MCA  Jelas Terus Mengamalkan Dasar Ketelusan, Akauntibiliti untuk Rakyat Berbanding DAP


Oleh rmf

Image result for Tiong Lai dan Wee Ka siong

Dalam politik berbagai cara dan kaedah dipraktikkan untuk mengwujudkan kestabilan dan kemakmuran dalam Negara, Kestabilan dan kemakmuran itu amat penting dalam menjalani kehidupan berbilang kaum.

Namun disebalik sikap berjaga jaga kepimpinan tertinggi Negara masih ada  rakyat yang mengamalkan dasar perkauman yang  dilakukan secara terangan. Kerajaan melihat ini merupakan satu ancaman yang harus dibenteraskan agar tidak terjadinya perkara yang tidak diingini.

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak satu ketika dahulu telah melancarkan konsep 1 Malaysia yang mana menolak anggapan bahawa Negara ini didominasikan oleh satu kaum sahaja sebagaimana diprovokasikan oleh DAP untuk menghasut minda rakyat.

Secara tidak langsungnya konsep 1 Malaysia telah mengambarkan bahawa  Tanah Melayu ini bukan  kepunyaan Melayu sahaja, tetapi ianya diduduki oleh pelbagai pihak berbilang kaum tanpa membezakan warna kulit dan ras serta merebut setiap ruang dan peluang yang ada bersama sama.

Sejak dahulu lagi, DAP secara terangan menolak konsep ketuanan Melayu yang mana itu adalah sebahagian daripada kontrak sosial yang dipersetujui. Namun didalam politik konsep 1 Malaysia dilancarkan  adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang berbeza.

Bagi ramai pemerhati politik melihat bahawa   perjanjian kontrak sosial tetap berada ditempatnya dan  didalam kehidupan konsep 1 Malaysia  memainkan peranannya sendiri.  Sikap melampau sebahagian masyarakat Cina tidak menyokong konsep 1 Malaysia ini seakan bercanggah dengan apa yang mereka laungkan sebelum ini.

Rata rata DAP melalui pemain media mereka terus memainkan isu yang tidak sepatutnya,  Pakatan dengan sengaja telah menjolok isu berkaitan perkauman, Pakatan yang  diketuai oleh DAP terus melaga kan UMNO dan MCA.

Menterbalikan hakikat prinsip Barisan Nasional  adalah kerja DAP. Mereka mahu melihat bahawa Barisan Nasional  dianggap sebuah parti yang didominasikan oleh UMNO sahaja. Tetapi mereka menolak hakikat bahawa Barisan Nasional adalah sebuah gabungan yang berlandaskan kaum.

Kita dapat melihat bagaimana DAP menjalankan misi kebencian masyarakat Cina kepada MCA. Tindakan tanduk DAP yang terus memprovokkan MCA  dengan tindak tanduk politik DAP yang amat radikal acap kali menimbulkan kemarahan MCA.

MCA sebuah parti yang bermaruah dan perlu mempertahankan maruh mereka apabila DAP mengatakan bahawa mereka adalah anjing UMNO dan menuduh MCA  dengan pelbagai  kata kesat sehingga dikatakan mengadaikan maruah dan kepentingan Cina kepada Melayu.

Tindakan DAP ini adalah satu pembohongan dan fitnah dimana kesannya  telah menyemarakkan kemarahan masyarakat Cina kepada MCA dan wujudnya kebencian didalam masyarakat Cina kepada MCA.

Perbezaan yang paling ketara diantara DAP dan MCA ialah, DAP sebuah parti yang radikal dan amat kasar dan tidak sensitive  manakala pula MCA adalah sebuah parti yang lebih sederhana. Sikap sederhana MCA ini telah dijadikan sasaran hebat oleh DAP.

MCA yang mewakili masyarakat Cina  terus menjalankan tanggungjawab mereka tanpa perlu untuk menyemaikan fahaman radikal dikalangan penyokong mereka. DAP mengambil pendekatan menuding jadi terhadap MCA dan UMNO jika terdapatnya permasalahan yang berlaku didalam masyarakat Cina.

