Pakatan Hanya Memikirkan Agenda Kesamarataan DAP Dan Bukan Membela Islam Dari Penghinaan


Oleh rmf

Image result for Anwar Mahathir

Mereka ini akan lakukan apa sahaja demi mencapai cita cita untuk menjahanamkan Negara walaupun pada hakikatnya ianya bertentangan dengan prinsip keharmonian dalam Negara.

Pembangkang akan terus menularkan cerita yang pelbagai untuk menghalalkan tindakan mereka. Menghalalkan apa yang tidak halal  pada hukum alam, Bagi mereka didalam politik semuanya dihalalkan.

Mereka lebih rela diiperalatkan oleh Yahudi. Melayu Islam bakal menyesali setiap tindakan mereka bukan sahaja sesia malah membenarkan Yahudi mengambil alih segala aspek kehidupan rakyat negara ini.

Kehadiran PAN  sekarang sudah seiring dengan apa yang sedang diperjuangkan oleh PKR dan DAP- Dalam soal sex  songsang diperlihatkan mereka telah bersetuju, ini terbukti dengan  timbulnya  gudang  seks  atau gudang  alatan seks yang dibuka di Selangor secara terangan –

Mengapa mereka membisu, Isu ini juga boleh dikaitkan dengan isu  Anwar dalam liwat, mereka juga tidak pernah menentang dan meminta penjelasan terbuka dibuat malahan menyokong lagi. Hal ini dubuktikan lagi bagaimana wujudnya kumpulan NGO NGO yang berfahaman liberal yang menyokong seks songsang.

Apa yang berlaku hari ini sebahagian besarnya disebabkan satu keajaiban tangan manusia yang dilabelkan sebagai “anugerah tuhan”. Manusia bijak dan pernah digelar sebagai politikus paling “genius” oleh beberapa penganalisis politik dunia.

Anwar dan Mahathir masing masing mempunyai kecenderungan yang ketara didalam titik begik politik yang mana mempunyai strategi yang seakan sama dalam percaturan politik. Mereka berdua pernah dilatih di  Negara barat dalam memastikan agenda politik mereka sehaluan dengan barat.

Penjajahan alaf baru  dengan menggunakan demokrasi  adalah antara gerakan yang menyediakan pentas selesa untuk meneruskan legasi penjajahan budaya, agama dan minda di Tanah Melayu.

Sumber wikipedia mendedahkan bahawa Tun Mahathir pernah dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi

Jadi tidak hairanlah bagaimana reaksi kedua pemimpin ini  dalam isu yang berkaitan dengan  kesamarataan dan liberal amat ketara sekali.  Amalan songsang yang disokong oleh Marina Mahathir tidak pernah menmdapat tentangan secara terbuka oleh Mahathir.

Jadi tidak hairanlah bagaimana perkembangan  LGBT yang amat ketara ddalam Pakatan Harapan dan ianya sudah menjadi budaya sehingga wujudnya nGO NGO yang secara terangan menolak  syariat Islam dan juga syariah yang ditetapkan.

Sekarang ini pula sudah ramai yang berani menonjolkan pegangan masing masing dimana ada diantaranya telah murtad da nada juga yang sudah tidak mempercayai agama lagi dan juga kewujudan Allah.

Ini perlembangan yang terbaik bagi pihak pembangkang dimana  agenda untuk merosakkan generai Y yang sentiasa asyik dengan hiburan , kebebasan  terus dilalaikan dengan hak asasi yang mana membenarkan mereka melakukan apa sahaja.

Kehancuran sebuah Negara bermula  generasi mudanya dapat dirosakkan dengan fahaman yang menolak pegangan agama. Ini agenda Nasrani sejak dahulu lagi meyebarkan fahaman barat untuk diserap oleh generasi muda.

Seiring dengan dasar kesamarataan yang menjadi aras perjuangan DAP, Anwar dan Mahathir terus memberikan kerjasama dalam apa cara sekali pun termasuk perkara yang melibatkan penghinaan , kecaman  terhadap Islam dan membenarkan segalanya berlaku tanpa bantahan.

Tidak pernah sama sekali kita mendengar kecaman dari pemimpin Melayu Islam Pakatan bila Al Quran dihina, Khutbah dihina, Syariah dipertikaikan , membenarkan khalwat dan banyak lagi. Semuanya  membisu seribu bahawa termasuklah Anwar dan Mahathir yang dikatakan amat hebat dalam Islam.

Perkara yang paling penting ialah bagaimana mereka ini  berkuasa dan menongkat dunia politik dengan penuh  penipuan dan tipu daya kepada rakyat. Penyebaran  fitnah untuk menyesatkan lagi rakyat dari melihat kebenaran yang tulen.

Mereka berdua ini seakan merestui dasar kesamarataan dalam apa juga  yang menjadi  agenda barat untuk orang di Malaysia. Dalam senyap dan teratur sokongan  berkias digunakan untuk menghalalkan segalanya.

Masa berlalu. Semua itu telah mula melupus. Seolah roda sedang berpusing ke arah bertentangan. Satu persatu pula perlakuan buruknya dibongkar oleh penganalisis asing dan juga dari anak watan.

Namun menerusi kebijakannya dia berjaya menutup setiap ruang yang boleh menyebarkan berita negatif ini. Adalah aneh bila para penyokongnya bermatian menolak apa sahaja bukti diketengahkan

Pakatan Harapan pintar memutar isu, segalanya di halakan kepada UMNO. Semua itu fitnah dari UMNO. Sering dikatakan UMNO takut kepadanya dan sedang berusaha dengan apa sahaja cara untuk meranapkan peluangnya memerintah negara. Bijak sungguh dia merekayasa  sehingga para penyokongnya terpaku terpesona menerima rekayasa itu sebagai realiti.

Dia mampu mengalih setiap isu besar yang boleh menggugat reputasinya. Targetnya menjatuhkan maruah UMNO hampir berjaya. Setiap keburukan mengenai dirinya jika muncul dengan sendirinya dianggap “konspirasi tajaan UMNO”.

Mudah. Para penyokong kuatnya hanya perlu sapukan sedikit bedak di sana siri. Terlihatlah keburukan UMNO setiap kali terbongkar rahsia buruknya. Mind set pengikutnya telah disiapkan dengan sempurna.

Hebatnya Anwar dan Mahathir dalam memecahkan Melayu. UMNO berpecah kepada PKR dan kemudian PKR berpecah lagi mewujudkan KITA dan sekumpulan kecil BEBAS. PAS juga berpecah kepada PAN dan Mahathir memecahkan lagi kepada PPBM.

Melayu akan berpecah menjadi kumpulan-kumpulan kecil bersaing sesama sendiri. Berperang sesama sendiri. Kerosakan akan berlaku di mana sahaja Anwar, dan Mahathir serta sokongan DAP berada. Malangnya ia mengakibatkan kemusnahan Islam di Malaysia

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Pakatan Hanya Memikirkan Agenda Kesamarataan DAP Dan Bukan Membela Islam Dari Penghinaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s