Memintas Jalan Keluar – “UBERTaxi”  Hasil Persetujuan MoU UBER dan GABUNGAN


Oleh rmf

Mantan Pengerusi SPAD Tan Sri Hamid Albar dalam ucapannya terdahulu  meminta semua pihak agar lebih proaktif dan mengambil jalan keluar yang terbaik untuk berhadapan dan bersaing dengan perkhidmatan Uber dan Grabcar.

Cadangan dan saranan yang diberikan dan menyambut cabaran tersebut maka  satu plan tindakan telah diambil oleh pihak Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) baru baru ini  dengan  mengambil satu inisiatif untuk menandatangi satu MOU untuk menjalinkan usahasama yang dipanggil “UBERTaxi”.

Gabungan Persatuan dan Syarikat Teksi Semenanjung Malaysia (GABUNGAN) adalah Persatuan semua persatuan teksi dan syarikat-syarikat teksi di Semenanjung Malaysia. Ahli Persatuan memegang lebih dari 90% permit Teksi korporat di Malaysia yang berjumlah lebih dari 28,000 unit teksi.

Persaingan serta mengejar masa cepat dan  terbaik dalam mutu perkhidmatan  telah  menjadikan GRAB CAR dan UBER sebagai perkhidmatan pilihan berbanding dengan perkhidmatan teksi yang ditawarkan.

Menurut Tan Sri Dr Syed Hamid Albar semasa menjadi  Pengerusi SPAD, isu keluhan dan rungutan pemandu teksi ini sudah lama dalam pengetahuannnya.

“Janganlah marah dengan emosi tidak terkawal sampaikan UBER punya pasal ada yang minta perkhidmatan teksi diharamkan pula. Jangan berputus asa, sebaliknya lawanlah UBER secara sihat. Tunjukkan anda lebih baik dan berkualiti,”

Ujarnya lagi, “terdapat beberapa isu mengenai perkhidmatan UBER dan GrabCar di mana ia tidak memberi jaminan keselamatan kepada penumpang. UBER juga tidak mempunyai maklumat pemandu memandangkan ramai daripada mereka memandu secara sambilan dan tidak berdaftar dengan kita,”

Program perintis ini membolehkan para pemandu dari GABUNGAN menyertai rangkaian UBER bagi menggunakan teksi mereka.  Ini merupakan satu langkah dan jalan terbaik untuk pemandu teksi dan UBER bersama sama menafaatkan kerjasama dengan memperrluaskan manafaat teknologi semasa.

Warren Tseng Pengurus Besar untuk Uber di Malaysia dan Singapura menjelaskan langkah itu pihaknya percaya perkongsian ini memberikan contoh terbaik dalam menawarkan lebih banyak pilihan kepada pengguna.

Pihak UBER menyokong hasrat kerajaan untuk menambahbaik landskap pengangkutan awam di negara ini. Pihak UBER ianya memberikan kerjasama baik dari bahagiannya sendiri. Antaranya pihak UBER berusaha untuk teruskan memberi lebih pilihan kepada pengguna dengan satu sentuhan di telefon pintar untuk para pengguna.

Yg. Bhg. Dato Haji SM Shalahuddin SM Amin, Presiden GABUNGAN berpendapat dengan menjalinkan kerjasama dengan UBER ini bakal memberikan ruang kepada pemandu teksi agar dapat manfaat bersama daripada kuasa teknologi UBER yang mana ia dapat memadankan para pemandu teksi dan pengguna dengan lebih pantas.

Plan Inisiatif ini akan  dapat meraih pulangan yang lumayan berbanding sebelum ini yang banyaknya masa dihabiskan dengan menunggu berbanding mendapat penumpang. Dengan cara ini teknologi dapat dimanfaatkan dengan lebih baik dan membuka ruang ekonomi menguntungkan semua pihak.

Dalam program UBERTaxi ini dianggarkan lebih 500 pemandu GABUNGAN yang berpotensi baik dan teksi mereka diberi tempat didalam platform UBER. Walaubagaiamanapun UBER turut menekankan perkara pokok terutamanya seperti pemandu mempunyai lessen yang sah, melepasi semakan latarbelakang (blacklist), insuran yang berkenaan dan kenderaan tersebut tidak berusia lebih dari 5 (lima) tahun.

Kreteria termasuk mereka yang memandu kenderaan teksi jenis sedan dan MPV manakala harga tambang akan diselaraskan berdasarkan struktur tambang dan mekanisma Uber X.

Didalam alplikasi Uber pihak pengguna boleh membuat pilihan didalam kategori produk baru didalamnya yang dilabekan sebagai “UberTaxi”

Sebagai sebahagian daripada program perintis ini, syarikat-syarikat teksi dibawah GABUNGAN, Mereka akan mendaftar sebagai rakan kongsi UBER dan aktif dalam mempromosikan dan memasarkan kepada para anggotanya yang bakal menerima faedah ekonomi dan keusahawanan

Kualiti penyedia perkhidmatan Uber

Pihak Uber menyatakan bahawa jangkaan kesan keseluruhan perkongsian ini pastinya memberikan kesan yang positif dan meneruskan komitmen yang tinggi untuk memberikan perkhidmatan yang positif dan bermakna kepada para penumpang.

Warren berkata, Penumpang kini dapat membuat pilihan sendiri dan ianya memberikan manfaat yang besar kerana ia dapat mengurangkan masa menunggu dan segera mendapat penumpang .

Mengenai UBER

Misi Uber adalah untuk membawa pekhidmatan pengangkutan yang boleh dipercayai ke mana-mana, untuk semua orang. Kami bermula pada tahun 2010 untuk menyelesaikan masalah mudah: bagaimana anda dapat menaiki kenderaan dengan hanya menekan butang? Enam tahun dan lebih daripada dua bilion perjalanan telah berjaya silakukan, kami telah memulakan menangani cabaran yang lebih besar: mengurangkan kesesakan dan pencemaran di bandar-bandar kita dengan menmpatkan lebih banyak penumpang ke dalam kereta yang bersesuian.

Sejak dilancarkan di Malaysia pada 2014, Uber kini boleh didapati di 12 bandar raya di seluruh negara: Alor Setar, Ipoh, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Kuala Lumpur, Kuantan, Kuching, Langkawi, Melaka, Miri, Pulau Pinang dan Seremban. Ketahui lebih lanjut di http://www.uber.com

Diharapkan dengan MoU yang telah dipersetujui ini akan  dapat mengembangkan lagi pasaran perkhidmatan teksi standing dengan  perkhidmatan UBER dan Grabcar yang mana perkongsian teknologi dapat dimanfaatkan bersama.

Ini merupakan jalan keluar yang terbaik ketika ini disamping dilengkapi dengan  aplikasi SOS yang mana baru baru ini telah diperkenalkan untuk menjamin keselamatan penumpang.

Justeru itu,  adalah menjadi hak pelangan untuk memilih perkhidmatan yang terbaik  dan   tidak mempunyai banyak karenah  tingkah laku yang kurang menyenangkan dikalangan pengendali. UBERTaxi akan menjadi pembuka jalan untuk persatuan teksi yang lain bersama sama manfaatkan peluang dan ruang dan mengenepikan  runag hasutan yang dilemparkan.

Peluang harus direbut, pasaran perlu diperluaskan, dalam apa cara sekali pun, persatuan pemandu teksi harus memikirkan kaedah terbaik untuk terus membudayakan  persaingan yang sihat dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang ditawarkan.

Advertisements
Image | This entry was posted in Memintas Jalan Keluar - “UBERTaxi”  Hasil Persetujuan MoU UBER dan GABUNGAN and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s