Bila Pembangkang Pilih Venezuela? Bermakna Anda Telah Di Perdayakan dengan Propaganda


Oleh rmf

Image may contain: sky, text and outdoor

VENEZUELA – Ini lah negara contoh pembangkang Malaysia yang menjanjikan segalanya percuma dan diberikan  mengikut kehendak rakyat tanpa memikirkan kesan jangka panjang dan akan membunuh nilai sebuah negara.-rmf-

Negara dengan rizab minyak paling banyak dalam dunia merupakan antara negara termiskin dalam dunia.

Venezuela adalah negara utopia yang menjadi model negara contoh pembangkang di Malaysia.

Mana tidaknya, di Venezuela harga petrol adalah termurah dalam dunia iaitu US$0.01 per liter atau dalam Ringgit Malaysia hanya 4 sen per liter, pendidikan percuma dari peringkat rendah hingga ke peringkat tertiari (universiti), harga barang dikawal kerajaan, gaji pekerja awam dan swasta dikawal kerajaan, tak ada GST melainkan VAT yang hanya dikenakan ke atas barangan import yang perlu dibayar oleh pengimport/peniaga.

Bukankah dasar-dasar di atas adalah yang dijanjikan oleh pembangkang sekiranya mereka berjaya mengambil alih pentadbiran negara?

Negara sosialis Venezuela cuba mengawal segala aspek ekonomi termasuk pengeluaran dan keuntungan.

Peningkatan gaji dikawal juga oleh kerajaan Venezuela sehinggakan tahun ini sahaja Nicolas Maduro Presiden Venezuela sudah menaikkan gaji minimum sebanyak 5 kali.

Kesan apabila kerajaan mengawal segala-galanya daripada pertumbuhan gaji, harga barang, harga minyak, tiada cukai adalah kekurangan barangan di dalam pasaran, perniagaan tidak boleh menjana keuntungan, kadar inflasi mencecah 1,000% dan macam macam bencana ekonomi yang lain.

Bukan sahaja gaji yang dinaikkan kerajaan tidak cukup untuk membayar harga barang yang naik melambung-lambung, sampaikan ubat gigi pun terpaksa di catu.

Petrol paling murah dalam dunia tetapi barang lain sangat mahal disebabkan dasar kerajaan yang mengawal produksi, mengawal keuntungan peniaga.

Apabila harga barang dikawal, tiada insentif untuk peniaga bersaing dan mengeluarkan barangan, apabila gaji minimum dan pertumbuhan gaji dikawal, majikan dan perniagaan tidak mempunyai fleksibiliti untuk bertindak dengan keadaan ekonomi semasa.

Subsidi berlebihan sehingga ekonomi yang bergantung kepada permintaan dan penawaran (demand and supply) terganggu dan menyebabkan kekurangan di dalam pasaran.

Pendidikan percuma diberikan tetapi tiada cukai GST. Negara-negara Eropah yang memberi pendidikan percuma semuanya mengenakan cukai VAT/GST lebih daripada 20%.

Inilah yang diperjuangkan pembangkang. Sebuah negara utopia tiada cukai, harga barang dikawal kerajaan, gaji dikawal kerajaan, pendidikan percuma (tanpa cukai).

Akhirnya Malaysia akan jadi seperti Venezuela dengan kadar inflasi lebih 1,000% (sekarang 3-4%), barangan asas terpaksa dicatu kerana kekurangan barangan di dalam pasaran.

Undilah Pakatan Harapan untuk Malaysia yang maju dan berkebajikan seperti Venezuela.

Rujukan: Things are so bad in Venezuela that people are rationing toothpaste – Washington Post https://www.washingtonpost.com/amphtml/world/things-are-so-bad-in-venezuela-that-people-are-rationing-toothpaste/2017/07/07/a11fb782-6197-11e7-80a2-8c226031ac3f_story.html

kredit post – Syahir FB

Advertisements
Image | This entry was posted in Bila Pembangkang Pilih Venezuela? Bermakna Anda Telah Di Perdayakan dengan Propaganda and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s