Ahli Dan Pemimpin MCA Cuba Pertahan Dewan Dato Lee Kim Sai Dari Di Robohkan Oleh PKR


Oleh rmf

Sebelum ini semua tindakan telah dibuat bagi mempertahankan dewan itu seperti menghantar surat rayuan, peguam serta berjumpa dengan pihak tertentu, namun tidak dilayan dan akhirnya dirobohkan pada hari ini

Hari ini , setelah Datun Jelatik, Cukai terhadap nelayan, kenaikan semua jenis cukai yang berlipat ganda  dan  kini sebuah dewan orang ramai yang telah dibina 40 tahun yang lalu menjadi mangsa kekejaman kerajaan PKR yang diketuai oleh DAP.

Kerajaan Negeri Selangor mengetuai pasukan penguatkuasa merobohkan dewan di Kg Dato Lee Kim Sai Rawang pagi tadi. Dewan ini dibina oleh penduduk kampung  40 tahun yang lalu, kini diroboh atas “Semangat Politik Kebencian” yg diamalkan oleh PKR.

Dalam mempertahankan tindakan Azmin  dari kerajaan PKR untuk merobohkan Dewan yang berusia 40 tahun yang dibina untuk rakyat, oleh rakyat itu, beberapa orang penduiduk beserta dengan ahli MCA terus berhadapan dengan sebuah regim yang amat zalim di Malaysia  yang berketuakan DAP.

MCA sebagai rakan komponen Barisan Nasional terus memastikan kepentingan rakyat dibela dan diperjuangkan untuk keselesaan dan kemudahan rakyat. Hal ini bukan hanya satu omongan kosong semata mata.

Pengundi Kampung Lee Kim Sai, pengundi Rawang dan pengundi parlimen Selayang dan seluruh negeri Selangor patut tahu kezaliman PKR dan DAP memerintah Selangor.Tiba masa tolak mereka dalam PRU14.

Selepas berlaku sedikit kekecohan oleh beberapa orang ahli MCA, akhirnya Dewan Kampung Dato Lee Kim Sai dirobohkan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Gombak (PDTG) dalam operasi perobohan bersepadu, di sini, pagi tadi.

Dua kali insiden pergelutan terjadi antara Penguatkuasa PDTG dengan beberapa orang ahli MCA yang bertindak menghalang jentolak merobohkan pagar dan tidak membenarkan penguatkuasa masuk ke dalam dewan untuk mengeluarkan barang.

Saudara Goh Ah Lingdan Chan Wun Hoong dan beberapa ahli MCA telah ditahan polis ketika cuba mempertahankan dewan tersebut dari dirobohkan oleh Rejim zalim PKR  yang diketuai oleh  DAP. Akhirnya Ahli MCA terpaksa dibawa keluar oleh pihak berkuasa.

Politik kebencian yang diamalkan oleh sekutu DAP iaitu PKR kini sudah  ketahap yang  menindas kepentingan rakyat, Disini sebagaimana DAP juga PKR lebih meligat betapa kuasa dan jawatan yang disandang serkarang serta tanah tanah yang boleh menghasilkan keuntungan mereka akan dirampas.

Begitu juga apa yang berlaku sebelum ini dimana Datum Jelatik dijadikan  mangsa oleh Azmin Ali  untuk merampas tanah rakyat.  Dengan menggunakan kuasa yang ada Azmin terus bertindak diluar jangkaan  yang tidak sepatutnya dilakukan.

Demi DAP Azmin akan patuth segalanya , dia tidak akan peduli dengan rintihan dan keperluaan rakyat. Pada Azmin mengaut keuntungan semasa ada kuasa mesti dilakukan seberapa segera sebelum bermulanya PRU14.

Seharusnya rakyat Selangor mesti ingat bahawa tindakannya itu telah membuka kisah politik dua alam dia yang sebenarnya. PKR bukan lagi sebuah parti yang dikatakan mahu membenteras kemiskinan atau  parti yang akan membela rakyat, malah ianya adalah parti yang  memastikan keuntungan diri pemimpin itu sendiri diutamakan.

Penindasan dilakukan tanpa memikirkan rakyat, pemimpin hanya melakukan mengikut kerajaan negeri dan menindas rakyat setempat atas bidang kuasa mereka sendiri. Tak cukup dengan cukai, sekatan juga akan dikenakan bagi setiap nelayan, dan setiap satu pancing yang diletakkan di persisiran pantai akan dikenakan cukai sebanyak RM600.00 setahun.

Penindasan yang dilakukan oleh PKR akan menghalang aktiviti nelayan untuk mencari rezeki bagi menampung hidup. Jika tidak mengikut peraturan dan tidak membayar cukai sampan yang ditetapkan kerajaan negeri, nelayan mungkin akan dihalau oleh ketua operasi.

Kejam betul kerajaan PKR ini, dah macam zaman dulu-dulu yang mengamalkan bayaran ufti masa zaman penjajahan. Penjajahan ini dilakukan tanpa ada belas kasihan dari PKR sendiri. Rakyat sedang melihat, hasil pemberian air percuma , rakyat terpaksa membayarnya semula.

Sampai masanya nanti, rakyat akan memilih untuk menghukum DAP dan juga PKR dalam PRU14 akan datang. Sudah terlalu banyak penindasan dilakukan  terhadap rakyat. Kerajaan Selangor terus tidak mempedulikan apa juga kisah rakyat.

Pengundi Kampung Lee Kim Sai,pengundi Rawang dan pengundi parlimen Selayang dan seluruh negeri Selangor patut tahu kezaliman PKR dan DAP memerintah Selangor. Sudah tiba masanta mereka  menolak parti yang mengamalkan dasar Zionist dari meneraju kepimpinan negeri.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Ahli Dan Pemimpin MCA Selayang Cuba Pertahankan Dewan Dato Lee Kim Sai Dari Di Robohkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s