Mengejutkan -Maksud Huruf “A”  dalam Logo Har”A”pan Yang Menjerat Melayu Islam Pakatan


Oleh rmf

Related image

Seharusnya setelah membaca artikel ini, saya amat berharap agar ada yang terus membuat kajian dan pembacaan  tentang perancangan sulit yang diagendakan untuk  menguasai negara ini dengan menggunakan orang Melayu keseluruhannya.

Tidak menjadi satu kehairanan  mengapa pemimpin Melayu Pakatan membisu seribu bahasa jika  terdapatnya penghinaan  terhadap Islam dan  apa juga  cara untuk meruntuhkan islam sebagaimana dilakukan oleh NGO-NGO yang berada dibawah Pakatan.

Selama ini NGO NGO Melayu yang bersekongkol dengan pihak penyumbang dana kristian  untuk menjatuhkan Islam di Malaysia.  Apakah Melayu Pakatan masih buta hati hanya kerana wang dan jawatan yang ditawarkan oleh DAP yang berpaksikan kristian.

Rupanya sebahagian besar daripada mereka telah tahu hal ini, tetapi demi kuasa dan kebebasan tanpa sekatan agama , mereka sanggup menyokong fahaman fahaman yang bercanggah dengan norma kehidupan atas nama hak asasi.

Setelah memerhati setiap baris kata Mahathir sewaktu perlancaran logo Pakatan Harapan  yang baru dan sekali lalu  beliau ada meyebut bahawa huruf ‘A’ yang berada ditengah tengah   perkataan HarApan adalah bermakna “gunung”.

Perkara ini telah disahkan oleh Wan Azizah mengenai maksud huruf ‘A’   yang terdapat pada logo harapan itu juga bermaksud ‘Gunung’. Mungkin pada kebanyakan orang itu merupakan simbol yang biasa  sahaja.

Namun setelah diteliti dengan sebaiknya , melalui beberapa pembacaan agenda sulit yang terancang sejak dahulu lagi.  Maka disini dapat disimpulkan bahawa huruf ‘A’ yang bermaksud ‘Gunung’ tersebut merupakan salah satu agenda  tersembunyi yang amat membahayakan umat islam khasnya.

Didalam salah satu  barisan ayat yang telah dikeluarkan oleh DUMC kepada Hannah Yeoh  yang memperkatakan bahawa “ Hari ini atau esok, kita mempunyai YB Hannah Yeoh sebagai individu yang akan bercakap berkaitan politik yang mana salah satu daripada yang harus diketengahkan dan dikuasai”

Sebagai kekuatan perjuangan mereka untuk menguasai segalanya di Malaysia dan meyakinkan kumpulan pengikut mereka, mereka guna ayat dari Kitab Isaiah 2:2 bagi merujuk prinsip “Mandat Tujuh Gunung” bagi fahaman Kristian Dominionisme.

“And it shall come to pass in the last days, that the mountain of the LORD’S house shall be established in the top of the mountains, and shall be exalted above the hills; and all nations shall flow unto it”.

Ketujuh gunung adalah tujuh lingkaran pengaruh yang membentuk pola pemikiran yang menguasai bangsa-bangsa. Mereka yang menempati gunung-gunung ini sebagai simbol yang akan menguasai  dunia.

Sebagaimana agenda agenda yang terancang ia meningkatkan kekuatannya untuk menguasai pikiran. Inilah sebuah kekuatan spiritual yang membuat seluruh kelompok manusia condong untuk berpikir dengan cara yang sama.

Penguasaran pemikiran dengan dasar dan dakyah yang dimainkan agar dasar perjuangan yang dibentuk itu sama  denag hala tuju Evangelis untuk menentukan pengikut mereka dengan menguasai tujuh bidang yang amat penting ini.

Untuk memahami dengan lebih jelas lagi , pautan ini diberikan untuk kita sedar dan kembali kepangkal jalan semula dan bersama dengan seagama kita mempertahankan apa yang kita miliki sekarang.

http://truthuncensored.net/cruz-cult-exposed-religion-of-7-mountain-strategy-a-cult-of-heidis-nwo/

http://www.cts-greenville.com/ctsfac/files/7_Mtn_Prophecy-Book-Complete.pdf

Bermaksud sudah pastinya  jika politik ianya berkaitan dengan kerajaan yang sedia ada sekarang.Iaitu sebuah kerajaan Islam dan “Hope” atau “HarApan” yang dibentuk oleh Pakatan  pembangkang secara jelasnya mempunyai agenda sejajar dengan pembentukan kerajaan Evangelis atau kristian di Malaysia.

