Hanya Diatas Kertas- Perjuangan Agenda Melayu Tiada Dalam Wadah Perjuangan Pembangkang


Oleh rmf

Image result for DAP dan PPBM PKR

Apabila kita menyebut isu berkaitan dengan agenda Melayu, sekali gus ada diantara kita terus menyemaikan perkataan Rasist yang mana ianya adalah bersifat perkauman  dan menidakkan hak hak kaum yang lain  dalam Negara ini.

Pemikiran songsang ini selalunya dimainkan oleh pihak pembangkang untuk meraih satu bentuk sokongan yang mana akan menjurus perasaan kebencian  sebilangan rakyat terhadap pemerintah dalam Negara ini.

Internet dikala ini sebagai satu sumber rujukan yang amat pentinf dimana semua maklumat boleh dfidapati hanya dihujung jari.

Jika dirujuk kamus Oxford antarabangsa, makna rasis ialah satu kefahaman bahawa sesuatu bangsa itu lebih mulia berbanding bangsa lain hingga menebal nilai prejudis dan terjebak kepada perlakuan diskriminasi yang menafikan hak bangsa lain kerana dianggap lebih rendah martabatnya berbanding mereka.

Hakikatnya, mereka yang sering memperjuangkan agenda Melayu dan Bumiputera tidak pernah mendakwa Melayu itu lebih mulia berbanding bangsa lain. Mereka juga tidak sesekali mendesak agar kerajaan melakukan dasar diskriminasi hingga menafikan hak dan kepentingan bangsa lain sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.

Pihak pembangkan di Malaysia acap kali memainkan hal ini sehingga ianya menimbulkan satu bentuk  ketidak selesaan diantara warganegara yang mana sebelum ini hidup dalam keadaan yang cukup aman dan harmoni.

Justeru itu kita tidak hairanlah jika pihak pembangkang dalam Negara ini terus menolak  agenda bangsa Melayu yang mana teramat nyata ianya  telah disalah ertikan oleh pemimpin politik mereka dengan tujuan  kepentingan politik.

Agenda Melayu atau lebih dikenali sebagai satu pentuk perjuangan yang mana banyak mengingati bahawa  perjuangan untuk memajukan bangsa dan mendaulatkannya agar bangsa Melayu seiring dengan arus perjuangan kehidupan dan tidak ketinggaln kebelakang.

Agenda Melayu dengan menjunjung prinsip keadilan dan kebenaran sahajalah yang mampu menjelmakan semangat kebangsaan luhur dan tidak mudah terjerat dalam kerangka asabiyah jahiliyah atau fanatik kesukuan melulu sebagaimana yang diamalkan oleh masyarakat Arab jahiliyah sebelum Islam.

Tetapi kerangka asabiyah jahiliyah atau fanatik kesukuan ini lah yang menjadi dasar perjuangan pembangkang dimana memastikan nilai nilai koronisme dan nepotisme diamalkan dengan memijak hak hak kaum yang lain serta menafikan nya.

Perjuangan nasionalisme Melayu yang harus sentiasa berpaksikan nilai-nilai keislaman sejati yang bersifat rasa kemanusiaan dan persaudaraan sejagat serta menjunjung prinsip keadilan dalam meyemai nilai nilai penyatuan  yang kukuh.

Apabila Mantan Perdana Menteri  Mahathir  dalam satu ucapannya  secara jelas telah menolak agenda ketuanan Melayu , ianya sekali gus telah memberikan gambaran bahawa selama ini  setiap patah perkataan yang dilontarkan  semasa berkuasa  hanya untuk mengekalkan koronsme dan  nepotisme agar terus berkuasa.

Ketuanan Melayu atau agenda Melayu hanya retorik yang diperjuangkan olehnbya satu ketika dahulu. Agenda yang tidak memberikan apa juga makna dala sanubarinya jika kronsme nya tergugat dalam menguasai segalanya.

Secara jelasnya, perjuangan PPBM yang dikertuai oleh Mahathir, PKR oleh Anwar Ibrahim , DAP oleh Lim Kit Siang adalah tiga kelompok  parti politik yang secara jelas mengamalkan dasar kornsme dan nepotisme dimana mereka menggunakan bangsa lain untuk memastikan agenda kroni mereka tercapai.

