Jangan Terpedaya Dengan Strategi Membelit DAP-Musuh Politik Orang Melayu


Oleh rmf

Jangan Terpedaya dengan apa juga yang dikatakan oleh pihak pembangkang terutama DAP yang akan meletakkan pelbagai janji untuk memerangkap pengundi terutamanya orang Melayu.

Sejarah silam tidak pernah sama sekali menipu  kejadian, DAP adalah seperti ular yang akan membelit sesiapa sahaja yang akan menjadi mangsanya. DAP dalam kesinambungan agenda yang telah diberikan dan ditetapkan oleh Kuan Yew  ialah untuk menguasai 5 buah negeri Pantai Barat dalam apa cara sekali pun.

Perkara ini harus diingatkan bahawa ini adalah strategi untuk mengusai sepenuhnya politik Malaysia dengan cara mengula gula kan  harapan kepada orang Melayu. Mungkin pada masa ini kita tidak nampak apa akan berlaku seterusnya.

DAP tidak pernag benar dalam satu satu perkara yang dijanjikan. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Pulau Pinang dimana UBAH telah mengubah segalanya.

Ianya bukan satu kemustahilan sekarang,”kata Lee Kuan Yew ketika ditanya adakah Singapura berminat menyertai Malaysia semula dengan fenomena kebangkitan pembangkang diketuai DAP ketika itu.

Ucapan tersebut  dikeluarkan apabila Kuan Yew  mengadakan lawatan  untuk meraikan kemenangan DAP bersama Guan Eng di Pulau Pinang setelah pembangkang dapat menguasai Pulau Pinang dan Selangor.

Agenda PAP yang disambung oleh DAP telah mensasarkan lima buah negeri di Pantai Barat yang mana akan membolehkan DAP berkuasa dan dominan dengan sokongan “pengkhianat Melayu” yang ada sekarang membantu DAP merealisasikan agenda Malaysia – Singapura.

Dalam erti kata lain, pembentukan Malaysia –Singapura adalah matlamat asal yang dibuat oleh Kuan Yew dalam misi menjarah kedaulatan Negara ini. Tetapi  pernah atau tidak Melayu yang menyokong DAP sekarang terfikir bagai mana kaedah yang akan dilaksanakan oleh DAP bila dapat berkuasa tanpa jawatan Perdana Menteri sekali pun?

Pernah atau tidak kita terfikir bagaimana  muslihat DAP menggunakan Melayu yang ada untuk menambah kerusi mereka. Untuk apa pertambahan ini diperlukan, ianya adalah hanya untuk mendapatkan kuasa majoriti hanya didalam Pakatan Harapan.

Apabila kuasa majoriti dan dapat pula menguasai pilihanraya, apakah DAP akan melupakan amanat Kuan Yew untuk mencantumkan Malaysia –Singapura? Sudah pastinya tidak , Kuasa bersuara di Parlimen akan digunakan oleh DAP untuk mencapai hasrat tersebut.

Pernah atau tidak kita terfikir bahawa pembantu Lee Kuan Yew (ketika itu merupakan Setiausaha Agung PAP), iaitu Lim Kit Siang telah ditugaskan untuk menjaga DAP di Malaysia. Dia adalah bekas Setiausaha Politik kepada mendiang Lee Kuan Yew.

Jadi tidak mustahil bukan jika agenda percantuman Malaysia–Singapura akan menjadi kenyataan? Jika pada masa PRU akan datang DAP dapat menguasai Parlimen dan mengadakan sidang tergempar untuk menjemput Singapura menyertai Malaysia. Apa akan berlaku?

