Mahathir Meneruskan Usaha Anwar Dalam Orientalis, Pluralisma Untuk Membina “New Hope” Dalam PRU14


Oleh rmf

“Apabila kita memperkenalkan racun liberalisme ke dalam organisma kerajaan seluruh warna kulit politiknya akan berubah.”

Kebebasan dan keperluan tanpa sekatan oleh mana mana pihak atas nama kebebasan yang dilaungkan oleh Pakatan Pembangkang tanpa mengambil kira nilai nilai norma kerhidupan yang sebernarnya.

Lazimnya dalam pilihan raya, kemenangan ditentukan oleh puak majoriti. Tetapi di Malaysia sendiri kita dapat melihat betapa suara minoriti boleh mempengaruhi suara majoriti apabila kalangan yang bertanding dalam pilihan raya mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada puak majoriti.

Akhirnya satu demi satu kehendak minoriti disuarakan secara terbuka dan lambat-laun terpaksa diterima oleh kalangan ahli politik yang memburu undi sokongan. Ini sedang berlaku, LGBT, Isu Agama, Isu Hak memilih, Isu kebebsan bersuara dan banyak lain dibangkitkan untuk  mengelirukan rakyat.,

Sebenarnya perkara ini merupakan permulaan barah yang dasyat apabila ianya tidak dapat ditangani dengan sebaiknya. Kehancuran  negara akan bermula, kehancuran nilai murni tergambar di masa akan datang.

Diatas nama kebebsan dan hak asasi himpunan jalanan dikatakan menjadi salah satau daripada  budaya untuk menuntut  agar tuntutan mereka diluluskan. Hal ini berlaku di USA yang menjadi panduan kepada Anwar untuk mendap[atkan kuasa di Malaysia.

Dulu ramai yang tertarik dengan fahaman sosialis yang diasaskan oleh Karl Marx dan Friedrich Engels, sekalipun mereka berteori bahawa agama itu adalah candu yang boleh merosakkan kehidupan manusia.

Daripada teori mereka lahirlah fahaman komunisme yang menganjurkan keadilan sosial dan ekonomi sama rata untuk semua manusia. Sosialis yang diamalkan oleh DAP kini sedang menular dikalangan orang orang Melayu,

Nilai nilai kesamarataan itu  dapat dilihat melalui tuntutan IFC, Siqiu yang mana  mendapat sokongan padu daripada PAS. Sekarang PPBM telah mendapat mandat untuk perjuangan ini.

Ini yang sedang berlaku di Malaysia, Hak asasi, kebebasan menjadi satu topik yang amat penting sekali sehinggakan PAS sendiri terpaksa mengugurkan segala kekebalan mereka untuk menurut apa yan  dilaungkan oleh Anwar Ibrahim dan juga sekutunya dalam DAP

Disamping ianya juga merealisasikan perkara yang termaktub didalam Zions. iaitu “Inilah sebabnya mengapa kita mesti menghakis kepercayaan, memadamkan prinsip-prinsip Ketuhanan dan Kerohanian daripada fikiran Gentile, dan menggantikan gambaran ini dengan kiraan matematik dan keinginan kebendaan.”

Apabila kita mula melihat gerak kerja DAP dalam menetapkan jawatan jawatan terpenting didalam Pakatan Harapan kepada kepimpinan Melayu yang ada sekali gus kita dapat melihat secara halusnnya  DAP bertindak dengan bijak.

Kebijaksanaan DAP meletakkan pemimpin Melayu yang gila jawatan ini adalah satu strategi  yang cukup ampuh untuk  DAP. Keuntungan yang besar akan dapat dikecapi oleh DAP pada PRU14 akan datang.  Secara rambangnya kini DAP boleh berangan angan membayangkan beberapa buah negeri Pantai Barat milik mereka.

DAP sanggup tidak mempunyai apa jawatan dan duduk ditepi, tetapi mempunyai kuasa pemutus apabila  mereka adalah pemegang kerusi yang paling banyak  selepas PRU 12/13 yang lalu. Mendapat lebihan kerusi adalah disebabkan sokongan PAS dan orang Melayu dikangan PAS dan PKR.

Hasil sokongan tersebut Pulau Pinang bertukar tangan dan manfaatnya telah diterima oleh orang  Melayu di Pulau Pinang. Sedap sekarang apabila orang Melayu di Pulau Pinang “Menikmati” resepi “UBAH” yang amat mereka mahukan.

Kalau di Malaysia, Projek Pluralisme sangat bahaya kerana berkait dengan usaha menyamaratakan antara agama yang dikenali sebagai Interfaith Council (IFC) atau Interfaith Commission (IFC) yang ditaja oleh Konrad Adenuer Foundation (KAF), Institut Kajian Dasar (IKD) dan Bar Council. Lebih menarik lagi, KAF, IKD dan Bar Council merupakan badan pemikir dan penaja Anwar di Malaysia.

Jadi dengan kewujudan HARAPAN yang diketuai oleh  Anwar, Mahathir dan  Muhyidin  ini  dimanakah fahaman  yang dibawa oleh Mahathir serta lain lain sebelum ini?  Sudah pastinya akan mengorah langkah  baru iaitu bersama dengan DAP dan PKR.