Dasar amalan asabiyah jahiliyyah ini seringkali diamalkan dengan nilai sombong, tidak rasional sehingga menolak nilai-nilai kebenaran dan keadilan semata-mata atas dorongan sentimen dan kepentingan kelompok mereka sendiri.

Kesombongan pemimpin tiga kelompok ini dapat dilihat apabila mereka hanya mementingkan diri serta kuncu mereka sahaja malah tidak mempedulikan kesengsaraan kaum lain jika ianya tidak memberikan faedah kepada mereka.

Dasar perjuangan  Melayu ditolak dengan mudah sekali dan sekarang ketiga kelompok kepimpinan ini terus membawa masuk dasar dasar dan fahaman barat  yang songsang dan mengiktiraf  fahaman  yang mernyalahi hukum alam dan agama sebagai wadah perjuangan mereka.

Didalam perjuangan yang  mempunyai agenda Melayu, dasar dasar fahaman barat iani akan tertolak dengan sendirinya. Ini adalah kerana dalam perjuangan  berteraskan Melayu fahaman fahaman yang menjurus kepada pemusnahan nilai hidup tidak diterima  langsung.

Dalam kemelut politik yang dihadapi sekarang fitnah serta pembohongan untuk menjerat minda rakyat dilakukan. Pembangkang kini berusaha gigih dengan menyatakan bahawa mereka memperjuangkan agenda Melayu hanya untuk memenangi hati orang Melayu bagi mencapai cita-cita mereka memenangi pilihan raya umum akan datang.

Jika kita imbas kembali  pada PRU13 yang lalu , bagaimana terdesaknya pihak pembangtkang terutama DAP  dan PKR yang telah menggunakan  modal politik “ketuanan Melayu” sebagai senjata untuk memancing sokongan pengundi atas pagar dan pengundi Melayu memberikan sokongan.

DAP yang kita kenali sebagai sebuah parti yang amat rasist dan perkauman terus menggunakan  orang Melayu didalam Pakatan untuk memancing sokongan  terhadap pembangkang. Kini secara jelasnya  mereka telah  mencananfkan didalam perlembagaan pertubuhan mereka sebagai sebuah parti yang menyokong agenda Melayu.

Semua itu hanya retorik untuk mendapatkan sokongan semata mata. Hakikatnya pembangkang tidak akan sama sekali akan  menjadikan apa yang termaktud dalam  agenda pertubuhan sebagai wadah perjuangan mereka yang sebenarnya..

Harus diingatkan tiada lagi dalam sejarah politik Negara dimana pembangkang yang diketuai oleh DAP dan kuncunya  mereka PKR dan PPBM akan terus memperjuangkan agenda Melayu tetapi sebaliknya akan menggunakan agenda Melayu itu sebagai modal politik untuk meraih sokongan demi survival politik mereka.

Oleh itu tidak dapat dinafikan lagi bahawa UMNO adalah sebuah parti yang membawa agenda Melayu yang utuh tanpa mengenepikan hak hak kaum yang lain. Sikap toleransi dan  kebersamaan dalam menyumbang kepada  Negara dilaksanakan bersama.

Penghayatan kepada semangat kebangsaan berorientasikan nilai-nilai Islam sejati serta semanagt nilai kebersamaan dengan kaum yang lain uga berupaya menjelmakan nilai  positif terhadap apa jua usaha untuk membangunkan negara.

Agenda memperkasa Me­­­layu-Islam tidaklah sesekali meng­ha­lalkan perlakuan zalim seperti men­diskriminasi mahupun menafikan hak bangsa-bangsa minoriti  sebagaimana dilakukan oleh pihak pembangkang dalam Negara ini.

Akhirnya dalam memastikan kelangsungan keamanan dan kestabilan negara yang tercinta ini, agenda memperkasa bangsa teras yang merupakan komponen majoriti dalam negara ini mestilah terus diutamakan disamping  sebahagian daripada warga Malaysia yang turut berperanan menyumbang kepada pembangunan negara.

Advertisements
Image | This entry was posted in Hanya Diatas Kertas- Perjuangan Agenda Melayu Tiada Dalam Wadah Perjuangan Pembangkang and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s