SPAD Tingkatkan Mutu Perkhidmatan -MyBas Lakukan Penambahbaikan 17 Laluan Di Seremban


Oleh rmf

Image result for MyBas Seremban

Dasar Transformasi yang yang dilaksanakan oleh kerajaan  kepada beberapa agensi  telah menunjukkan kemajuan dan peningkatan  yang amat ketara  sekali, Transfomasi yang diperkatakan ini ialah  penambahbaikan system pengangkutan awam darat.

Suruhajaya Pengangkutan Awam Darat sejak  melancarkan trnasformasinya telah dan terus melakukan pemantauan  system perkhidmatan yang ditawarkan melalui Pengangkutan Awam Darat. Pemantauan dan timbal balas dari pengguna amat diperlukan untuk mengenal pasti keperl;uan dan kelemahan perkhidmatan.

Berbagai langkah yang telah diambil untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik melalui perkhidmatan pengangkutan awam. Sejak dilancarkan trnasformasi ini,  Peningkatan  penggunaan  pengangkutan awam  telah meningkat secara mendadak.

Disini menunjukkan bahawa rakyat telah meula menerima system pengangkutan awan sebagai  perkhidmatan utama  dalah aktiviti seharian mereka.

Baru baru ini Transfomasi untuk perkhidmatan teksi telah dilakukan dalam Negara ini secara menyeluruh dan hasilnya beberpa pendekatan yang dipertikaikan telah dapat di selesaikan dengan cara yang terbaik.

Cerita Uber dan Grabcar yang menghantui pemandu teksi dengan berbagai demontrasi dan kecaman dilakukan oleh sebilangan pemandu teksi  sebagai tindakan memprotes dilancarkan dan mengatakan ini adalah  penindasan untuk mereka.

Namun kerajaan melihat perkara ini dengan meyelamai permasalahn tersebut dengan menetapkan beberapa peraturan yang yang wajib  dpatuhi sebagaimana pemandu teksi lakukan. Bukan itu sahaja tindakan GABUNGAN berkerjasama dengan  UBER dan GrabCar berkongsi teknologi adalah langkah terbaik.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) terus melakukan transformasi dalam industri ini demi memastikan rakyat memcapai kualiti perkhidmatan yang baik dan cekap..

Baru baru ini dengan perlancaran MRT telah menambah satu lagi sitem pengangkutan yang amat diperlukan oleh rakyat ketika ini. Tambahan pula  MRT akan dibangunkan lagi  terus ke Putrajaya  yang mana sedang dalam perancangannya.

MyBas juga tidak ketinggalan untuk dinaiktarafkan  perkhidmatannya , Semua ini adalah permintaan dan keperluan rakyat yang mana  kerajaan melihat ianya mesti dilaksanakan untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik dalam  menggunakan perkhidmatan awam darat.

Dengan kepesatan kemajuan dan pertambahan jumlah penduduk di Seremban maka perlunya satu idea baru bagi menampung keperluan penduduk…salah satunya ialah pengangkutan awam.. SPAD dalam satu kenyataan media mengumumkan telah melaksanakan penambahbaikkan rangkaian laluan bas MyBAS Seremban..

Penambahbaikkan tersebut melibatkan 17 laluan utama dan 5 laluan perantara yang akan menawarkan sistem pengangkutan yang lebih bersepadu meliputi jarak sebanyak 728 km berbanding 27 laluan sedia ada yang sebelum ini hanya meliputi jarak sebanyak 578km.

Menariknya di sini ialah setiap bas utama dan bas perantara akan dihubung dengan 3 terminal utama iaitu Terminal 1 Seremban,  Terminal Nilai Sentral dan Terminal Port Dickson dengan tujuan untuk meningkatkan kesalinghubungan kepada pengguna..

Selain itu, 2 laluan baru MyBas turut di perkenalkan iaitu F300(Bandar Port Dickson), F500 Bandar Seremban yang mana waktu operasi dari 7.00 pagi hingga 8.00 malam dan 7.00 pagi hingga 10.00 malam..

Inisiatif ini salah satu usaha kerajaan melalui SPAD dalam memastikan setiap kawasan dihubungkan dengan perkhidmatan pengangkutan awam darat yang terbaik untuk rakyat.

Dalam p[ebagai usaha yang dilakukan oleh SPAD ini, diharapkan rakyat perlu memanfaatkan kemudahaan ini dengan sebaiknya . Sentiasa bekerja sama dengan pihak berwajid dalam menjaga sikap vendalisme yang mana akan mencemarkan perkhidmatan serta kemudahan yang disediakan

Berikut adalah  jadual laluan MyBAS Seremban untuk rujuan anda :

 

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD Tingkatkan Mutu Perkhidmatan -MyBas Lakukan Penambahbaikan 17 Laluan Di Seremban and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s