Jika kita imbas semula apa yang dilakukan oleh DAP terhadap MCA bukan sesuatu yang baru, malah perkara yang berulang kali dilakukan.

Sebagai contoh yang nyata apabila  pemimpin MCA memakai songkok , MCA akan dikatakan telah mengdaikan maruah masyarakat Cina kepada Melayu. Namun sekarang apa yang dilarang kepada MCA telah dilakukan oleh DAP sendiri.

Bukan setakat pakai songkok, malah berbaju Melayu dan berkebaya  dipakai oleh DAP. Tindakan ini boleh kita katakan satu penipuan politik yang diamalkan oleh DAP. Jadi tidak timbul soal mengadaikan  maruah masyarakat Cina sebagaimana yang dilakukan oleh MCA dahulu.

DAP menggunakan  sikap kesederhanaan MCA yang moderate sebagai mangsa keadaan. Tetapi apabila kita melihat tinghkah laku DAP sekarang, nyata benar bahawa  MCA berada dilandasan  yang betul sebelum ini dan tidak timbul soal menjual maruha sebagainya sebagaimana  didakwa oleh DAP dulu.

Contoh yang lain pula ialah apabila penentangan DAP terhadap Dasar Ekonomi baru yang mana MCA juga dijadikan sasaran yang mudah untuk diletakkan kesalahan akibat tindakan  MCA yang tidak radikal seperti mereka ( DAP) .

Tetapi sekarang atas nama kepentingan [politik DAP telah menyuarakan pandangan  dan meyokong DEB. Bukankah ini juga satu bentuk penipuan yang dilakukan oleh DAP terhadap masyarakat Cina khasnya.

Oleh yang demikian masyarakat Cina harus melihat lebih dalam  lagi bahawa setiap perkara yang dilakukan oleh DAP bukan atas dasar kepentingan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan berbilang kaum di Negara ini, Tetapi lebih kepada  sikap radikal yang menjadi amalan mereka.

DAP tidak pernah kenal budaya, bahasa dan adab apabila berada didalam komponen, Tetapi hal ini amat berlainan apabila MCA berada didalam gabungan Barisan Nasional yang mana Barisan Nasional mengamalkan adab dan  pendekatan “jalan tengah” yang tidak merugikan mana mana pihak.

Setiap keputusan dilakukan dengan kesepakatan bersama,  persetujuan keputusan dilakukan bersama didalam Barisan Nasional. DAP mungkin agak janggal untuk melakukan perkara yang dilakukan oleh MCA didalam Barisan Nasional.

Ini adalah kerana system yang diamalkan DAP dan Barisan Nasional  amat berbeza. DAP mengamalkan kaedah yang digunakan oleh nergara komunis seperti Russia, China yang berpandukan kepada CEC dan bukan Kensensus sebagaimana diamalkan MCA didalam Barisan Nasional. Ini lah bezanya.

Tidak dapat didafikan lagi  bahawa sikap moderate yang menjadi amalan dan sikap consensus didalam apa juga isu yang berkaitan mencapai keputusan  adalah kekuatan MCA dan Barisan  Nasional dalam mencapai kata persetujuan.

Masyarakat Cina harus menilai dan membuat perbandingan bahawa  perbandingan MCA dan DAP  bukan boleh dinilai dengan kata kata namun ianya dinilai dengan gerak kerja yang dilakukan.Kesungguhan  pemimpin MCA menyumbang khidmat untuk masyarakat umumnya.

Justeru itu, masyarakat Cina harus melihat bahawa MCA adalah pintu yang seharusnya dibuka untuk mendapat khidmat dalam segala macam permasalahan dan terus terang dikatakan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mempunyai  ketelusan, akauntibiliti dan lebih bertanggungjawab dari DAP.

Advertisements
Image | This entry was posted in Akauntibiliti untuk Rakyat Berbanding DAP and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s