Demi Malaysia, Demi Tanah Melayu Kita Sehati Sejiwa Akan Mempertahankannya


Oleh rmf

Image result for Tanah Airku Malaysia

Ulangtahun Hari Kebangsaan ke-60 adalah masa yang tepat untuk rakyat Malaysia bersatu-padu melakar perubahan politik, ekonomi dan mengembalikan semula roh serta semangat kemerdekaan sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Sempena Hari Kebangsaan ke-60,  semangat perjuangan menentang penjajah diteruskan. Penjajahan alaf baru yang menggunakan bangsa untuk meruntuhkan bangsa yang lain. Kaedah ini dilakukan didalam politik Malaysia pada hari ini.

Apa yang lebih penting kini ialah meneruskan perjuangan sebagaimana kata-kata Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman, demi sebuah negara berlandaskan prinsip keadilan dan kebebasan tanpa menidakkan hak hak kaum peribumi dan membawa masuk fahaman sosialis dalam Negara ini dengan berpaksikan barat.

Sesebuah kerajaan seharusnya mementingkan rakyat dengan memberi tumpuan kepada pemberdayaan rakyat melalui kemahiran dan pengetahuan. Bukan seperti yang dilakukan oleh sebuah parti perkauman yang mengamalkan sikap kebencian diantara kaum

Kita akan memperkuasakan rakyat dengan hak, peluang dan kebebasan. Kita akan memperkayakan kehidupan rakyat dengan pembangunan agar rakyat hidup dengan sempurna. Menidakkan hak hak peribumi yang telah memberi ruang dan peluang kepada mereka satu ketika dahulu untuk bersama hidup dalam Negara ini..

Kita tidak mahu Malaysia dikenali di dunia sebagai sebuah kleptokrasi. Kita tidak mahu sebuah kerajaan yang mendendangkan demokrasi  dan mendendangkan kleptokrasi tetapi  mereka ini adalah “bapa kepada segala kleptokrasi” di Malaysia.

Kita juga tidak mahu Malaysia yang autokratik atau sebagai sebuah negara yang tidak mampu memenuhi kemampuan atau potensinya sendiri dengan adanya segolongan yang memburukkan negara dimata dunia.

Rakyat Malaysia harus menolak mana mana parti politik yang mengamalkan politik fitnah, berbohong kepada rakyat dengan janji kosong dan menghancurkan Negara ini dengan  kerakusan mereka yang kleptokrasi sehingga tiada tanah kerajaan lagi untuk dibangunkan untuk rakyat.

Kita juga tidak mahu sebuah parti politik yang rakus membohongi rakyat dengan projek mega yang menelan wang rakyat berlipat ganda tanpa ada siasatan dilakukan. Parti politik yang sedemikian seharusnya ditolak sepenuhnya demi Malaysia.

Rakyat Malaysia sedar bahawa politik perkauman yang dibawa parti politik ini adalah satu ancaman kepada keharmonian dan keamanan   dalam Negara ini. Sebuah parti yang hanya mementingkan kaum tanpa mempedulikan kesengsaraan kaum yang lain.

Parti politik chauvanis sedemikian yang mengamalkan diskriminasi kaum dan ianya seharusnya ditolak sepenuhnya dan menyokong mereka merupakan satu malapetaka yang maha dasyat akan berlaku terhadap kaum lain.

Justeru, marilah kita menuntut kembali ikrar untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang dikenali seluruh pelusuk dunia sebagai sebuah negara yang bersatu hati dan menentang mana mana parti politik yang mengamalkan dasar chauvanis serta politik perlauman dan fitnah.

Rakyat negara ini  mesti bersatu hati menilai kebenaran dengan telus dan menilai apa juga kejadian yang telah dilakukan oleh mereka ini terhadap kaum lain. Penipuan dan pembohongan serta fitnah mereka ini harus disekat dalam apa cara sekali pun hanya demi Malaysia.

Rakyat Malaysia sepatutnya sedar walaupun negara telah mengharungi banyak kesusahan dan rintangan sejak zaman komunis selama 14 hari di Malaya. Sokongan  mereka terhadap perjuangan ini tidak pernah padam yang mana mengiktiraf komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Sedangkan ramai rakyat telah dibunuh kejam oleh komunis serta perajurit yang mempertahankan tanah ini dari terus dibelenggu ancaman komunis satu ketika dahulu..

Mengundi  adalah hak anda, dan itu adalah tanggungjawab anda. Apa-apa pun, kuasa poltik terletak pada Rakyat untuk memilih samada putih atau hitamnya kehidupan akan datang. Tetapi DEMI MALAYSIA , DEMI TANAH MELAYU sebagai sebuah Negara yang hanya ada untuk orang Melayu dan tiada tempat lain didunia ini. Rakyat mesti melakukan  penentangan terhadap unsur yang merosakkan Negara.

Kita semua “Sehati Sejiwa” dalam mempertahankan hak hak yang kita ada walaupun sebesar mana sekali pun demi sebuah Negara yang dahulunya bernama TANAH MELAYU  agar tidak diperkosa oleh  satu kumpulan kleptokrasi dan menjahanamkan apa yang telah kita bina.

Advertisements
Image | This entry was posted in Demi Tanah Melayu Kita Sehati Sejiwa Akan Mempertahankannya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s