Apakah yang terdapat dalam tujuh gunung yang menjadi  perjuangan pelampau evangelis Kristian Dominionisme yang mahukan negara kita dijadikan negara Kristian. Jika kita lihat gerakan politik  DAP dalam Negara ini  dan memikirkan kenapa tanpa henti satu satu perkara dihentam dan dikritik serhingga mengikut telunjuk mereka.

Dari tulisan, laporan, ucapan, video dan pelbagai bahan bukti jelas bahawa mereka telah pun meletakkan sasaran-sasaran yang terkandung dalam tujuh sektor/bidang yang disebut dalam “Seven Mountain Mandate” (Mandat Tujuh Gunung) ke atas Tanah Air ini.

Evangelis adalah pelampau kreistian yang mempunayi agenda tersembunyi yang dinamakan “Mandate Tujuh Gunung” yang mana sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan tahu  hal ini. Pendekatan ini adalah dimulakan sekitar tahun 1970an oleh kumpulan gereja  Charismatic Pentecostal.

Mandat tujuh gunung ini adalah berkisar kepada sasaran yang harus dikuasai sebelum merampas sebuah Negara berstatus Islam dan menjadikan sebagai sebuah  Negara kristian sebagaimana telah didedahkan oleh bekas ahli DAP yang bernama Mohamed Razali.

Perkara ini juga  yang sentiasa disebut oleh Hannah Yeoh dalam buku “Becoming Hannah” barulah Jesus akan kembali memimpin dunia. Tujuh bidang/sektor (“gunung”) tersebut ialah”

1)Pendidikan (Education)

2) Agama (Religion)
3) Keluarga (Family)
4) Perniagaan (Business)
5) Kerajaan (Government)
6) Seni/Hiburan (Arts/Entertainment)
7) Media

Dalam ketujuh tujuh bidang tersebut , kita boleh melihat bagaimana  kritikan serta tuntutan dilakukan oleh DAP serta Pakatan  sebagai  satu ketidakadilan kepada  kaum dan agama serta bidang  yang dikatakan menindas kaum  yang lain.

Sedangkan sebelum ini  mereka tidak berani meyuarakan apa juga  tuntutan sebelum adanya pengikut berbangsa Melayu yang mahu tunduk dan menyokong perjuangan DAP. Setelah berbagai kajian sikap dikalukan oleh DAP , DAP melihat ada bangsa melayu yang sanggup menjual segalanya hanya kerana wang dan jawatan.

Dengan hasrat mengunung untuk menjatuhkan kerajaan Islam yang ada, pelampau evangelis Kristian akan sanggup berganding dengan “bidak-bidak” yang tidak sedar percaturan yang dilakukan oleh pemain catur di belakang tabir.

Orang-orang Islam yang dipergunakan merasa bangga apabila mereka mendapat tempat, peranan dan ganjaran bagi melaksanakan untuk kerja-kerja pelampau evangelis Kristian. Mereka ini hanya melihat itu sebahagian daripada gerakan politik yang normal, Tidak disebaliknya.

Jadi jangan kita hairan  mengapa DAP dan Pakatan Harapan sentiasa memperjuangkan “sekular”  dalam perjuangan mereka dan mereka tidak mengiktiraf Malaysia ini adalah  sebuah Negara yang dikuasai oleh orang Islam.

Asas perjuangan yang mengatakan Kristian akan menominasi segalanya  didunia ini, mereka terus menggunakan ayat ini Kitab Kejadian 1:28 (Genesis 1:28) sebagai alasan mandat untuk orang Kristian menguasai segala di bumi ini, termasuk bidang kehidupan yang dianggap “sekular”:

“And God blessed them, and God said unto them, Be fruitful, and multiply, and replenish the earth, and subdue it: and have dominion over the fish of the sea, and over the fowl of the air, and over every living thing that moveth upon the earth”

Apakah Melayu dalam Pakatan masih tidak sedar dalam hal ini, Apakah Melayu Pakatan masih leka dengan tipu muslihat DAP mempergunakan mereka untuk mendapatkan  dan melaksanakan agenda  “Tujuh Gunung’  yang diakui sendiri oleh Mahathir dan Wan azizah berkaitan maksud huruf “A” sebagai simbol Har”A”pan..

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Mengejutkan -Maksud Huruf “A”  dalam Logo Har"A"pan Yang Menjerat Melayu Islam Pakatan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s