Rafizi MENIPU, Menyembunyikan Fakta Dan Lebelkan Pemandu Teksi Sebagai HAMBA


Oleh rmf

Image result for Rafizi pemandu teksi

Transformasi pengangkutan Awam Darat sekarang yang telah bergerak hebat dilandasannya kini seakan telah melangkah jauh kehadapan  setelah kita ketinggalan didalam  kemajuan  system, pengangkutan awam selama 22 tahun sebelum ini.

Transformasi pengangkutan awam  telah mendapat naas baru dimana Perdana Menteri Najib Razak melihat bahawa dengan melakukan transformasi pengangkutan awam ini akan melonjakkan jaringan ekonomi yang lebih luas lagi.

Sebelum ini pengakutan awam kita hanya berkisar kepada  tren lama,  teksi yang usang, bas yang usang dan tiada penguatkuasaan  dan program atau bantuan kerajaan untuk melakukan penambahbaikan yang drastic untuk melangkah kesatu arah system pengangkutan awam yang maju.

Sekarang kita harus berbangga, dengan transformasi  pengangkutan Awam darat ini, kadar permintaan  semakin bertambah setiap hari. Jaringan pengangkutan awam yang baik sudah pastinya akan menarik minat para pelabur untuk datang ke Negara ini .

Tetapi masih agak menghairankan apabila terdapat segolongan  pemamdu teksi yang cuba mengexploitasikan  kehadiran berbagai syarikat pengangkutan terutama UBER dan Grabcar serta kemajuan pengangkutan  di Malaysia sebagai halangan kepada punca rezeki mereka.

Hal ini  bertambah parah apabila mereka menjemput Rafizi Ramli dalam usaha untuk menyatakan bantahan  kehadiran serta kemajuan  pengangkutan awam  yang begitu pesat sekarang adalah penyumbang kepada kegagalan mereka untuk terus meraih rezeki.

Menjemput Rafizi, seakan meletakkan pisau dileher pemandu teksi. Rafizi sejak lahirnya telah terkenal sebagai seorang pembawa fitnah , Fitnah dilarang dalam Islam dan sudah pasti akan membawa kecelakaan.

Kecelakaan yang dibawa oleh Rafizi  kepada pemandu teksi ialah apabila semua ucapan ucapan dia semuanya berbohong , menyembunyikan dasar transformasi, peluang dan  bertujuan untuk menghentam kerajaan.

Sedangkan pada masa yang sama kerajaan telah meyediakan program TITP untuk mengeluarkan pemandu teksi dari system sewa dan pajak.

Penggunaan UBER dan GRAB meningkat.mereka juga ada masalah apabila kes ragut,rompak dan rogol berlaku pada perkhidmatan ini tetapi mereka masih berdiri stabil kerana mentaliti mereka (pemandu uber dan grab) lebih matang..bagi mereka lebih elok bersaing secara sihat daripada mengkritik sahaja…

Ramai pemandu teksi sudah beralih kepada perkhidmatan ini..buat pengetahuan anda, 5 aduan utama yang dicatatkan oleh pengguna terhadap teksi ialah :

1) Tidak menggunakan meter

2) Memandu secara merbahaya

3) Mengenakan tambang lebih

4) Enggan mengambil penumpang

5) Mengeluarkan kata-kata kesat

Pembohongan Rafizi berterusan lagi, pada kali ini dia memutar belitkan cerita berkaitan perhambaan , dan masalah yang sudah ada jalan peyelesaiannya diambil oleh kerajaan terhadap nasib pemandu teksi diseluruh Negara.

Rata rata ucapan yang diberikan oleh Rafizi hanya untuk menimbulkan kebencian pemandu teksi terhadap kerajaan. Pada masa yang sama Rafizi terus menyembunyikan fakta fakta serta langkah yang diambil oleh kerajaan serta program melepaskan pemandu teksi  dari kekangan sewaan dan pajakan.

Memang dasar pembangkang dan pemfitnah antarabangsa , sudah pastinya Rafizi terus memutar belitkan cerita dan bercerita seolah olah kerajaan tidak  langsung ada idea untuk menaiktaraf pemandu teksi.’

Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM150juta hanya untuk memastikan  pemandu teksi  melepaskan diri dari bebanan yang ditanggung selama ini disamping meyediakan geran sebaganyak RM5000 untuk memiliki kereta dijadikan teksi.

