu dilakukan.

Akhirnya tangan tangan Melayu ini lah yang telah membuka pintu kota Melaka dan membocorkan rahsia kedudukan pertahanan yang melindungi Kota melakan dari serangan pihak musuh. Hasil pengkhianatan orang Melayu ini, Melaka adalah pembuka ruang penjajahan sehingga keseluruh Negara.

Tugas PPBM semakin mencabar apabila diberikan kerusi majoriti semata demi mencapai impian dan hasrat Presiden PH mereka untuk menjadi PM. Namun, sejauh mana parti ini mampu bertahan tanpa sokongan daripada DAP, PKR dan juga PAN?

Agak tidak logik bagi sebuah parti baru untuk memiliki sejumlah kerusi yang banyak. Kita tahu DAP dan PKR antara parti yang terkuat dalam PH. Dan tidak mustahil ini adalah antara muslihat mereka dengan meletakkan parti ini dikawasan yang mereka kalah sebelum ini.

Secara perkiraan kasarnya, jika PPBM kalah di setiap kerusi yang dipertandingkan, ianya menjadi percaturan mudah bagi DAP dan PKR mengorak langkah dan membenamkan terus parti ini ke dalam tanah. PAN? Cukuplah duduk diam mengikut telunjuk DAP.

Dalam tidak sedar, disebalik kerusi majoriti kononnya oleh PPBM, kita terlupa akan kerusi yang dipertandingkan oleh DAP di Sabah dan juga Sarawak. Sebanyak 93 kerusi secara total dimiliki oleh mereka. Jadi siapakah sebenarnya pemilik kerusi majoriti dalam Pakatan Harapan  jika bukan DAP?

Untuk mengaburi mata penyokong DAP hanya war warkan jumlah kerusi di semenanjung sahaja sebanyak 35 buah dan menyembunyikan 57 buah lagi di sabah dan Sarawak. Dengan cara ini penyokong yang buta politik melihat DAP telah berkorban  untuk PPBM dan membolehkan Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Percaturan 2+1 yang diamalkan oleh DAP semakin jelas menunjukkan Mahathir hanya diperkudakan. Oleh itu istilah Perdana Menteri Interim yang secara dasarnya tidak pernah wujud dalam perlembagaan, tetapi akan dilakukan jika Pakatan Harapan  mampu menawan Parlimen dengan majoriti mudah iaitu 122 kerusi.

DAN JIKA perkara ini berlaku, nasib hak-hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi akan hilang serta merta dan sistem perlembagaan beraja akan dimansuhkan. Lebih menyedihkan, impian untuk menjadikan negara ini, negara liberal akan terlaksana.

Tertanya macam mana percaturan ini? Senang sahaja. Katakanlah jika DAP kalah 20 kerusi. Mereka masih berbaki 73 kerusi. Ditambah pula jika PKR menang 35 kerusi dan PPBM hanya menang 13 kerusi. PAN? Satu kerusi.

Misalnyalah. Tidak ke jumlah keseluruhannya adalah 122 kerusi?  Bukan kah ini satu keputusan kemenangan yang layak untuk mereka mendominasikan  segalanya di Parlimen?

Idea ini adalah didorong oleh kejayaan PAP di Singapura yang berjaya men‘tranformasi‘kan sistem pentadbiran negara Singapura daripada Sistem Pentadbiran Kesultanan Melayu kepada Sistem Negara Republik Singapura.

DAP dilihat intim mendapatkan khidmat nasihatSingapura dalam mencorak sistem pentadbiran mengikut acuan PAP. Langkah pertama ke arah sebuah republik ialah mengubahsuai melodi Lagu Negaraku dan Bendera Malaysia.

Lagu Negaraku yang baru telah diperdengarkan di Hotel Paramount Sibu semasa di ambang pilihanraya negeri Sarawak pada tahun 2011. Lagu Malaysia baru ini telah membuang perkataan Raja.

Beberapa perkataan lain diubahsuai. Begitu juga melodi dan iramanya semuanya sudah. Penulis lirik lagu Negaraku adalah orang Selangor berbangsa Cina. Orang Selangor juga dia.

DAN JIKA perkara ini berlaku, perkara yang utama akan dilakukan oleh mereka ialah perkara yang berkaitan dengan  hak-hak keistimewaan orang Melayu dan pribumi , Agama Islam serta raja Melayu akan hilang serta merta dan sistem perlembagaan beraja akan dimansuhkan.

