HSR, MRT, ECRL Dan Lebuhraya Memberikan Impak Besar Kepada Rakyat Keseluruhannya


Oleh rmf

Rahsia daripada setiap pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan  untuk rakyat sudah pastinya ialah peluang pekerjaaan  yang ditawarkan. Melalui peluang ini rakyat juga merasai nikmat  dari pembangunan yang dikongsikan bersama.

Kerajaan sedar pembangunan yang lebih menyeluruh dan bersepadu antara bandar dan luar bandar amat penting agar masyarakat luar bandar tidak terpinggir dan ketinggalan berbanding masyarakat bandar dari segi kemudahan dan peluang ekonomi

Disamping itu, strategi pembangunan luar bandar secara bersepadu yang lebih ekonomik untuk dipertingkatkan pelaksanaannya secara bersepadu kemudahan infrastruktur, peningkatan perkhidmatan asas seperti pengangkutan awam.

Harapan kita, projek HSR yang sudah pun dipersetujui pelaksanaannya oleh kerajaan kita dan Singapura akan juga menjadi reality dan akan memberikan impak yang besar kepada rakyat dalam bidang pekerjaan serta pertumbuhan ekonomi setempat.

Projek mega yang dianggarkan menelan kos antara RM50-RM60 bilion inidijangkakan akan siap menjelang 2026, tren HSR pertama bakal menelusuri laju landasannya membawa penumpang dari Kuala Lumpur ke Jurong Timur dalam tempoh kurang dua jam sahaja.

Semua pembangunan yang dilakukan adalah bertujuan  untuk  memperkukuhkan peluang-peluang pembangunan sosioekonomi luar bandar melalui penyertaan sektor awam dan swasta disamping memberikan peluang dan ruang pekerjaan yang meluas dalam kepelbagaian bidang.

Pembinaan ECRL, MRT, HSR dan  lebuhraya Pantai Barat dan jajaran jajaran sambungan system rel adalah pelaksanaan pembangunan sosioekonomi antara wilayah yang lebih terancang berasaskan penubuhan lima koridor pertumbuhan ekonomi yang bakal dibangunkan untuk rakyat.

Rakyat seharusnya merebut segenap peluang dan ruang yang ditawarkan melalui pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang.

Melalui projek pembangunan yang dilaksanakan kerajaan telah berjaya melaksanakan dua objektif utamanya iaitu pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat.

Oleh itu,  perjanjian antara Malaysia dan Singapura bagi pelaksanaan projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) dan keduanya pelancaran perkhidmatan Aliran Transit Massa (MRT) Fasa 1 laluan Sungai Buloh-Semantan dan Fasa 2 meneruskan perjalanan ke Kajang.

Kedua-duanya yang bakal mengubah lagi landskap pembangunan negara kita berlaku dalam tempoh beberapa tahun sahaja. Bagi MRT, ia adalah satu impian jadi reality dan sedang dinikmati oleh rakyat sekarang.

Untuk kali pertamanya diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Disember 2010 dengan visi mahu menyediakan rakyat sistem pengangkutan awam moden setanding negara maju.

Selepas lima tahun, projek bernilai RM21 bilion, iaitu RM2 bilion lebih rendah daripada anggaran awalnya,telah menjadi reality dan dapat dinikmati oleh rakyat yang amat memerlukan system pengangkutan yang bertaraf dunia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Datuk Seri Nancy Shukri telah menyatakan bahawa impak ekonomi beskala besar telah melimpahi rakyat melalui projek ini.

Image result for Datuk Nancy shukri

Menurut Datuk Nancy sebanyak 130,000 peluang pekerjaan telah diwujudkan sejak pembinaan projek Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) yang dimulakan pada 2011 hingga kini.

Ketika membentangkan hal ini pada persidangan Dewan Negara  Datuk Nancy memaklumkan bahawa Peningkatan Pendapatan Kasar Negara juga telah meningkat akibat projek ini dengan menyumbang kepada kira kira RM3 billion sehingga RM4 billion.

Laluan MRT -SBK telah menempatkan  31 stesen keseluruhan nya. Tujuh dari nya adalah stesen bawah tanah iaitu Muzium Negara , Tun Razak Xchange , Pasar Seni ,Merdeka dan Bukit Bintang ,Cochrane dan Maluri

Datuk Seri Nancy berkata, projek MRT SBK turut mendorong aktiviti perniagaan dengan sambungan akses yang baik dengan membolehkan orang ramai ke kawasan perniagaan.

Dengan ada nya Sukan  Sea 2017 , sudah pastinya rakyat akan menggunkan kemudahan pengangkutan yang mudah dan cepat untuk menyaksikan pertandingan yang diminati disamping menikmati  kemajuan pengangkutan yang hebat dibina oleh kerajaan.

Hasil pertumbuhan ekonomi itu bukan sahaja dinikmati penduduk di negeri sepanjang lebuh raya, malah turut dikongsi sehingga ke Sabah dan Sarawak.

Apabila ekonomi negara berkembang, seluruh rakyat meraih manfaatnya. Ini samalah seperti ketika projek Lebuhraya Pan Borneo yang dibina sekarang tanpa tol an dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya.

Sistem pengangkutan paling cekap, cepat dan boleh diharap adalah kunci kemajuan ekonomi sesebuah negara dan sebab itulah negara yang memiliki yang terbaik adalah yang paling maju.

Malaysia hanya memerlukan lebuh raya dan lingkaran jalan raya terbaik, tetapi menuju ke 2020 dan seterusnya TN50, kita memerlukan lebih daripada itu. MRT dan HSR adalah antaranya.

Justeru itu dasar transformasi kerajaan dalam bidang  pengangkutan serta jajaran lebuhraya adalah disifatkan satu bentuk perancangan jangka panjang untuk memastikan keseluruhan rakyat menikmati nikmat pembangunan bersama disamping terus membuka ruang dan peluang yang ditawarkan.

Seharusnya rakyat terus memberikan sokongan padu kepada kerajaan dalam kepelbagaian usaha untuk untuk memastikan proses proses pembangunan infrastruktur dibangunkan dengan giat tanpa rasa prejudis.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MRT Dan Lebuhraya Memberikan Impak Besar Kepada Rakyat Keseluruhannya and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s