Tiong Lai- Malaysia Dipilih Semula Menduduki Kerusi Ahli Majlis IMO


Oleh rmf

Keselamatan maritim merangkumi hal ehwal berkaitan keselamatan pelayaran, pelaut, respon tumpahan minyak dan sistem trafik perkapalan.Elemen ini penting bagi memastikan perairan Malaysia selamat dan alam persekitaran marin tidak tercemar.​

Malaysia mempunyai persisiran pantai sepanjang 4500 kilometer. Dengan bilangan kapal-kapal yang belayar di perairan Malaysia meningkat saban tahun, alat bantuan pelayaran adalah amat penting bukan sahaja bertujuan melancarkan perjalanan kapal ke destinasi tetapi juga untuk memastikan keselamatan pelayaran.

Sejajar itu, Malaysia telah mengambil tindakan meletakkan alat-alat bantuan pelayaran di sepanjang perairan negara merangkumi rumah api, tanda arah suar (beacon) dan juga pelampung pandu (buoy).

Kesemua alat bantuan pelayaran ini adalah di bawah pengawasan Lembaga Dius Api yang diuruskan oleh Jabatan Laut Malaysia (JLM)​

Untuk memastikan keselamatan perairan, pelayaran satu projek telah dilaksanakan yang mengabungkan tiga buah Negara . Projek yang dinamakan Marine Electronic Highway Demonstration Project (Projek MEH) adalah merupakan projek yang ditaja oleh Global Environtment Facility (GEF) dan International Bank for Reconstruction and Development (IBRD).

Project ini melibatkan 3 negara iaitu Indonesia, Malaysia dan Singapura dengan kerjasama International Maritime Organization (IMO), International Hydrographic Organization(IHO), International Chamber of Shipping (ICS) dan International Association of Tanker Owners (INTERTANKO).

Projek MEH di Selat Melaka dan Selat Singapura yang turut merupakan Pilot Project IMO ini memiliki 3 (tiga) komponen utama iaitu  untuk memberikan  Perlindungan alam sekeliling marin (environmental protection); Keselamatan lalu lintas laut (safety of navigation); dan Keberlanjutan pendanaan (sustainable financing)

Baru –baru ini, Malaysia dipilih semula untuk menduduki kerusi Ahli Majlis Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini berkata pemilihan bagi penggal ketujuh berturut-turut itu diadakan bersempena Persidangan Agung IMO di Ibu Pejabat IMO, London pada Jumaat .

“Malaysia berjaya meraih sebanyak 131 undi daripada kalangan 24 negara yang bertanding dalam kategori C,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kategori C ialah bagi negara dari kawasan geografi utama yang mempunyai kepentingan bermakna dalam lautan dan pengangkutan kapal.

Beliau berkata kejayaan itu merupakan pengiktirafan negara anggota IMO akan sumbangan dan kepentingan Malaysia di IMO dan dalam sektor maritim antarabangsa dan ini memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing terhadap pentadbiran maritim negara sekaligus akan melabur dalam sektor perkapalan dan pelabuhan negara.

Berikut adalah kenyataan Media yang telah dikeluarkan oleh  Dato seri Liow Tiong Lai


KENYATAAN MEDIA
OLEH YB DATO’ SRI LIOW TIONG LAI

MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

Liow: Malaysia Dipilih Semula Untuk Menduduki Kerusi Ahli Majlis IMO Kategori C Bagi Penggal Ketujuh Berturut-Turut

London, 1 Disember 2017 – Malaysia telah berjaya dipilih semula untuk menduduki kerusi Ahli Majlis International Maritime Organisation (IMO) Kategori C untuk tempoh 2018-2019 bagi penggal ketujuh berturut-turut semasa sesi pemilihan yang diadakan sempena Persidangan Agung IMO di Ibu Pejabat IMO, London pada hari Jumaat, 1 Disember 2017.

Semasa sesi pemilihan tersebut, Malaysia telah berjaya meraih sebanyak 131 undi dari kalangan 24 buah negara yang turut bertanding dalam Kategori C.

Saya telah mengetuai delegasi Malaysia dan turut diiringi oleh Datuk Seri Hj Saripuddin bin Hj Kasim, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan serta pegawai-pegawai kanan kementerian dan agensi yang berkaitan.

Kejayaan Malaysia semasa sesi pemilihan tersebut merupakan pengiktirafan negara-negara ahli IMO akan sumbangan dan kepentingan Malaysia di IMO dan dalam sektor maritim antarabangsa. Kejayaan ini juga merupakan hasil kerjasama dan sokongan daripada setiap agensi di bawah Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Luar Negeri dalam memastikan Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai Ahli Majlis IMO.

IMO merupakan sebuah pertubuhan khusus yang ditubuhkan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan bertanggungjawab terhadap hal-hal berkaitan keselamatan kapal, keselamatan pelayaran dan pencegahan serta pengawalan pencemaran laut yang dihasilkan dari aktiviti perkapalan. Perhimpunan Agung IMO diadakan setiap dua tahun sekali dan pemilihan Ahli Majlis IMO turut diadakan semasa perhimpunan tersebut.

Kejayaan Malaysia mengekalkan kerusi Majlis IMO akan memberi keyakinan kepada pelabur-pelabur asing terhadap pentadbiran maritim negara sekaligus akan melabur dalam sektor perkapalan dan pelabuhan negara yang semakin berkembang maju.

Sebagai ahli Majlis IMO, Malaysia akan menekankan peri pentingnya pembangunan sumber manusia di kalangan negara-negara membangun bagi memastikan bahawa semua negara ahli IMO dapat melaksanakan obligasi mereka serta mengaplikasikan konvensyen-konvensyen IMO yang diterima pakai.

Sebelum ini, Malaysia telah melaksanakan beberapa program pembangunan sumber manusia bagi rantau Afrika, Amerika Latin dan negara-negara dari kepulauan kecil. Malaysia juga telah memberikan sumbangan kewangan kepada World Maritime University, Sweden serta International Maritime Law Institute, Malta bagi meningkatkan fasiliti dan kelengkapan institusi latihan tersebut.

[TAMAT]

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai- Malaysia Dipilih Semula Menduduki Kerusi Ahli Majlis IMO and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s