Pada masa yang sama juga Singapura mengadakan sidang tergempar untuk persetujuan di Parlimen mereka. Jika ditakdirkan Singapura mengatakan  persetujuan untuk menyertai Malaysia. Maka disaat itu penyokong Melayu  Pakatan akan tahu untung nasib bangsa Melayu seterusnya,

Jika kita fikirkan dengan kelebihan 87 kerusi perlimen yang dimiliki oleh Singapura dan ditambah dengan 112 kerusi majoriti mudah DAP nanti, bermakna 2/3 dimiliki  oleh DAP dan akhirnya orang Melayu hanya mampu berdoa sahaja ketika itu. Apa sahaja akan berlaku.

Ketika itu , jangan disesalkan lagi apa yang bakal dihadapi oleh bangsa Melayu. Jangan difikirkan lagi laungan untuk bangsa Melayu, Semuanya sudah menjadi bubur, tidak berguna lagi. Apa nak buat kalau Melayu sendiri dah nak hapuskan dominan mereka dalam negara sendiri, mereka sudah terlajak hebat.

Bayangkalah seorang bekas Perdana Menteri  dan dua orang bekas TPM dari Umno yang sanggup menjadi kuda tunggangan DAP demi mahu meraih kuasa. Ini bukan calang-calang individu yg jadi ‘ pengkhianat’  Atas alasan apa sekali pun, ianya tidak boleh diterima setelah kita mengetahui agenda jahat DAP.

Jika kita kaji dan lihat secara realitinya , Melayu ini lah yang menyatakan perjuangan namun hakikat yang sebenarnya bukan itu yang mereka perjuangkan. Hanya untuk meperbodohkan rakyat demi kepentingan kuasa dan kepentingan diri mereka sahaja.

Mahahtir di beri telalu lama kuasa ,sehingga telah menjadi ketagih kuasa, Anwar pula terlalu cepat berkuasa  oleh Mahathir dan sehingga menjadi tamak kuasa  dan manakala Muhyiddin pula terlalu lama di beri kuasa tapi bukan di puncak kuasa  dan seharusnya mempunyai keinginan untuk memegang tampuk kuasa.

Paling teruk adalah Mahahtir. kuasa nya dan kekayaan anak pinak menyebabkan beliau hilang langsung sifat redha dan dalam dirinya penuh dengan ketamakan kuasa dan rasa angkuh yang menggila, dia saja yang betul.

Dengan pemimpin  sebegini, maka amat mudah DAP melancarkan misi  yang diamanhkan kepada  mereka oleh PAP untuk menjarah Malaysia atas pertolongan bangsa itu sendiri. Sekarang DAP sedang lakukan.

Sebagaimana yang telah didedahkan oleh Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Teratai, Selangor Jenice Lee Ying Ha mendedahkan bahawa taktik kempen DAP lebih kotor daripada Barisan Nasional (BN).

Dengan pendedahan sebegini tidakkah kita dapat menilai agenda yang “lebih jahat” lagi akan dilakukan oleh DAP terhadap UMNO dan juga Barisan Nasional serta  agenda untuk memerangkap orang Melayu sebagaimana dilakukan oleh PAP  satu ketika dahulu?

Tidak cukup dengan itu,  DAP terus menyalakan api kemarahan orang melayu dan berharap orang Melayu akan bertindak balas, hal ini dibuktikan apabila memijak gambar, istiadat pengebumian dan memukul efigi (patung yang menyerupai seseorang), serta menggunakan penyapu untuk menyapu, mereka telah menyinggung dan memprovokasi emosi orang Melayu .

Semua ini dilakukanoleh DAP hanya untuk berkuasa dan memenuhi impian penjarahan ke atas Negara ini  secara “total”. Agenda yang tersimpan lama dan sudah menjadi wasiat perjuangan yang perlu dilaksanakan oleh DAP.

Sedarlah wahai orang Melayu bahawa pembinasaan negara dapat berlaku dalam sekelip mata tetapi pembinaan negara mengambil tempoh masa yang lama, begitu juga jambatan silaturahim dan hubungan baik antara kaum dalam negara ini.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Jangan Terpedaya Dengan Strategi Membelit DAP-Musuh Politik Orang Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s