VIDEO -Malaysia Negara Kita Bersama Dan Harus Dijaga – Tiong Lai


Oleh rmf

Sebuah video yang memaparkan Dato Seri Liow Tiong Lai  yang berkisar kepada kesedaran  kepada rakyat dalam Negara ini tentang betapa pentingnya  semua kaum dalam Negara ini menganggap bahawa Malaysia adalah Negara kita bersama dan ianya seharusnya dijaga dan diiktirafkan bersama.

Tidak ada kata atau istilah yang mengatakan bahawa semua kaum  dalam Negara ini terasing dalam arus pembangunan dan kemakmuran  serta perpaduan yang kita kecapai selama ini. Peluang dan ruang yang ada seharusnya direbut untuk membina kehidupan yang lebih aman dan damai.

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada berbilang kaum dan agama. Kaum Melayu, Cina, India danrakyat peribumi yang lain dapat hidup dalam keadaan yang aman dandamai malah saling menghormati.

Rakyat Malaysia dapat hidup bersatupadu dan bekerjasama berdasarkan atas prinsip prinsip Rukun Negara.Perpaduan yang wujud ini mampu mengelakkan tragedi disebabkan rasa kepentingan diabaikan.

Dalam hal yang sedemikian tanggungjawab terhadap masyarakat, kejiranan dan juga Negara seharusnya ada didalam diri warganegara yang terdiri dari berbilang kaum dalam Negara ini. Bersama mengiktiraf bahawa Malaysia adalah sebuah Negara bersama  yang dijagai dari anasir yang akan merosakkannya.

Ini adalah Negara kita semua, Negara uang didiami oleh pelbagai kaum. Mengiktiraf Negara ini sebagai sebuah Negara yang mana tanah tumpahnya darah kita sewaktu dilahirkan dan bukan beranggapan bahawa ianya asing dari jiwa nurani kita.

Masyarakat kecil atau masyarakat kelas bawah ternyata bukanlah masyarakat yang secara keseluruhan hanya mampu menggantungkan kehidupannya pada pihak lain, dalam hal ini terutama pada pemerintah. Mereka juga bukan seluruhnya dapat dikatakan akan menjadi beban pembangunan bangsa.

Kebersamaan masyarakat yang berbilang kaum bersatu hati bersama membangunkan Negara dan  beranggapan bahawa inilah Negara mereka, yang seharusnya mereka jaga bersama dan bukan  terus beranggapan bahawa mereka adalah orang asing dalam Negara ini.

Sebagai titik tolak daripada itu  perpaduan yang kita kecapi selama ini adalah kewajarannya setiap warga menjada kedaulatan yang ada dalam Negara ini, bukan untuk kaum Cina, Kaum Melayu, India, Iban , Kadazan, Murut dalam lain lainnya. Tetapi untuk sebuah Negara yang bernama Malaysia.

Untuk semua kaum tersebut kita semua terus bernaung dibawah satu bendera yang menyatukan adat budaya, resan tradisi serta anutan yang tiada ada sekatan untuk diamalkan  dalam Negara ini.

Cukuplah kita terpengaruh dengan budaya politik yang akan menghancurkan Negara ini. Kita semua mempunyai impian yang besar untuk generasi kita masing masing dan terus menyematkan didalam hati kita, Malaysia adalah Negaraku.

Advertisements
Image | This entry was posted in VIDEO -Malaysia Negara Kita Bersama Dan Harus Dijaga - Tiong Lai and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s