Tiong Lai Hormat Keputusan DBKL -Tony Phua Gagal Menjadikan MCA “Kambing Hitam”


Oleh rmf

“Pesta dan Arak” kini menjadi isu hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia mengenai sikap tidak sensitive DAP dalam mencabar kesabaran semua kaum  dalam setiap isu yang dilakukan dan program yang dilancarkan.

Situasi ini begitu hangat dikecam oleh seluruh rakyat Malaysia yang berpegang teguk kepada amalan keagaan yang mengharamkan pengambilan arak. Malah DAP mencabar kesabaran rakyat Malaysia dengan mengadakan “pesta” besar besaran yang  betemakan arak.

Pemimpin DAP seakan sedang menunjukkan “besar kepala” dimana menyatakan pandangan bahawa mereka akan  meneruskan pesta tersebut walaupun dihalang oleh pihak kerajaan. Bukan kah ini dikira mencabar sensitivity rakyat Malaysia.

Bagi pihak kerajaan telah banyak sikap toleransi yang diberikan kepada pihak pembangkang dalam hal yang amat sensitif dan menguris hati masyarakat Melayu Islam dan pengamal agama kaum lain  dalam Negara ini. Namun demikian atas dasar toleransi  dan sayang kan perpaduan kaum maka orang Melayu serta kaum lain terus bersabar.

Semua agama termasuk Katholik, Buddha, Islam dan lain lain agama melarang amalan minum arak yang memudaratkan. Dalam hal ini Hannah Yeoh tak kan tidak tahu apa larangan ini. Seharusnya Hannah Yeoh bersuata sebagaimana tegasnya dia menyebarkan agenda evangelis kristian.

Dalam banyak perkara, pada kebiasaannya DAP akan mencari isu berkaitan sensitiviti dan dibangkitkan untuk melihat respon rakyat Malaysia dan juga tindakan kerajaan. Jika terdapatnya tentangan , DAP akan menggunakan plan kedua iaitu akan mengaitkan isu ini melalui hak asasi dan kebebasan. Perangkap tetap juga akan dipasang kepada kerajaan.

Menyedari tentangan hebat dari pihak rakyat Malaysia, Tonu Phua terus mengeluarkan kenyataan  didalam sebuah viveo yang mana telah meminta MCA mengeluarkan pandangan terhadap isu “pesta dan Arak” ini kepada umum.

Tindakan Tony Phua ini cuba mengaitkan MCA kedalam kancah  serangan  pesta arak ini adalah untuk melepaskan tengkuk  mereka dan  jika pada masa yang sama terdapatnya mana mana pemimpin MCA memberikan respon terhadap kenyataan Tony Phua sekali gus MCA aklan dijadikan sasaran serangan.

DAP melalui Tony Phua secara terangnya cuba menjadikan MCA sebagai “kambing Hitam” untuk dipersalahkan. Tetapi tindakan ini telah dapat dihidu oleh oleh rakyat Malaysia  niat jahat yang cuba memecah belahkan kekuatan dan sokongan rakyat terhadap MCA.

Kebijaksanaan  Presiden MCA, Dato’ Sri Liow Tiong Lai telah menolak untuk memberikan kenyataan yang menjerat MCA. Malah Tiong Lai  dalam satu  kenyataannya  bersetuju dan menghormati keputusan yang dibuat oleh DBKL untuk menghalang pesta arak yang amat memudaratkan rakyat Malaysia.

Memetik sebaris kata kata Tiong Lai,  “Jika ia adalah kerana sensitiviti politik atau agama, maka saya tidak boleh menerimanya. Tetapi jika ia adalah soal keselamatan, ini sesuatu yang tak mengecewakan saya,”

Melalui kata kata tersebut ianya amat jelas bahawa isu pesta arak ini adalah sesuatu yang melibatkan sensitivity agama bukan sahaja agama Islam  malah ianya melibatkan  penghinaan kepada anutan agama kaum yang lain.

Dengan pendirian MCA itu, amat jelaslah bahawa MCA amat peka tentang isu berkaitan dengan sensitivity agama dan ia seharusnya dielakkan dalam apa cara sekali pun untuk  mengekalkan keharmonian serta perpaduan dalam Negara ini.

Tetapi bagi DAP atas nama politik dan membawa fahaman songsang kedalam Negara ini, DAP serta pemimpin mereka tidak peduli tentang semua itu. Perkara yang penting ialah mereka sedang cuba  membawa Negara ini pada tahap yang menjijikkan dengan sokongan LGBT yang mereka sokong.

MCA melalui kepimpinan  Tiong Lai dan Wee Ka Siong sekarang akan terus memastikan kekuatan perpaduan dan keharmonian serta sensitivity  agama terus dijaga sebaiknya. Ini lah MCA yanbg banyak memikirkan kebaikan masyarakat serta rakyat dalam apa juga bentuk tindakan.

Dalam isu berkaitan penyajian arak secara besaran oleh DAP , DAP cuba mengaitkan bahawa penyajian arak secara terbuka dan  melalui pesta arak ini merupakan budaya masyarakat Cina. Dengan merngaitkan MCA dalam kenyataan Tony Phua ianya  adalah untuk mengukuhkan lagi tindakan mereka sekaligus seakan menyokong program tersebut.

Banyak kenyataan yang telah dikeluarkan oleh MCA  dengan  mengatakan bahawa semua pihak harus menghormati kepelbagaian budaya negara ini. Dan setiap perkara harus ditangani dengan bijak dan toleransi.

Kepelbagaian budaya dengan adat resam dan pantang larangnya serta sensitiviti amalan agama kaum masing-masing harus dihormati,

Ruang bicara yang matang  rasanya tidak diperlukan , mustahil bagi seorang  bergelar “yang Berhormat” didalam DAP  masih lagi tidak mengamalkan Rukun Negara  yang menjadi teras kekuatan kehiduapan berbilang kaum dalam Negara ini.

Seharusnya mereka peka  dalam hal ini, kerajaan tidak menghalang amalan budaya atau tingkah laku keagamaan yang diamalkan oleh kaum dalam Negara ini. MCA amat jelas tentang hal ini dan  sebagai pemimpin nombor 1 MCA , Tiong Lai menghormatinya.

Ketegasan Tiong Lai dalam  hal ini  menunjukkan kematangan serta sikap bertanggungjawab dan peka terhadap sensitivity kaum dalam Negara ini.

MCA sedar amalan  demokrasi dalam Negara ini masih lagi bersifat toleransi dalam banyak perkara dan sehingga kini sekatan-sekatan yang dilakukan ada hubungkaitnya dengan sensitiviti pegangan agama yang bakal menjurus kepada perpecahan perpaduan dalam Negara.

MCA menyokong tindakan yang diambil oleh DBKL agar penganjuran ini tidak dibuat adalah tetap dengan memikirkan sensitiviti banyak kaum dalam Negara ini. Sikap sedemikian amat penting demi memupuk perpaduan dalam masyarakat berbilang pandangan dan kebudayaan.

Menurut MCA lagi Kerajaan sejak dahulu lagi memberikan ruang perbincangan yang rasional, tidak emosi dan menghormati kepelbagaian budaya negara ini. Sebarang bentuk tindakan yang akan diambil oleh kerajaan sudah tentunya dimanipulasi isu ini untuk menjolok sensitiviti di kalangan rakyat bagi mencapai kepentingan tertentu.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Tiong Lai Hormat Keputusan DBKL -Tony Phua Gagal Menjadikan MCA “Kambing Hitam” and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s