DEMI RAKYAT -Barisan Nasional Terus Memastikan Kepentingan Rakyat Diutamakan


Oleh rmf

Image result for tan sri annuar musa

Barisan Nasional, jika dibandingkan dengan pencapaiannya ketika ini dalam meyediakan keperluan dan menyelesaikan permasalahn rakyat boleh dikatakan  diantara yang terbaik jika dibandingkan dengan “pemberian” yang diberikan oleh pihak pembangkang di Malaysia kepada rakyat.

Kekuatan yang jitu dikalangan ahli parti komponen yang menjalankan tanggungjawab bersama sama dengan komponen yang lain telah menunjukkan sikap kersamaan dalam usaha  mengenalpasti permasalahan dan akhirnya dimajukan untuk diambil tindakan.

Masyarakat telah meyedari bahawa pada PRU13 adalah satu kesilapan yang amat bersar dilakukan oleh semua kaum dalam Negara ini dengan memberikan undi kepada pembangkang. Tindakan ini adalah susulan terpedaya dengan dakyah yang dimainkan agar membenci kerajaan.

Kepercayaan masyarakat terhadap pembangkang kian menurun susulan banyak “pemberian janji” yang diucapkan semasa pilihanraya yang lalu berlaku sebaliknya. Dalam kata kata untuk membela rakyat akhirnya rakyat dfitindas sehebat mungkin demi untuk mengaut keuntungan.

Kejayaan Barisan Nasional ini dapat dilihat dengan pembangunan serta skim skim yang ditawarkan kepada rakyat tanpa melibatkan konsesi yang  membebankan rakyat. Kejayaan ini telah menjadi duri dalam daging bagi pembangkang , dimana mereka tidak mampu melakukannya.

Selama ini kerajaan dalam memberikan impak yang selesa kepada rakyat dengan  menyediakan setiap kemudahan dan kepentingan  berdasarkan kemajuan semasa. Barisan Nasional dibawah pimpinan Perdana Menteri  Dato Seri Najib Razak terus memikirkan dan mengambil jalan  yang tidak akan membebankan rakyat.

Kekuatan serta kesungguhan  kepimpinan teruji apabila  telah berjaya menaik taraf system pengangkutan awam darat kepada satu  tahap yang membanggakan. Sebagai contohnya MRT yang baru baru ini dilancarkan yang mana mempunyai kemudahan untuk semua golongan yang bertaraf dunia.

Bukan itu sahaja, golongan perajurit dan juga peneroka tidak juga ketinggalan dalam menmikmati perkongsian hasil Negara dibawah kepimpinan Barisan Nasional. Perkongsian ini diberikan setelah ekonomi Negara berada ditahap yang amat memuaskan.

Jadi tidak hairanlah bagaimana sejak awal pemerintahan Barisan Nasional yang diterajui oleh Najib Razak terus melancarkan beberapa transformasi untuk memastikan kepentingan rakyat didahulukan disamping pencapaian dalam segenap aspek berda dilandasan yang sepatutnya.

Kenkayaan kejayaan ini sudah pastinya amat membimbangkan kumpulan Pakatan Harapan yang mana selama ini telah meminggirkan kepentingan serta kesejahteraan rakyat.  Pemimpin DAP dan kuga sekutu mereka sentiasa asyik mencari  isu politik dan bukan  memikirkan apakah yang seharusnya dibsumbangkan kepada rakyat.

Malah rakyat dijadikan mangsa penindasan akibat  amalan kleptokrasi  dan diskrikimasi serta perkauman yang tebal didalam agenda perjuangan mereka. Hal ini terbukti  apabila  kaum Melayu dan India ditindas di Pulau pinang.

Rakyat harus ingat  sejarah bagaimana PRU13 yang lalu, kesilapan yang dilakukan dengan memberikan sokongan kepada sebuah parti yang amat rasis akan memudaratkan persekitaran keharmonian Negara dan juga akan menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan rakyat seterusnya akan  menganggu keamanan.

Justeru itu, telah terbukti oleh sejarah pemerintahan Barisan Nasional bahawa , kepimpinan yang ada sekarang adalah kepimpinan yang peka kepada masalah rakyat serta mengutamakan keharmonian kaum dan menolak sikap perkauman sebagaimana dimalakan oleh DAP.

Seterusnya rakyat mesti memilih  sebuah kerajaan yang mempunyai kebersamaan  dalam segala hal dan perkara. Kekuatan ini perlu dilihat secara menyeluruh dan bukan memilih sebuah pakatan yang hanya  saban hari memikirkan soal jawatan dan imbuhan.

Kenyataan Tan Sri Annuar Musa

UMNO dan Barisan Nasional (BN) akan sentiasa terus memberikan fokus sepenuhnya melalui pendekatan kerajaan Pro Rakyat.

Kita menyambut baik beberapa pengumuman kerajaan, khususnya oleh Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Razak, berhubung isu kebajikan veteran ATM, projek MRT dan bantuan kepada peneroka Felda.

Kita percaya keprihatinan kerajaan ini merupakan tradisi membela rakyat  yang sudah sekian lama menjadi amalan kerajaan BN.

Kita sesungguhnya yakin lebih banyak lagi pengumuman initiatif kerajaan BN  akan diumumkan oleh PM kita dari semasa ke semasa selaras dengan konsep rakyat didahulukan.

Ia satu manifestasi kerajaan BN yang bertunjangkan kerajaan Pro  Rakyat.

Ia berbeza dengan Pakatan Harapan yang begitu Pro DAP, dan bergerak di bawah kawalan dan dasar junjungan DAP.

Pendekatan PM benar-benar dan sememangnya meresahkan pakatan pembangkang yang berhempas pulas menyemai rasa benci pada kerajaan menerusi isu-isu yang mereka kitar dan kitar berulang kali untuk mengabui mata dan menakut-nakutkan rakyat.

Kita berharap seluruh jentera kerajaan akan terus menerus fokus kepada agenda membela dan menyatupadukan rakyat.

Hanya perpaduan rakyat dan sikap istiqamah kepemimpinan dalam membela nasib masyarakat majmuk akan menjamin masa depan agama, bangsa dan tanah air.

Tan Sri Annuar Musa (TSAM)

03.08.17

Advertisements
Image | This entry was posted in DEMI RAKYAT -Barisan Nasional Terus Memastikan Kepentingan Rakyat Diutamakan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s