MCA Lebih Mesra Dan Demokratik Dari DAP -Menguruskan Kebajikan Dan Keperluan Rakyat


Oleh rmf

Dalam sejarah dan kesusteraan China   sejak beribu tahun dahulu,  telah menjadi sejarah bagaimana maharaja-maharaja  China telah  banyak melakukan penyalah gunaan kuasa terhadap rakyat dengan tindakan kejam.

Tindakan ini telah menyemarakkan tentangan rakyat terhadap pemerintah. Dikala itu rakyat mahukan keadilan namun tidak kesampaian , ini adalah kerana  kuasa mutlak itu terletak  ditangan pembesar yang hanya tahu mengampu maharaja.

Begitu juga dengan DAP mereka terus mengekploitasikan sentiment dengan menghebahkan bahawa masyarakat Cina selalunya akan menjadi mangsa dalam politik.

DAP pada kebiasaannya akan menuding jari kepada sesaorang atau pemerintah dengan mengatakan itu adalah mangsa politik. Mangsa penindasan oleh kerajaan Barisan Nasional.

Sedangkan pada dasarnya  kejadian yang berlaku itu adalah berpunca dari perkara yang tersendiri. Tindakan ini seterusnya  diperlihatkan seakan  kejadian itu adalah berhubung kait dengan konspirasi yang mengaitkan dengan politik.

Tindakan ini  sengaja dilakukan agar ianya dapat menunjukkan bahawa kerajaan yang memerintah telah melakukan kekejaman terhadap rakyat dan mengharapkan satu bentuk tindak balas akan dihasilkan oleh rakyat untuk menentang kerajaan.

Dalam hal ini, MCA tidak ketinggalan dijadikan mangsa keadaan  dimana  DAP terus menuding jari dan melakukan fitnah dengan menuduh MCA tidak langsung  mengambil berat hal yang berkaitan dengan kesejahteraan rakyat terutama masyarakat cina.

MCA akan dikatakan sudah tidak relevan lagi bagi sebuah [parti politik . Disamping itu DAP akan menggunakan bahasa politik kotornya untuk menjatuhkan maruah MCA. Acap kali kita dengar perkataan “barua” yang dikeluarkan dan  termasuk perkataan “anjing”.

Pemimpin DAP terus membuat perbandingan dengan mengatakan kekalahan MCA pada PRU yang lalu  melalui kerusi dan undi yang diterima. Namun disebalik semua itu rakyat telah melihat bagimana DAP mengexploitasikan sesuatu perkara sehingga rakyat terjerat.

DAP lupa disatu sudut yang amat jauh berbeza yang tidak pernah disebut oleh DAP ialah bagaimana MCA bekerja untuk rakyat, menyelesaikan masalah rakyat dan bersama sama rakyat ketika rakyat memerlukan.

DAP harus ingat bahawa rakyat melihat gerak kerja yang dilakukan dan menilai tahap keberkesanannya  untuk rakyat.

Sebagai contoh  apa bila rakyat atau mana mana badan untuk melakukan sumbangan untuk membantu mangsa malapetaka, pada kebanyakan penyumbang akan lebih rela menyumbang kepada MCA dari terus memberikannya kepada  DAP.

Disini kita dapat melihat bagaimana sebahagian rakyat atau badan koporat telah meragui dan tidak percaya bahawa sumbangan mereka sampai ketangan mangsa.

DAP yang kini amat terkenal dengan sikap pemimpin mereka yang mengamalkan dasar kleptokrasi yang amat dasyat.

Bukan itu sahaja, ketelusan DAP yang amat diragui dalam apa juga tindakan, Sistem pengundian mereka pun  amat teruk dan berlakunya penipuan dan Setiausaha Agong juga yang akan membuat keputusan. Itu pun berlaku kesilapan komputer dan sebagainya.

Perbandingan Demokratik oleh DAP hanya retorik politik semata mata. Dalam hal ini MCA dilihat melalui gerak kerja dan pergaulan adalah lebih demokratik dan boleh menerima Perlembagaan Negara dengan hati yang terbuka.

Perkara ini tidak berlaku didalam DAP.  Perlembagaan Negara hanya disebut sebagai satu bentuk Undang undang yang dikatakan menindas warga DAP. Namun semua itu adalah disebabkan dasar perkauman yang ada didalam DAP.

Dasar Ekonomi baru yang dilancarkan pada tahun 1970, dimasa ini tindakan DAP terus menghasut masyarakat Cina dalam Negara ini dengan berbagai tuduhan. Diantaranya kemasukan ke university, tingkatan enam dan sebagainya.

Akhirnya masyarakat Cina sedar tidakan DAP tersebut hanya menghasut agar masyarakat Cina berada didalamm  keadaan yang lebih sukar lagi.

Akhirnya masyarakat Cina mengalihkan sokongan kepada mCA, sehingga kini kita dapat melihat betapa harmoninya mereka.

DAP dalam usaha untuk menunjukkan MCA tiadak relevan diniali melalui kekalahan kerusi MCA didalam PRU, Jika ini menjadi sandaran , rakyat melihat DAP juga pernah kalah, Kit Siang pernah kalah, Karpal juga pernah kalah dan banyak lagi pemimpin DAP kalah.

Tetapi MCA tidak pernah mengatakan bahawa DAP dengan berbagai makian dan cemuhan. Ini adalah kerana MCA bersikap lebih terbuka dalam menerima sesuatu keputusan yang diberikan oleh rakyat.

Tetapi DAP  dengan bahasa kasarnya terus menghina MCA dengan berbagai kata kata kesat termasuk “anjing kerajaan BN”

Rakyat terutama masyarakat Cina, MCA bukan rangkaian didalam pemerintahan dan ditugaskan untuk bersama menyelesaikan masalah rakyat dan setiap permasalahan tersebut tidak semuanya dalat diatasi dengan segera sebagaimana rakyat mahukan.

MCA adalah penyokong didalam system pentadbiran kerajaan yang memerintah , menyokong dasar kerajaan untuk semua kaum dan memastikan masyarakat cina tidak ketinggalan dalam arus mengecapi  kemajuan dan mengambil peluang yang ditawarkan.

MCA sehingga kni terus relevan, dan diterima  oleh rakyat  yang mana telah melancarkan dasat transformasi untuk rakyat terutama bagi masyarakat cina.

Transformasi yang dilakukan  adalah memastikan MCA terus memberikan khidmat untuk rakyat dan bekerja keras untuk memastikan keyakinan dan sokongan masyarakat Cina terus diberikan.

Dibawah kepimpinan DS Tiong Lai dan DS Wee Ka Sionag dengan pendekatan baru dan perubahan didalam MCA telah memperlihatkan MCA sejak awal tahun 2013 terus melaksanakan kerja  untuk rakyat.

Sehingga kini MCA dinilai oleh masyarakat Cina keseluruhannya, Dinilai budaya mementingkan perkhidmatan MCA untuk rakyat. Sehingga kini MCA mat disenangi dari segenap masyarakat berbilang kaum.

Sementara itu DAP terus menghasut rakyat, membunuh keharmonian kehidupan berbilang kaum dan memburukkan negara dimata dunia luar dengan persepsi dan propaganda  demi kuasa dan bukan untuk rakyat.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MCA Lebih Mesra Dan Demokratik Dari DAP -Menguruskan Kebajikan Dan Keperluan Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s