SPAD – Patuhi Setiap Peraturan Jalanraya Di Musim Perayaan Depavali


Oleh rmf

Image result for SPAD – Patuhi Setiap Peraturan Jalanraya

Sempena dengan musim perayaan Depavali yang akan diraikan , soal keselamatan jalan raya seharusnya diberikan perhatian dan diletakkan sebagai keutamaan semasa melakukan perjalanan pulang kekampung halaman.

Sebagaimana yang kita ketahui dan kita sedia maklum bahawa apabila tibanya satu-satu musim perayaan di negara kita maka akan juga berlaku pertambahan mendadak bilangan kenderaan di jalan raya berbanding hari-hari biasa.

Menurut SPAD keadaan ini akan menyebabkan kesesakan lalulintas dan mengundang pelbagai kerenah dan sikap pemandu yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya.

Sebagai langkah berjaga jaga SPAD  turut memberikan ingatan  kepada  pemandu kenderaan mematuhi  setiap arahan yang dikeluarkan dan mematuhi  peraturan serta undang undang sewaktu dalam perjalanan.

Operasi akan dijalankan sebagaimana  kebiasaan dilakukan dimusim perayaan. SPAD dengan beberapa agensi yang terlibat akan terus melakukan pemantauan dan akan mengambil tindakan yang tegas  kepada pemandu yang meyalahi peratuaran.

Bukan itu sahaja, operasi juga akan dilakukan di kesemua terminal bas dan pusat jualan tiket  diseluruh negara. Ianya bertujuan untuk memantau kejadian “ulat tiket” yang akan mengambil kesempatan untuk memeras  orang ramai yang hendak pulang ke kampung halaman.

Amaran keras kepada pemandu kenderaan awam yang membawa penumpang agar sentiasa menjaga keselamatan penumpang ketika mengendalikan kenderaan dalam perjalanan. Tindakan keras dan SPAD tidak akan berkompromi sama sekali terhadap pemandu yang ingkar peraturan jalanraya.

Kemalangan boleh berlaku pada bila bila masa sahaja dan ianya dapat dielakkan jika semua pemandu yang menggunakan  jalanraya terus mengamalkan sikap sabar dan  sentiasa bertimbangrasa semasa menggunakan jalanraya.

Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di persimpangan dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki. Apabila lampu isyarat bertukar hijau pastikan keadaan laluan selamat terlebih dahulu sebelum meneruskan perjalanan.

Selain daripada itu, merancang perjalanan kita dengan baik adalah sangat penting. Cuba elakkan memandu di saat-saat akhir kerana ini akan menjurus kita untuk bersikap terburu-buru dan sekiranya wujud kesesakan lalu lintas maka kita akan lebih mudah untuk menjadi stress.

Terakhir, kita perlu tanamkan sifat penyabar dan berhemah ketika di jalan raya seperti memberi laluan kepada pengguna lain dan memandu mengikut peraturan jalan raya.

Oleh itu SPAD dalam kenyataan medianya telah memberikan peringatan kepada pengguna jalanraya agar terus melakukan permanduan berhemah dan mematuhi  peraturan Jalanraya demi menjaga keselamatan  dan selamat sampai kedestinasi.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD – Patuhi Setiap Peraturan Jalanraya Di Musim Perayaan Depavali and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s