SPAD – Qamar Wan Noor Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi SPAD Yang Baru


Oleh rmf

Pengambilan dan pemilihan pekerja dalam sesebuah organisasi merupakan fungsi yang amat penting untuk menjamin kejayaan pengurusan sumber manusia. Tanpa strategi pengambilan dan pemilihan yang baik, organisasi akan mengalami beberapa kesan negatif.

Sebenarnya tujuan umum pengambilan dan pemilihan pekerja adalah untuk mencari pekerja yang terbaik bagi sesuatu jawatan yang bersesuaian.

Di samping itu pihak pengurusan atasan harus memastikan kuantiti dan kualiti sumber manusia dalam organisasi dapat menyokong segala misi, matlamat dan strategi organisasi. Atas dasar inilah pengambilan dan pemilihan pekerja dijalankan dengan teliti dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Pemilihan pekerja pengurusan amat mementingkan pengalaman yang berkaitan dengan bidang pekerjaan tersebut secara langsung.

SPAD dalam merangka perancangan jangka panjang  sudah pastinya memerlukan  kumpulan tenaga kerja yang berpengalaman dan  boleh merancang serta akan membawa bersama  misi dan visi transformasi pengangkutan awam darat ke matlamat yang ditetapkan.

Dalam hal ini SPAD akan terus memastikan bahawa sistem pengangkutan awam darat adalah selamat, boleh diharap, responsif, mudah diakses, terancang, bersepadu, mampu dibayar and lestari bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi and kualiti hidup.

Semalam SPAD telah melantik seorang yang berpengalam dalam bidang kejuruteraan dan   mempunyai pengalaman dalam bidang pengurusan serta lapangan yang cukup hebat. Berpengalaman selama 26 tahun dan telah menjawat jawatan penting termasuk bidang pengurusan kanan di Malaysia, Asia Pasific dan Timur Tengah.

Qamar Wan Noor telah dipilih untuk menjawat jawatan sebagai  Ketua Pegawai Operasi (COO)  yang baru dan berkuat kuasa semalam 5 September 2017.

SPAD melihat dengan pengalaman yang ada dan ianya amat diperlukan oleh SPAD bagi merancang lebih jauh lagi dalam perancangan strategi, pengurusan operasi, Pengagihan  dan beberapa pengalaman yang amat bernilai kepada SPAD  dalam menjalankan urusan perancang pembangunan system pengangkutan awam darat.

Tepat pada masa dan ketikanya dimana ketika ini SPAD sedang membangunkan system pengangkutan awam darat   dengan dasar transformasi yang diilhamkan oleh kerajaan. Memajukan system hubungan darat yang lebih berdaya maju dan moden disamping merapatkan jurang kemudahan  diantara Bandar dan luar Bandar.

Sebagai Ketua Pegawai Operasi yang baru, Qamar akan menjalankan tanggungjwab sepenuhnya dalam memastikan transformasi industry pengangkutan awam darat mencapai misi yang ditetapkan. Bukan itu sahaja beliau juga turut memastikan  projek nasional terus berada ditahap yang cukup baik.

Bersama ini disertakan satu kenyataan media berkaitan dengan perlantikan Qamar Wan Noor sebagai Ketua Pegawai Operasi SPAD yang baru.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD – Qamar Wan Noor Dilantik Sebagai Ketua Pegawai Operasi SPAD Yang Baru and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s