Annuar Musa- Tangani politik Isu Dengan Kebenaran Fakta Kejadian


Oleh rmf

Keras , padat dan bersemangat , itu lah suara yang dilontarkan  oleh Tan Sri Annuar Musa dalam penerangan yang diberikan didalam Program Perjuangan 4All di  UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 10 haribulan yang lepas.

Penerangan mengenai hala tuju perjuangan untuk menghadapi  politik isu dan persepsi yang mana kian menular dalam politik Negara sekarang. Politik isu yang menjadi mainan pihak pembangkang  yang mana bertujuan untuk menengelamkan keberana dan kemajuan yang dibawa oleh  kerajaan sekarang.

Dalam politik Negara kita sentiasa disajikan dengan isu berhubungkait dengan wang rakyat, wang Negara, ketirisan yang dimomokkan oleh pihak pembangkang dan  sentiasa menuding jadi terhadap kerajaan.

Pada kebiasaannya pembangkang menggunakan isu  yang dibangkitkan adalah bertujuan untuk menutup keborokan  sikap kleptokrasi pemimpin  mereka yang merompak wang Negara dan wang rakyat sewenangnya tanpa dapat diambil tindakan sewajarnya.

DFari duduk hingga berdiri semangat yang ditunjukkan oleh Annuar Musa memperlihatkan kesungguhan beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia menyampaikan maklumat yang seharusnya dipergunakan untuk mneghadapi pihak pembangkang. Politik isu yang menjadi mainan mereka.

Dari keborokan sikap pembangkang yang peka tentang sensitivity masyarakat Melayu atau rakyat dalam Negara ini  mengenai wang. Maka isu berkaitan dengan wang juga dijadikan isu untuk mendapat sokongan rakyat.

Bagi pihak pembangkang mereka tidak peduli walaupun isu yang dibangkitkan itu bersifat fitnah dan persepsi , perkara yang paling peng bagi mereka ialah rakyat akan bangun menentang kerajaan dan mengalihkan sokongan terhadap mereka.

Isu fitnah RM2.6 billion yang diwar warkan oleh pembangkang dijadikan sebagai bukti bagaimana pihak pembangkang menggunakan isu wang sebagai pemancing sokongan dan mengamalkan politik kebencian sesame rakyat  dan juga kepada kerajaan.

Dalam pada masa yang sama rakyat mungkin lupa pada zaman Mahathir rizab Negara hanya berkisar kepada RM60billion dan  meningkat sebanyak RM90-100billion sahaja apabila diserahkan kepada pemimpin seterusnya.

Tetapi rizab berkurangan apabila telah kerugiaan yang tidak boleh diambil semula dalam skandal Forex yang mana  Negara kehilangan sebanyak RM32 billion kekal. Maklumat kehilangan  ini disembunyikan  daripada pengetahuan rakyat dan dimanipulasikan nilainya apabila dibentangkan.

Dasar pemerintahan yang teratur telah menjadikan di zaman Najib Razak rizab Negara telah meningkat  sebanyak RM430billion. Jika kita nilai kehilangan RM30bil tersebut dimasa sekarang , ianya berjumlah  hampir RM200billion.

Bayangkan bagaimana keadaan rizab RM430billion yang kehilangan hampir separuh daripada nilai tersebut.

Jadi untuk menutup sejarah pahit itu, Mahathir memainkan isu RM2.6billion sebagai modal  politik untuk mengaburi mata rakyat. Jelas lah bahawa berbagai kaedah penipuan pembangkang dilakukan untuk rakyat membenci kerajaan.

Sehubungan itu setiap politik isu yang dimainkan oleh pihak pembangkang seharusnya ditangani dengan fakta kejadian yang telah berlaku dan bukan melayan politik isu yang tidak akan habisnya . Sudah pasti aka nada pada setiap masa dan ketikanya.

Secara jelas dan nyatanya pembangkang akan cuba mencari jawapan jawapan yang mengikut pandangan dan pemikiran mereka sahaja dan mereka akan terus menolak fakta yang diberikan sebagai kebenaran berkaitan isu dibangkitkan.

Menurut Annuar lagi, seharusnya setiap ahli UMNO akan terus mempamerkan kejayaan kejayaan kerajaan dalam  memberikan p[erkhidmatan dan kemudahan serta pencapaian yang hebat kepada rakyat dan bukan mengolah isu politik untuk disajikan.

UMNO adalah sebuah parti yang lahir dari semangat bersatunya orang Melayu. Bersatu dalam menempuh pelbagai  tragedy perjuangan sehingga mematangkan  minda kepimpinan yang menerajuinya.

Selama 446 tahun pengalaman dan pengajaran yang dijadikan sempadan perjuangan dan terus membentuk semangat dikalangan orang melayu dengan bersatu.  Bersatunya orang  Melayu itulah kekuatan yang tiada tolok bandingnya.

Bercakap dihadapan hampir 500 ahliu UMNO dari semua golongan, Annuar terus menyingkap sejarah  silam perjuangan dengan semangat kesatuan yang kukuh dimana ianya lahir dari nilai yang cukup tinggi.

“Sebab parti ini ada DNA. Lahir dari rahim perjuangan bangsa yang berusia 446 tahun. Terbentuk atas satu kalimah iaitu bersatu.

“Melayu bersatu daripada pelbagai kaum – bugis, jawa, mamak dan lain-lain. Hendak membentuk negara tak boleh hanya satu kaum. Sebab itu kita ada rakan-rakan MCA, MIC dan lain-lain komponen BN.

“Malaysia satu-satunya negara yang membela nasib semua kaum dan masyarakat minoriti. Misalnya Menteri Idris Jala, beliau daripada masyarakat Kelabit di Sarawak yang hanya ada 6-700 keluarga sahaja. Inilah perjuangan BN yang tidak terdapat dalam mana-mana parti lain di Malaysia.”

Dalam memperkatakan penglibatan Mahathir dalam politik Negara  secara ringkasnya Annuar  memberikan jawapan yang tepat dan padat. Apakah Mahathir boleh membantu UMNO dan BN? Ada ruang lagikah buat Mahathir?

“Mahathir is a problem, not solution.” tegas Annuar.

“Beliau ialah bos saya suatu masa dulu. Banyak jasa dia pada saya dan saya tidak lupa sehingga ke hari ini. Tapi dia pemimpin yang bagus dan sesuai pada zamannya. Najib bagus dan sesuai pada zaman sekarang.

“Mahathir masih memiliki penyakit lama, iaitu penyakit diktator. Walaupun berhenti (letak jawatan) tapi hendak menguasai. Mahathir mula menentang Najib dalam kes anak boboinya, Mukhriz ketika pemilihan jawatan Naib Presiden suatu masa lalu. Mahathir melihat Najib sebagai seorang pemimpin yang tidak boleh di arah-arah mengikut telunjukkan.”

Justeru itu, adalah diingatkan bahawa politik isu  bukan lah satu cara atau jalan penyelesaian jika ianya tidak ditangani dengan kejadian sebenarnya, fakta dan kejayaan kerajaan harus disebarkan seluas luasnya agar rakyat menilai bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang kukuh serta menitik beratkan hal berkaitan dengan keperluan dan kehendak rakyat.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Annuar Musa- Tangani politik Isu Dengan Kebenaran Fakta Kejadian and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s