Secara tidak langsungnya PPBM telah mengubah  fahaman menjadi  seperti diatas. Selepas ini jangan kita hairan apabila pengiktirafan kepada IFC, Merdeka Center, IKD serta sokongan terhadap Bar Council diucapkan oleh Muhyiddin dan Mahathir.

Image result for New hope jesuit

Sebelum ini , satu lagi badan pemikir Anwar iaitu MEGC (Middle Eastern Graduate Center)menerbitkan buku-buku berbentuk pluralisme untuk menyebarkan ideologi persamaan antara agama di Malaysia. Lebih menarik lagi pengarah MEGC, Mustaqeem Mahmood Radhi adalah penulis utama IKD (badan pemikir Anwar).

Dari sudut fahman kita sudah sedia maklum bahawa DAP dan PKR adalah penyumbang kepada  membawa fahaman Orientalis di Malaysia.

Fahaman ini semua orang tahu, dan  dimana  membawa masuk penyebaran kristian melalui Evangelis serta pengkaderan dikalangan orang Melayu.  Sokongan Anwar terhadap Orientalis dapat dilihat apabila JAKIM mula mengharamkan buku-buku Orientalis dijual di Malaysia.

Jadi dengan wujudnya HARAPAN yang  kita sedang melihat  penglibatan secara langsung Mahathir dan PPBM kedalam kancah pertukaran ideology dan perjuangan yang dahulunya untuk Agama , Bangsa dan Negara  kini bertukar kepada fahaman Pluralisme dan mengangkat ianya sebagai dasar perjuangan kesamarataan.

Barangkali ‘Harapan Baru’ merupakan ilmu yang ditimba ketika menuntut di Universiti Jesuit Georgetown, Amerika Syarikat CMCU (Center for Muslim–Christian Understanding) sekitar tahun 2005, yang berketuakan seorang aktivis Jesuit terkenal John Esposito.

Sebab itu ketika Anwar melalui Pakatan Rakyat menang besar dalam PRU 12, Majalah Gereja ‘Church Times’ merumuskan “Pilihan raya ke-12 itu telah melemahkan Islamisasi di Malaysia”

Dr Peter G. Riddell berkata kemenangan besar pembangkang di Malaysia didorong oleh rasa tidak puas hati rakyat yang berbilang agama dengan dasar kerajaan khususnya golongan minoriti agama lain menyuarakan protes mereka.

PRU 12 sepatutnya menjadi masa terbaik untuk ‘regime change’ (fungsi utama NED), tapi mereka tak dapat cukup kerusi. Wan Azizah kata “fajar menyinsing” (New Dawn) untuk Malaysia selepas PRU 12.

Anwar pula kata “Malaysia Baru” – slogan bagi pilihanraya kecil Permatang Pauh. Mereka tidak pernah berputus asa, jadi mereka akan bermati-matian untuk PRU 13.

Kita orang Melayu akan kehilangan segalanya ketika itu! Mereka mendapat pembiayaan yang sangat besar untuk PRU 12 , dan mungkin lebih besar lagi untuk PRU 13 dan lagi besar untuk PRU14 nanti. Puzzle hamp[ir lengkap sudah.

DAP dan PKR sudah memainkan peranan mereka untuk membawa Mahathir kedalam kancah politik  Orientalis dan Pluralisme. Pengikut hanya tahu isu  yang diperkatakan  dan mereka buta tentang  hal yang tersembunyi dalam agenda yahudi dibawa oleh DAP dan PKR.

Kuasa-kuasa asing cuma mahu melakukan perkara itu menjadi lebih buruk, menggunakan polisi ‘pecah perintah’ untuk mengambilalih mana-mana negara. Kumpulan “Pro-Demokrasi”.

Sekarang DAP memainkan peranannya bersama PKR untuk memastikan ‘New Hope” yang diperjuangakan bersama Yahudi dengan dana yang amat besar akan tercapai pada pRU14 nanti  disamping mendapat sokongan Mahathir serta pengikutnya.

Di Kemboja, raja telah digulingkan. Ini merupakan langkah untuk membuang raja-raja / keluarga diraja bagaimanapun yang dilakukan oleh ejen-ejen tempatan yang dibiayai oleh institusi asing . Jadi, Malaysia mesti berhati-hati! Kita perlu mempertahankan hak kita di sini dan ia sedang berlaku SEKARANG.

Mewujudkan agama Islam selari dengan fahaman PKR dan DAP  sendiri yang akan cenderung kepada ajaran New Age (plurisme agama) dan kehendak penyumbang dana mereka .Di masa yang sama, PRU13 akan berlaku semasa era kekeliruan yang paling tinggi.

Kekeliruan yang dimaksudkan itu ialah kehangatan (kononnya) akan berlaku kehancuran dunia 2012 (galactic alignment), solar flares, polar shift, project Blue Beam / HAARP, economic crash, dan bermacam2 fitnah Dajjal.

PKR dan DAP telah menggunakan kekeliruan ini untuk mengambil kesempatan merampas tampuk pemerintahan melalui “demokrasi” – manipulasi undi menggunakan taktik2 halus.

Sekarang kita dapat bayangkan bagaimana setelah HARAPAN dilancarkan dengan berpaksikan PKR dan DAP dengan sokongan barat. Apakah akan berlaku kepada Islam, Bangsa Melayu dan Raja Melayu selepas ini.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Pluralisma Untuk Membina “New Hope” Dalam PRU14 and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s