Dasar Kuku Besi Dinasti Lim Menjadikan DAP Huru Hara- Orang Lain Pula Dipersalahkan


Oleh rmf

Sombong dan bongkak , itu sahaja ayat yang amat sesuai diberikan kepada pemimpin DAP di seluruh Malaysia yang mana terdapatnya perangai tidak berperikemanusiaan untuk layak menjadi pemimpin untuk rakyat.

Sikap rakus dan kejam sudah tidak asing lagi dikalangan pemimpin DAP terutama sikap dictator Guan Eng yang hanya mementingkan diri dan mengamalkan sikap Kleptokrasi yang menjahanamkan keseluruhan apa yang ada dihadapannya.

Sebenarnya semua orang didalam DAP tidak berani menyuarakan  perasaan tidak puas hati terhadap mereka ini. Namun dasar kuku besi yang menjadi amalan DAP telah mengekangkan mereka untuk  berbuat demikian.

Setiap pandangan atau cadangan yang tidak memberikan keuntungan kepada Guan Eng serta  poketnya sudah pasti akan ditolak, apa tah lagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan rakyat. Ini dasar pemerintahan DAP yang disanjung oleh sebilangan penyokong Melayu yang buta perut.

Parti yang bongkak dan sombong dengan sokongan padu pengundi bukan Melayu itu sesungguhnya bermasalah di dalam tetapi cuba tidak menzahirkannya. Sikap hipokrit yang ada didalam parti serta pengikut DAP ini menjadikan Guan Eng besar kepala.

CEC adalah jawatankuasa tertinggi yang ada didalam DAP yang mana disana terdapatnya pemusatan kuasa terletak ditangan seorang Setiausah Agong didalam parti. Setiap kebenaran dan kelulusan atau penyingkiran dilakukan oleh kuasa yang ada ditangan Setiausaha Agong.

Didalam DAP sendiri, yang selalu melaungkan demokrasi sebenarnya adalah bertujuan untuk menlindungi system yang diamalkan didalam DAP yang mana langsung tidak mempunyai dasar demokrasi.

Jadi tidak hairanlah bagaimana kita kadang kala melihat  dasar kuku besi dijalankan oleh Setiausaha Agong parti terhadap ahli mereka sendiri tanpa dapat membela  diri masing masing.

Sebagai contohnya ialah apabila   beberapa orang pemimpin PKR dan PAS yang menyuarakan pandangan  didalam Pakatan di Pulau Pinang terus dipecat.

Sebenarnya DAP sudah tidak punya kredibiliti, untuk memilih pemimpin dikalangan mereka pun berlaku penipuan. Bagaimana untuk mentadbir negara dengan telus jika kita memilih penipu jadi pemimpin.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, menyindir pemimpin DAP agar jangan cuba mengalih isu dalaman parti. Adalah lebih baik mereka memberi tumpuan kepada masalah dalam kain sendiri dan menyibuk hal ehwal orang lain.

Semua parti ada masalah sendiri, tapi DAP lebih suka menyibuk hal ehwal parti lain, padahal parti sendiri. Mereka yang menipu dalam undian CEC, tapi mereka menyalahkan ROS. Inilah sikap anak beranan Lim sejak dari dulu lagi yang suka menuding jari kepada pihak lain diatas masalah yang mereka timbulkan.

Hakikat yang perlu diterima adalah Kit Siang secara tidak langsung telah mengesahkan pemilihan parti pada 2012 tidak adil sebelum pemilihan semula dijalankan pada 2013. Beliau juga telah menyebabkan 753 perwakilan tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pemilihan parti iaitu satu kesalahan serius dalam hak demokrasi mereka.

Beliau jugalah yang telah menganiaya 865 cawangan DAP, jadi, kenapa sekarang be­liau menyalahkan UMNO dan ROS berusaha untuk memanipulasi pemilihan parti DAP yang nyata memihak kepada keluarganya?

Mereka yang membuat perlembagaan parti, mereka juga yang menipu parti sendiri. Pemimpin DAP sememangnya pemimpin yang tidak ada maruah dan integriti.

Menurut Liow lagi, pemimpin DAP tidak perlu mengalihkan perhatian rakyat dengan menuding jari diatas masalah yang berpunca dari mereka sendiri. DAP dibawah dinasti Lim hanya membawa negara kearah kehancuran kerana mempunyai pemimpin yang tiada hala tuju yang jelas.

Pemimpin DAP hanya mementingkan kepentingan politik mereka lebih daripada kepentingan rakyat dan negara.

Advertisements
Image | This entry was posted in Dasar Kuku Besi Dinasti Lim Menjadikan DAP Huru Hara- Orang Lain Pula Dipersalahkan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s