SPAD- Tambang  Teksi RM950.00 Pemandu Teksi Berhadapan Tindakan Tegas


Oleh rmf

Salahlaku dan sikap mementingkan diri sebilangan pemandu teksi sejak dahulu lagi menjadi runggutan pelangan apabila terdapat diantaranya terus memeras harga tambang kepada pelangan dengan nilai yang tidak masuk akal.

Rungutan ini bukan perkara baharu didalam system pengangkutan teksi dalam Negara ini. Malah mereka menggunakan kesempatan  ini terhadap pelangan warga luar Negara  sebagai magsa pemerasan harga tambang.

 Akibat sikap yang sedemikian ramai diantara pelanggan  telah menukar perkhidmatan mereka kepada perkhidmatan yang muda seperti Grab dan Uber sebagai jalan penyelesaiannya.

Tetapi apabila perkara  ini berlaku , mereka dikalangan pemandu teksi terus melakukan protes dengan berbagai andaian yang dikatakan  menutup periuk nasi mereka.

Tetapi pada masa yang sama mereka langsung tidak memikirkan sikap dan mutu perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan , malah pelanggan merasa takut dan tidak selesa untuk menggunakan perkhidmatan teksi  dan takut akan ditipu.

Kejadian yang berlaku baru baru ini,  dimana terdapat satu laporan yang mana  melibatkan seorang pemandu teksi yang telah memeras harga tambang terhadap dua orang warga Bangladesh  sebanyak RM950 sebagai bayaran perjalanan  sejauh 10KM dari Kuala Lumpur ke Setapak.

Satu laporan polis telah dibuat oleh pihak mangsa pada 18hb yang lalu. Dengan laporan yang telah dibuat oleh mangsa  sepasukan khas dari SPAD telah berjaya menahan seorang pemandu teksi  berumur sekitar 30an yang disyaki telah melakukan pemerasan dan ugutan terhadap dua orang penumpang warga Bangladesh.

Tindakan pemandu teksi tersebut sekali gus telah menjatuhkan imej pengangkutan awam darat  dimata masyarakat. Tindakan ini sekali gus telah mengundang rasa tidak percaya pelanggan terhadap perkhidmatan teksi.

SPAD dalam satu kenyataan yang telah dikeluarkan  telah  menegaskan dan jika didapati bersalah dengan dakwaan yang dibuat tindakan tegas akan diambil tanpa kompromi.

SPAD dalam satu kenyataan media bertarikh 8 Oktober menyebut :

SPAD MENGENALPASTI DAN MEMBERKAS SUSPEK  YANG TERLIBAT DALAM KES PEMERASAN PENUMPANG

Kuala Lumpur, 8 Oktober 2017 – Satu pasukan khas dari Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengenalpasti pemandu yang terlibat dalam suatu kes pemerasan penumpang yang dilaporkan kepada polis pada 18 September 2017.  Pemandu tersebut diberkas oleh SPAD pada 5 Oktober 2017.

Pihak SPAD telah mengarahkan pemandu dan pengendali yang terlibat untuk memberi keterangan di Pejabat SPAD. Teksi yang berkenaan juga telah disita untuk membantu siasatan.

Pemandu tersebut sedang disiasat di bawah Seksyen 75 Akta Pengangkutan Awam Darat 2010, dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

Manakala pengendali teksi yang terlibat sedang disiasat di bawah Seksyen 22 Akta tersebut, dan sekiranya didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak kurang RM1,000 tetapi tidak lebih RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun, atau kedua-duanya sekali. Kenderaan boleh dilucutkan hak di bawah Seksyen 80 Akta tersebut.

-Tamat –

Bagi pertanyaan media:
Bahagian Komunikasi
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat
Tel       : +603 2726 7000/Fax: +607 2726 7300
E-mel    : communications@spad.gov.my

 

 

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- Tambang  Teksi RM950.00 Pemandu Teksi Berhadapan Tindakan Tegas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s