MCA Kini Berada Di Landasan Yang  Terbaik Untuk Kembali Merampas Kembali Kerusi


Oleh rmf

Related image

Melihat kepada gerakan politik semasa sekarang dimana Pakatan pembangkang yang sedang dalam berkecamukan dalam perebutan kuasa dan jawatan serta masing masing ada diantara mereka sudah tidak mempercayai diantara satu dengan yang lain.

Perkara ini merupakan satu peluang terbaik untuk MCA terus mengukuhkan sokongan serta keyakinan pengundi  terhadap calom pilihan MCA untuk pilihanraya akan datang.

MCA sejak awal  lagi telah melakukan beberapa gerak kerja yang efisien  dan melakukan penambahbaikan organisasi yang mantap untuk mengembalikan semula sokongan pengundi  dari masyarakat Cina disamping untuk memenangi semula kerusi yang  telah kalah pada PRU yang lalu.

Persiapan jentera parti yang telah lama berada dikalangan pengundi dan mengenalpasti permasalahan pengundi dijalankan tanpa memikirkan isu yang tidak memberikan faedah kepada MCA sendiri. Kesungguhan anggota parti menjalankan tugas amat dibanggakan.

MCA tanpa melupakan sejarah kekalan pada PRU yang lalu , MCA terus melakukan rombakan besar besaran didalam parti dengan menetapkan matlamat untuk berkhidmat untuk rakyat  dan memberikan kemenangan kepada Barisan Nasional.

Semuanya akibat politik kebencian yang diamalkan oleh pihak pembangkang untuk  rakyat mempercayai fitnah  dan seterusnya membenci MCA yang berada didalam komponen kerajaan. Politik fitnah dan kebencian ini juga sekarang sudah terserlah menikam pembangkang sendiri.

 Dengan keyakinan serta usaha yang telah dilakukan MCA dan khidmat yang diberikan kepada masyarakat selama ini secara dasarnya sokongan  pengundi Cina telah bertambah dengan begitu baik sekali sekali gus menyakinkan MCA bahawa PRU pada kali ini MCA akan  mendapat semula kerusi yang telah kalah sebelum ini.

Memetik kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong baru-baru ini, beliau meletakkan sasaran yang cukup tinggi buat kesemua calon dari MCA. Beliau dilaporkan berkata, beliau mengharapkan semua calon yang diletakkan kelak mampu memenangi kesemua kerusi yang mereka tandingi dan mengembalikan semula kekuatan MCA di dalam Barisan Nasional.

Image result for Datuk Dr Leong Yong Kong ,

Begitu juga di Kedah dimana tahap keyakinan Timbalan Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Leong Yong Kong berkata, jentera parti memang telah dan terus akan bekerajsama dengan jentera UMNO dan kini sedang berusaha meyakinkan pengundi-pengundi Cina terhadap BN.

Menurut beliau setakat ini respons masyarakat Cina terhadap BN amat positif dan ramai yang menyokong pembangkang dahulu telah kembali menyokong parti yang memerintah. Ini berdasarkan kajian sikap pengundi Cina yang dijalankan MCA dan saya yakin bilangan yang menyokong BN akan bertambah.

Menurut  beliau lagi, Misi MCA adalah sama dengan UMNO iaitu mempertahankan kawasan yang dimenangi dan menawan semula kerusi yang kalah termasuk yang ditandingi oleh calon MCA, Gerakan dan MIC.

Walaupun menyedari bahawa DAP akan sentiasa cuba menghasut kebencian kaum Cina terhadap Barisan Nasional, namun dengan pendekatan berhemah danberperingkat yang dilakukan oleh kesemua jentera parti, beliau yakin, MCA akan mampu meraih kemenangan yang lebih besar pada Pilihan Raya Umum ke 14 kelak.

Disamping itu juga, kemenangan besar MCA ini juga diyakini mampu mengukuhkan semula cengkaman Barisan Nasional di negara ini disaat kesemua parti komponen Barisan Nasional termasuk UMNO kini begitu aktif berkempen dan mendekati rakyat tanpa mengira apa jua kaum dan sentimen politik.

Justeru itu, sebagai penyambung tradisi kerbersamaan didalam komponen parti Barisan Nasional, MCA, Gerakan dan MIC akan terus  bergandingan tenaga dengan UMNO kerana mereka saling memerlukan memandangkan ada calonnya bertanding di kawasan majoriti Melayu dan dalam masa yang sama UMNO pula memerlukan sokongan bukan Melayu di kawasan minoriti Cina atau India

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Kini Berada Di Landasan Yang  Terbaik Untuk Kembali Merampas Kembali Kerusi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s