Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun-Warga Kampung Tua Mengucapkan Sekalung Tahniah Diatas Lantikan Sebagai Ketua Polis Negara ke 11


Oleh rmf

Mohamad Fuzi dilantik Ketua Polis Negara ke-11

Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar

Sekalung Tahniah diucapkan kepada Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun diatas lantikan sebagai Ketua Polis Negara yang ke 11 mengantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Mewakili masyarakat warga Kampung Tua, Lambor Kanan menzahirkan rasa penuh bangga dengan pencapaian anak kelahiran kampung ini  diatas lantikan ke jawatan yang tertinggi Didalam Pasukan Polis Diraja Malaysia.

Masyarakat Kampung Tua memohon kehadrat  Allah terus memberikan  kekuatan kepada beliau untuk terus menjalankan tugas dengan penuh amanah , didikasi serta menegakkan keadilan demi keamanan dalam negara ini.

Kuala Lumpur – Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun dilantik menjadi Ketua Polis Negara ke-11 menggantikan Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Mohamad Fuzi berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Universiti Malaya (UM) dan Ijazah Sarjana Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dalam jurusan Antropologi dan Sosiologi pernah menyandang pelbagai jawatan dalam PDRM.

Antara jawatan yang pernah disandang beliau adalah Ketua Bahagian Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh dan Taiping serta Pengarah Pasukan Petugas Khas (Operasi/Counter Terrorism) Bukit Aman.

Pada 2014, beliau pernah memangku jawatan Timbalan Ketua Polis Negara selama beberapa bulan berikutan penyandangnya pada masa itu, Tan Sri Mohd. Bakri Zinin bersara wajib.

Sementara itu, Khalid dalam ucapan penghargaan dan amanatnya berkata, beliau akan terus berjuang sebagai polis dengan caranya sendiri.

Beliau juga mahu PDRM terus meneruskan misi memartabatkan agensi itu ke kedudukan tertinggi.

Khalid berkata persaraannya, yang dibuat awal sehari sebelum hari lahirnya diputuskannya sendiri.

Khalid, yang berasal dari Seremban, Negeri Sembilan, berpengalaman lebih 40 tahun dalam PDRM selepas memulakan khidmatnya dengan pasukan keselamatan itu sebagai inspektor pada 5 Disember 1976.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, soal siapa yang akan menyandang  beberapa jabatan di Bukit Aman akan diputuskan oleh pihak suruhanjaya sebelum dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapatkan perkenan baginda.

Katanya, persoalan itu tidak harus dijadikan spekulasi kerana Perkenan Yang di-Pertuan Agong merupakan suatu yang mutlak atas nasihat Perdana Menteri.

Sepanjang perkhidmatan Khalid sebagai Ketua Polis Negara, beliau telah banyak melakukan transformasi di Bukit Aman, juga membantu menterjemahkan misi KDN bagi mengurangkan indeks jenayah di negara ini hingga kini mencapai penurunan sebanyak 47 peratus. BH

Advertisements
Image | This entry was posted in Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun-Warga Kampung Tua Mengucapkan Sekalung Tahniah Diatas Lantikan Sebagai Ketua Polis Negara ke 11 and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s