DEMI JANJI KEPADA RAKYAT- Projek MRT Sg.Buloh Ke Kajang Hadiah Kerajaan Untuk Rakyat


Oleh rmf

Image result for MRT Najib

Semalam 17.7.2017 adalah satu kejayaan besar dalam pengangkutan awam dimana rasminya perlancaran MRT2 dengan penuh bangganya. SBK adalah MRT sepanjang 51km dari Sungai Buloh ke Kajang  mempunyai dua fasa pembinaannya.

Pembinaan fasa 1 yang menghubungkan Sg Buloh- Semantan sejauh 20 km dan pembinaan fasa 2 ialah menghubungkan Semantan ke Kajang sejauh 31 km. Dengan rasminya MRT Sg Buloh-Kajang telah siap sepenuhnya dan boleh digunakan oleh rakyat.

Projek yang mendapat tentangan hebat dari pihak pembangkang dengan pelbagai kontoversi serta spekulasi akhirnya berjaya dilaksankan demi untuk memastikan kemudahan pengangkutan terus  bergerak seiring dengan kemajuan negara dan kemudahan untuk rakyat.

Projek untuk rakyat ini bermula pada 8 Julai 2011 yang mana projek ini menelan belanja sebanyak RM 22 billion secara keseluruhannya dan mengambil perjalanan sepanjang laluan Sg Buloh – Kajang ini dengan menghubungkan 31 buah stesen disepanjang 51km.

Jajaran pertama Sg Buloh – Semantan telah dirasmikan oleh YAB PM sendiri pada 15 Disember 2016 dan telah menghubungkan sebanyak 12 buah stesen. Untuk kemudahan pengguna MRT sebanyak 3,000 petak letak kereta keseluruhannya telah disediakan disepanjang 7 stesen.

Jajaran kedua iaitu fasa 2 Semantan – Kajang sejauh 31 km yang baru dirasmikan semalam dengan gemilangnya  oleh YAB Perdana Menteri, DS Najib Razak dan sebanyak 19 buah stesen sepanjang jajaran ini.

Secara keseluruhannya  Perjalanan Sg Buloh ke Kanjang  mempunyai 31 buah stesen  dan diantaranya 7 setesen bawah tanah dan  14 daripadanya adalah stesen telah menyediakan kemudahan“Park & Ride”.

7 Buah stesen bawah sejauh 9.5KM iaitu berada di Pasar Seni, Muzium Negara, Bukit Bintang, Cochrane, Merdeja, Tun Razak Exchange dan Maluri.

Untuk orang ramai yang akan menggunakan kereta tetapi  mengambil inisiatif sebagai langkah untuk  pergi dan balik bekerja  tidak perlu bimbang. Ini adalah kerana  MRT telah menyediakan  sebanyak 8,000 tempat letak kereta di stesen tertentu secara keseluruhanya.

Diantaranya 4,000 petak letak kereta bertingkat disediakan di 8 buah stesen MRT dilaluan ni (Maluri, Taman Midah, Taman Suntex, Sri Raya, Bandar Tun Hussein Onn, Bukit Dukung, Sg. Jernih dan Kajang..

Laluan bertingkat pula sejauh 41.5km..MRT ini mengandungi 4 gerabah dengan kapasiti maksima sebanyak 1,200 orang dalam satu-satu masa.

Dijangkakan MRT akan meyediakan perkhidmatan sekerap 3.5 minit setiap perjalanan dan akan  memberikan perkhidmatan  kepada 400 ribu orang pengguna sehari. Manfaat yang bakal dikecapi hasil dari pembangunan Negara dalam pengangkutan awam darat  kepada rakyat.

Untuk golongan Kurang Upaya juga tidak dipinggirkan dalam menikmati kemudahan perkhidmatan yang diberikan oleh kerajaan.

Pelbagai kemudahan sokongan disediakan untuk golongan kurang Upaya. Dari sekecil perkara hingga kepada kemudahan  “tiada halangan” untuk golongan ini.

Satu satu pembinaan yang paling menarik perhatian ialah  terdapatnya eskelator bergerak tertinggi di Asia Tenggara iaitu sejauh 33 meter yang mana mempunyai ciri keselamatan yang terbaik.

Untuk pengetahuan setiap papan tanggan Eskelator bergerak ini telah diselaraskan dengan beban sebanyak 120kg dan apabila ianya melebihi beban tersebut secara automatiknya  pergerakan akan terhenti dengan sendirinya.

Berkaitan dengan tambang yang dikenakan kepada pengguna MRT ini. Sebenarnya terdapat 2 jenis cas tambang yang dikenakan kepada penumpang iaitu :

1) Tunai RM 1.10 hingga RM 6.40

2) Tanpa Tunai (TouchnGo) RM 1.00 hingga RM 5.50

Justeru itu pengguna boleh memilih kadar tambang yang disediakan mengikut keperluan semasa. Ianya amat menjimatkan perbelanjaan apabila pengguna menggunakan Uber atau lain lain perkhidmatan. Kadar tambang yang amat murah ini seharusnya dikecapi oleh semua pengguna MRT.

Sekalung tahniah diberikan kepada kerajaan Malaysia dibawah kepimpinan DS Najib Razak yang mana telah melihat  kepentingan dan keperluan rakyat dalam kepelbagaian sudut. Kerajaan yang prihatin adalah sebuah kerjaan yang memikirkan  kepentingan dan keperluan rakyat didahulukan.

Kenyataan SPAD

Advertisements
Image | This entry was posted in DEMI JANJI KEPADA RAKYAT- Projek MRT Sg.Buloh Ke Kajang Hadiah Kerajaan Untuk Rakyat and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s