MCA Pertikai Nilai  Projek Pan Island Link  Tidak Masuk Akal- RM385 Juta/km


Oleh rmf

Pan-Island-Link-1

Dalam hal ini, Ketua Pemuda MCA negeri, Datuk Micheal Lee Beng Seng meluahkan rasa bimbang dengan projek terkini Kerajaan DAP itu yang mana jumlah nilai projek tersebut amat mahal jika dibandingkan dengan pembinaan lebuh raya yang lain.

Projek PIL ini hanya  sejauh 2oKM dengan bilai RM385juta/km dan jika dibandingkan dengan RM 161 juta setiap kilometer bagi lebuh raya Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) di Selangor nilai tersebut adalah amat mahal.

“Kos ini adalah 140% lebih dari RM 161 juta setiap kilometer bagi lebuh raya Kinrara – Damansara Expressway (KIDEX) di Selangor” jelas Datuk Michael Lee Beng Seng lagi.

  1. Kos lebuhraya ini paling mahal di Malaysia setakat ini.
  2. RM385 juta setiap kilometer
  3. Setiap meter lebuhraya ini melibatkan kos RM385,000
  4. Wakil rakyat DAP sebelum ini pernah membidas projek Kidex bernilai RM161 juta setiap kilometer

Malah, beliau turut mempersoalkan mengapa projek infrastruktur mega di Pulau Pinang melibatkan kos sangat tinggi berbanding projek yang seumpama dikendalikan kerajaan Persekutuan.

MCA sebagai komponen  Barisan Nasional terus memiankan peranan dan menyebar luas peranan mereka kepada masyarakat Cina agar terus memberikan sokongan kepada kerajaann yang ada sekarang.

Beng Seng turut menggesa kerajaan Pulau Pinang untuk mendedahkan kos yang dibelanjakan bagi laporan projek PIL 1 ini.

“Berapa banyak wang yang akan dipinjam kerajaan Pulau Pinang dari China atau bank lain bagi membiayai lebuhraya RM7.5 bilion ini selain projek Transit Aliran Ringan (LRT) dengan kos RM8.4 bilion?” katanya merujuk kepada projek LRT Bayan Lepas.

Kerajaan yang kukuh dan mampu untuk melaksanakan keperluan dan kepentingan rakyat tanpa mengira kaum dan bangsa. Sehingga kini MCA terus diterima oleh masyarakat Cina dengan  perubahan gerak kerja yang dilancarkan oleh Presiden MCA  Dato Seri Liow Tiong Lai beberapa tahun lalu.

MCA  setelah di transfomasikan semula terus memainkan politik nyata dan bukan politik murahan sebagaimana dilakukan oleh DAP ketika ini. Politik nyata ialah dengan melihat apakah masalah rakyat dan keperluan rakyat yang perlu diambil tindakan untuk diselesaikan.

Kekuatan dan kesungguhan setiap jentera MCA yang sanggup turun padang  kepada rakyat marhaen telah memberikan kesan positif di minda rakyat. Rakyat sedar bahawa dengan adanya sikap ini segala  permasalahan yang ditanggung oleh rakyat akan dapat ditangani dengan baik.

 DAP sebuah parti yang banyak masalah dan  tidak mampu menguruskan masalah mereka sendiri, perkara ini amat benar apabila  diulas oleh Ketua Pemuda Pusat MCA.

“Jika mereka tidak dapat menyelesaikan masalah mereka sendiri bagaimana mereka hendak ‘menyelamatkan Malaysia'” jelas KP MCA, Datuk Chong.

Politik murahan pihak pembangkang dalam Negara ini menunjukkan betapa mereka tidak langsung bersungguh sungguh untuk melakukan sesuatu yang terbaik untuk kebajikan rakyat.

 Isu dan olitik murahan diamalkan untuk menutup kelemahan pentadbiran  yang mereka lakukan, dalam masa yang sama komponen  Barisan Nasional terus melakukan misi membantu rakyat dan menyelesaikannya.

Pembangkang hanya melihat nilai sahaja, bukan kualiti yang diberikan, nilai atau jumlah  sesuatu projek pada kebanyakannya  tidak masuk akal dan banyak projek pembaziran dilaksanakan tidak mengikut keperluan semasa.

Di Pulau Pinang misalnya, projek mengecat  laluan basikal dengan berbagai halangan ini adalah satu projek yang boleh dikatakan merompak  wang rakyat secara terangan. Sehingga kini lalua tersebut hanya laluan dan tidak pernah digunakan oleh rakyat pun.

Di Pulau Pinang dimana Kerajaan DAP Pulau Pinang terus mencetuskan kontroversi dengan Projek Pan Island Link (PIL 1) yang terlalu mahal di Negara ini.

Projek PIL ini telah menelan belanja sebanyak RM385juta/km  dan akan menelan belanja sebanyak RM7.5 billion dan ianya satu nilai harga yang tidak manusabah. Betapa kerakusan DAP terus merompak tabungan kerajaan negeri untuk rakyat.

Dalam kemegahan melaksanakan projek sebuah rumah mampu milihk pun tidak mampu dibina untuk rakyat Pualu Pinang yang memerlukan  malah DAP menyifatkan keperluan rakyat hanya merugikan tanah  yang bernilai komersial.

DAP sebelum ini mempertikaikan projek Lebuh Raya Kinrara-Damansara Expressway (KIDEX) yang menurutnya termahal di Malaysia dengan kos RM 161 juta setiap 1 kilometer. Kos tersebut telah dijadikan isu untuk pembangkang dengan tujuan untuk digagalkan.

Perbelanjaan projek kerajaan Penang ketika ini terlalu tinggi dan dasar menyamun dilakukan secara terangan .Belum pun reda dengan kos melampau terowong dasar yang disifatkan sebagai satu projek atas kertas namun bayaran dengan dana rakyat digunakan untuk “kocek kleptokrasi”.

Wang Rakyat telah digunakan hanya untuk  kos rundingan sahaja telah menelan belanja bernilai RM 209 juta , Namun bayaran projek sehingga  kini telah ditumbuhi lalang.

Dalam mengkritik usaha kerajaan yang memberikan kemudahan kepada rakyat  adalah diperlihatkan sebagai modal politik murahan. Baru baru ini projek MRT yang bertaraf dunia telah dibangunkan oleh  kerajaan juga turut dikritik sejak permulaan pembinaannya sehingga dilancarkan.

Justeru itu, DAP adalah sebuah parti yang sentiasa mencari peluang untuk diri dan bukan seperti MCA yang sentiasa melihat sendiri kesukaran rakyat dan menanganinya dengan berbagai cara yang terbaik.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Pertikai Nilai  Projek Pan Island Link  Tidak Masuk Akal- RM385juta/km and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s