MRT Fasa 2- Lambang Kemajuan Sistem Rel Terkini


Oleh rmf

Image result for MRT 2 Facility

Projek untuk mentransformasi pengangkutan awam akan terus dilaksanakan demi menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Peningkatan atau menaiktaraf  kesalinghubungan rel bandar yang giat dibangunkan menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan ke arah mengubah industri pengangkutan awam darat yang agak ketinggalan kebelakang.

Kerajaan dalam usaha giat tanpa henti terus melihat transformasi pengangkutan darat ini sebagai agenda Negara untuk kesejahteraan rakyat yang mesti dilaksanakan.

Sehubungan itu  projek infrastruktur utama seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) ke Singapura, Mass Rapid Transit (MRT) dan transit aliran ringan (LRT) untuk masa depan Negara

Dalam hal ini, Untuk mencapai sasaran ini, negara memerlukan dasar dan sistem pengangkutan yang lebih beroreintasikan transit pengguna dan relevan kepada perkembangan demografi semasa.

Banyak perkata harus dilakukan  dan adalah lebih penting, pengguna perlu diyakinkan bahawa sistem pengangkutan awam dapat memenuhi keperluan mereka dan membawa mereka ke destinasi dengan pantas dan selesa.

Kerajaan melalui SPAD  akan melihat dan terus menangani keperluan pengangkutan awam menerusi penyelesaian yang inklusif dan berkesan di seluruh Negara.

Difahamkan melalui kajian keselesaan yang dilakukan  peratus keselesaan terus meningkat dikalangan pengguna pengangkutan awam darat.

Dengan tidak secara langsungnya ini menunjukkan bahawa  keberkesanan dan penerimaan  prngguna terhadap system pengangkutan awam darat telah mendapat tempat dan pilihan  utama  mereka.

Penduduk Bandar juga tidak ketinggalan dalam menikmati kemajuan pengangkutan awam dengan pelbagai system telah terbina dan mula beroperasi dengan ciri teknologi yang terkini  demi untuk memastikan kemajuan Negara dapat dikecapi oleh semua pihak terutama golongan rakyat.

Selang beberapa hari sahaja lagi, iaitu pada 17 Julai 2017, satu lembaran baharu bakal tercipta dengan pembukaan MRT Fasa 2 Laluan Sungai Buloh-Kajang oleh YAB Perdana Menteri.

Image result for Hajah Nancy

YB Dato’ Seri Hajah Nancy Shukri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri turut melahirkan rasa bangga dan gembira  dengan perlancaran yang akan dibuat dalam masa dua hari lagi.

Hari yang amat penuh bermakna ini  telah menunjukkan komitmen kerajaan dalam  memastikan trnasformasi pengangkutan awam berada sebagaimana dirancangkan.

MRT 2 pengangkutan awam darat akan beroperasi di sepanjang laluan 51 kilometer, yang merangkumi 31 stesen, akan dapat menikmati satu tahap kesalinghubungan yang belum  pernah dinikmati sebelum ini.

Menurutnya lagi  laluan  MRT 2 ini akan melalui  40 buah sekolah dan institusi pendidikan disekitar koridor laluan ini, Pembukaan MRT Fasa 2 ini merupakan bukti bahawa komitmen Kerajaan dalam menunaikan janji kepada rakyat di bawah kepimpinan YAB  Perdana Menteri.

Adalah menjadi harapan kerajaan akan  melihat sistem pengangkutan awam darat pada masa hadapan  menjadi lebih inklusif dan disesuaikan dengan lebih baik untuk memenuhi keperluan golongan keperluan tertentu seperti bagi orang kelainan upaya, keluarga yang mempunyai  anak-anak kecil dan warga emas.

Mungkin dimasa hadapan dengan perkembangan teknologi akan datang , Negara akan terus memp[ertingkatkan sitem pengangkutan awam untuk kepentingan rakyat. Mana tahu dfimasa akan datang Bas pula tida menggunakan pemandu?

 

Advertisements
Image | This entry was posted in MRT Fasa 2- Lambang Kemajuan Sistem Rel Terkini and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s