Lebih menyedihkan, impian untuk menjadikan negara ini, negara liberal akan terlaksana. DAP sudah berjaya akhirnya untuk menawan Malaysia sekaligus tidak mustahil untuk membenamkan terus rakan seangkatannya; PKR, PPBM serta PAN.

Kita jangan lupa, bahawa  Mahathir, Kit Siang dan Anwar Ibrahim adalah diantara pemimpin yang pakar dalam menggunakan politik Machiavelli dimana kekuasaan, bagaimana kekuasaan ini diraih dan dipertahankan. dan cagarannya adalah Negara.

Dalam era demokrasi pun banyak unsur pemikiran Machiavelli tentang mempertahankan kekuasaan yang layak untuk dipakai, namun tentunya dengan penyesuaian berupa penghalusan cara-cara tindakan.

Misalnya, pemikirannya tentang seorang penguasa harus mengetahui bagaimana menggunakan sifat manusia dan sifat binatang, dan bahwa menggunakan salah satu tanpa yang lainnya tidak akan dapat bertahan.

Sesiapa yang membaca buku Niccolo Machiavelli, ahli falsafah berasal daripada Italy itu akan dapat melihat persamaan tindakan Tun Mahathir dalam berpolitik hari ini selari dengan teori matlamat menghalalkan cara yang diilhamkan oleh Machevelli.

Apakah kita tidak nampak lagi segala yang sedang berlaku di Pulau Pinang dibawah pemerintahan DAP yang mana telah mengabungkan sifat manusia dan binatang dalam menguruskan  pentadbiran di Pulau Pinang.

Mungkin ssesetenagh orang boleh melupaka kata kata  Kit Siang , Namun ianya tetap menjadi penanda aras perjuangan DAP yang sebenarnya.

Kit Siang  pernah berkata  bahawa Jika UMNO tumbang pada PRU14, orang Melayu tidak akan menderita – sebaliknya, Kerajaan Persekutuan yang baru yang terdiri daripada parti-parti Pakatan Harapan termasuk DAP, PKR dan Amanah ditambah Pribumi Bersatu akan bersaing dengan rekod UMNO 60 tahun untuk menunjukkan kami dapat berkhidmat untuk Melayu dan semua rakyat Malaysia.

Ya, Kit Siang tahu bahawa orang Melayu yang akan menentukan sama ada Pakatan Harapan pimpinan DAP beliau dan Pribumi akan berarak ke Putrajaya pada pilihan raya umum akan datang.

Malah, mantra ini telah diucapkan oleh Lee Kuan Yew pada tahun 1965 dahulu apabila pemimpin Singapura itu berkata, ‘Melayu tidak akan menderita jika PAP mentadbir. Malah, orang Melayu akan makmur di bawah PAP. ”

Sudah pasti kita akan menintai pakah yang dimaksudkan “Kerajaan Persekutuan yang baru” – Apakah kita tidak nampak lagi agenda yang disembunyikan oleh  DAP dimana dasar dasar liberal dan sosialis yang bakal diwujudkan dalam kerajaan yang baru.

Jika kita imbas sejarah yang silam, sekarang dimanakah Melayu yang ada di Singapura sekarang , adakah nasib mereka seperti sebelum ini, malah ada diantara orang Melayu yang tinggal di pulau pulau kecil di sekitar Singapura. Terbelakah Melayu sebagaimana dikatakan Lee Kwan Yew.

Begitu juga Melayu yang berada di Pulau Pinang, Terbelakah Melayu yang ada disana seperti sebelum ini. Jadi politik DAP dan PAP adalah politik yang sama iaitu menggunakan orang Melayu sebagai batu loncatan untuk  berkuasa dan menguasi sehalanya.

Dalam hal ini mereka tidak memperdulikan sama sekali apa yang  sewajarnya dilakukan untuk rakyat, malah keuntungan dari sumber  menjadi matlamat perjuangan mereka,

Kapal bakal karam; jika nakhodanya hanya mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan anak kapalnya. Jadi, inikah parti pilihan rakyat?

Advertisements
Image | This entry was posted in Sokong DAP Dalam PRU14 - Seperti Meniti Bara Api Dalam Memperjuangkan Islam Bangsa dan Negara and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s