Eric Choo: Pemuda MCA Pahang Terus Komited Memerangi Amalan Rasuah.


Oleh rmf

Kerajaan telah melancarkan Pelan Integriti Nasional pada bulan April 2004 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan tujuan mencapai matlamat cabaran kearah wawasan 2020.

Ini merupakan cabaran dalam membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Dalam hal ini Intergriti melibatkan amalan amalan politik yang sihat dikalangan ahli politik dalam negara ini. Justeru itu,  sejajar dengan amalan untuk menjadi pemimpin   yang dipercayai oleh  rakyat dalam apa juga speek pentadbiran, maka soal intergriti dan kewibawaan harus dijaga dengan baik.

Dalam hal ini  Ketua Pemuda MCA Maran, Eric Choo sebagai tanda sokongan yang jitu terhadap pendirian yang diamalkan oleh MCA pusat sebelum ini adalah untuk    memastikan tahap intergriti yang tinggi didalam anggota kepimpinan mereka.

MCA pusat pada tahun 2016 sebelum ini, MCA yang menjadi parti politik pertama di negara ini yang telah menandatangani Memorandum of Understanding (MOU) bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menggunakan modul pencegahan rasuah didalam parti MCA.

Objektif utama MOU ini ditandatangani adalah untuk meningkatkan kesedaran menjauhi rasuah di kalangan ahli MCA. Susulan tindakan Exco MCA Pahang ini sekali gus telah menguatkan lagi kesungguhan anggota kepimpinan MCA dalam usaha memerangi amalan rasuah.

Kesungguhan  MCA  pusat dan juga Negeri menyatakan sokongan penuh kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia dalam usaha membendung dan mencegah segala kegiatan berunsur rasuah demi kepentingan bersama pembangunan negara ini.

Perkara yang sama tidak pula berlaku dikalangan parti pembangkang yang mana  sebelum  telah berdolak dalih untuk menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang digerakkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menunjukkan komitmen serta kesungguhan kerajaan negeri Pulau Pinang memerangi amalan rasuah.

Jika kita perhatikan  IBR ini hanya Sekadar tandatangan dan pengakuan,Tetapi jika kita lihat tindakannya sekarang yang beri oleh DAP dengan pelbagai alasan untuk tidak tandatangani IBR seperti ada sesuatu yang ingin diselin­dungkan.

Tindakan ini secara jelasnya membongkar Prinsip Cekap, Amanah dan Telus (CAT) yang dibanggakan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang hanya retorik politik Guan Eng, disamping untuk membuktikan kerajaan pimpinannya itu benar-benar bebas daripada unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Selaku Exco MCA Pahang,  Eric Choo turut  mengekspresikan tekadnya  melahirkan harapan agar seluruh rakyat berdiri teguh untuk menjaga integriti, ketelusan semua operasi tak kira swasta atau agensi kerajaan.

Majlis Ikrar Bebas Rasuah (IBR) peringkat daerah Maran  telah berlangsung  atas kapasiti sebagai Ahli Majlis Daerah Maran. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah SPRM Pahang dan disaksikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha.

Strategi SPRM turun ke padang untuk memupuk kesedaran tentang anti rasuah amat bertepatan dan diperlukan dan semestinya disokong sepenuhnya oleh kepimpinan MCA Pahang dan juga MCA pusat  demi memberikan kesedaran kepada rakyat tentang bahayanya amalan rasuah yang akan merosakkan Negara.

Menurut Eric lagi, MCA berpendapat, masyarakat yang bebas rasuah adalah masyarakat yang mampu mengecapi efisien dalam pembangunan ekonomi. Setiap individu perlu menonjolkan teladan yang baik agar dapat dicontohi rakan sebaya atau golongan muda masakini dan masa akan datang.

Sebagai salah seorang kepimpinan MCA Negeri, Eric Choo  juga turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada pihak SPRM yang berani bertindak terhadap mereka yang berjebak amalan rasuah secara sama rata. Beliau melahirkan harapan negara kita mampu mencapai status kadar sugar rasuah menjelang status negara kita sebagai negara moden.

Sehubungan itu, langkah proaktif yang diambil oleh MCA ini wajar diberi pujian. Buat masa ini, hanya MCA sahaja yang telah secara terbuka  menjalinkan kerjasama bersama SPRM bagi memastikan proses penyampaian maklumat serta informasi berkaitan rasuah dapat  disalurkan secara terus dari SPRM.

Justeru itu sekalung tahniah harus diucapkan kepada MCA Pusat serta kesungguhan Exco  Negeri yang mana bersungguh sungguh untuk memastikan  MCA adalah sebuah parti yang bersih serta menginginkan sebuah negara yang bebas rasuah  yang akan merosakkan Negara dimasa akan datang.

Advertisements
Image | This entry was posted in Eric Choo: Pemuda MCA Pahang Terus Komited Memerangi  Amalan Rasuah. and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s