Rafizi kata Pemandu teksi terbeban dengan Sewa dan sistem pajak, KENAPA KAMU TAK CERITAKAN PROGRAM TITP? Dibawah ini beberapa langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk pemandu teksi.

Tetapi apa yang mendukacitakan ialah sambutan dikalangan pemandu teksi amat kurang sekali. Mereka lebih suka mendengar cerita luar dari terus merebut peluang yang ditawarkan. Berbagai alasan dibverikan oleh mereka sedangkan pada masa yang sama pemandu lain terus  menikmati  peluang yang ditawarkan.

Peruntukan kerajaan

Sedangkan kerajaan melalui program TITP bersama SPAD telah mengeluarkan peruntukan RM150juta dan memberi peluang kepada pemandu yang meyewa dan memajak teksi mempunyai permit pengendali sendiri dengan geran RM5000 untuk memiliki sebuah teksi sendiri.

Apa yang paling penting, kerajaan harus mansuh sistem pembayaran sewa harian pemandu teksi,” Rafizi.

Bukan kah program diatas adalah untuk mengeluarkan pemandu teksi dari belenggu sewaan dan pajakan. Kebodohan apakah ini?

Apakah Program TITP?

Program TITP adalah bertujuan untuk membawa keluar bebanan tanggungan penyewa teksi dengan membayar sewaan harian dan pajakan daripada indivisu dan syarikat pajakan dengan memiliki permit dan kenderaan sendiri.

Adakah sudah dilaksanakan program TITP tersebut?

Setakat ini fasa kedua penyerahan permit sendiri telah dilakukan. Difahamkan hampir 14 ribu permohonan diterima oleh SPAD daripada pemandu teksi merebut peluang yang ditawarkan.

Minyak dan Gas

Untuk pengetahuan Rafizi pada kebanyakan teksi menggunakan Gas sebagai bahan api yang jauh lebih murah dari harga minyak. Minyak hanya digunakan apabila waktu kehabisan gas sahaja..Cukup Cukup la berbohongnya..

Perhambaan?

Rafizi dalam sinis melebelkan kerja pemandu teksi yang menyewa atau memajak teksi dari syarikat atau perseorangan adalah sebagai hamba. Merlebelkan bekerja berbelas jam untuk membayar sewaan dan pajakan teksi.Ayat Rafizi ini adalah ayat untuk menyalahkan kerajaan yang menjadikan pemandu teksi hamba. Tetapi pernah dia terfikir kenapa dahulu begitu ramai guna teksi dan sekarang kurang..Pernah dia kisahkan pemilikan kereta sendiri dahulu dan sekarang. Ini juga memberi kesan.

Uber dan Grabcar-

Untuk bersaing dulu, kerajaan dan SPAD telah melancarkan MyTeksi sebagai persaingan teknologi untuk pemandu teksi, perkembangan teknologi terus berkembang, Sekang kerajaan terus meningkatkan konsep e hailling kepada pemamdu teksi. Dan satu rang Undang2 akan dibentangkan untuk memastikan pemandu teksi mempunyai persaingan yang sihat.

Apa yang perlu dilakukan oleh pemandu Teksi?

Keluar dan reburt peluang yang ditawarkan oleh kerajaan dan SPAD dalam usaha menolak bebanan sewaan dan sistem pajak. Orang lain terus mengambil peluang dan seharusnya pemandu teksi yang lain juga berbuat demikian.

Mendengar dongengan Rafizi, seperti membunuh dan menutup periuk nasik sendiri. Pemandu harus peka untuk terus kehadapan dan bukan mendengar adu domba Rafizi.

Penghinaan Rafizi dan Penipuan maklumat kepada pemamndu teksi.

TETAPI pemandu teksi harus peka untuk mengeluarkan diri dari status HAMBA yang digelar oleh Rafizi dengan menyertai perluang yang ditawarkan oleh kerajaan dan SPAD. Dan bukan mendengar PENIPUAN dan HASUTAN RAFIZI.

Jadi Rafizi meyarankan agar dilakukan penangguhan terhadap E Hailling, kenapa , Mengapa tidak diteruskan untuk menjadikan pemandu teksi lebih banyak dapat merebut peluang yang ada..

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Menyembunyikan Fakta Pengangkutan Awam Dan Lebelkan Pemandu Teksi Sebagai HAMBA and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s