Masihkah Melayu Mempunyai Negara Atau Menjadi Hamba Bila Diperintah DAP?


Oleh rmf

Image result for Kekejaman  DAP

DAP dalam usaha untuk membelakangkan sejarah silam terus menobatkan diri  atau parti mereka adalah sebuah parti yang mendokong Perlembagaan  Negara, Mendokong dengan kata dan  tidak melalui perbuatan adala dua perkara yang amat jauh bezanya.

Semua orang boleh berkata saya menyokong itu dan ini, saya adalah rakyat yang setia, dan saya adalah  pekerja yang baik. Namun disebalikkata kata tersebut sudah pastinya ada tindakan untuk menyokongnya.

Mengeluarkan kenyataan amat muda dan tidak mudah bagi  DAP untuk melaksanakannya.  Begitu juga  kenyataan DAP yang menyatakan bahawa  Melayu Bumiputera kekal didalam Perlembagan Negara. Betul  kenyataan ini , sememangnya  nama Melayu Bumi putera terus kekal didalam perlembagaan negara.

Tetapi pada masa yang sama mahu atau tidak DAP mengiktiraf apa yang dinamakan Hak hak orang Melayu bumi putera dengan keistimewaan yang ada pada bangsa Melayu, termasuk Raja  Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu dan kepentingan  jawatan yang di peruntukkan kepada orang Melayu disektor awam.

Sudah pastinya  perkara ini satu  tindakan yang amat berat untuk dilaksanakan. Bagaimana DAP boleh dan akan menerima  semua itu sedangkan pada masa yang sama perlanggaran Rukun Negara dilakukan secara terangan atas nama hak asasi.

Sudah pastinya kenyataan DAP berkaitan dengan Melayu kekal didalam Perlembagaan Negara itu hanya retorik politik dan bertujuan untuk memancing  sokongan dari kaum Melayu yang cetek ilmu politiknya. Ini sebenarnya agenda DAP. Tidak ada dalam sejarah Negara DAP mahu mengiktiraf satu bangsa yang bernama Melayu serta hak hak Melayu yang termaktub didalam perlembagaan Negara.

Perlanggaran Rukun Negara ini akan memberikan impak yang besar jika ianya tidak dilindungi, Rukun Negara yang terkandung dan dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia adalah lambang kedaulatan Malaysia.

Apakah prinsip-prinsip ini diiktiraf oleh sebahagian besar pemimpin DAP dalam Negara ini? Jika kita amati dengan penuh teliti, sedikit demi sedikit penghakisan prinsip Rukun Negara ini dilakukan oleh pada kebanyak ahli politik DAP dengan mempertikaikan apa yang terkandung didalam Rukun Negara

Pengiktrafan itu hanya diatas kertas semata-mata dan bukan melalui perbuatan yang menurut termaktub didalam Perlembagaan Negara.

Hal ini dapat dibuktikan dengan satu kenyataan yang telah dikeluarkan dalam artikel bertajuk “12 Ways Malaysia Might Be Different Today If Lee Kuan Yew Had Been Our Prime Minister” yanag mana menyebut perkara yang sama terhadp orang Melayu.

Didalam kenyataan yang dikeluarkan melalui artikel tersebut telah menyebut pengiktirafan yang dilakukan oleh Kuan Yew, Namuan pada masa yang sama tidak mengiktiraf hak hak keistimewaan dan akan berlaku  kesamarataan  kepada semua kaum.

“Johnson Khoo membuat kenyataan itu sebagai perbandingan dengan apa yang telah dilakukan Kuan Yew sepanjang pemerinatahannya di Republik Singapura.

“Saya pernah membaca dalam salah satu buku bahawa Singapura masih mengiktiraf kedudukan hak keistimewaan orang Melayu sebagai peribumi Singapura dan kedudukan yang masih dilindungi di bawah Perkara 152 Perlembagaan Singapura.

“Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna bahawa orang Melayu akan menikmati faedah ekonomi khas sebagai suatu hak sebagai perlindungan dan pengiktirafan itu hanya terpakai terhadap penduduk asli di Singapura.

“Manfaat ekonomi khas dan keistimewaan hanya diberi kepada semua rakyat Singapura sebagai satu keperluan dan bukan untuk kaum atau etnik”

Sekarang nampak jelas bukan, DAP merupakan serpihan PAP yang telah diharamkan di Malaysia. Kit Siang merupakan salah seorang pemegang jawatan semasa berada didalam PAP. Sudah pastinya kenyataan yang sama serta tindakan yang sama juga akan dilakukan demi  mencapai matlamat politik DAP dan PAP..

Seksyen 152, Perlembagaan Singapura berbunyi :

“Dasar Kerajaan Singapura hendaklah diberikan pertimbangan dan kepentingan pada setiap masa dalam mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu sebagai penduduk peribumi pulau itu dan juga bangsa yang sangat memerlukan bantuan, dan oleh yang demikian menjadi tanggungjawab Kerajaan Singapura untuk melindungi, menyokong, memelihara dan menggalakkan kepentingan politik, pelajaran, agama, ekonomi, sosial dan budaya mereka serta penggunaan bahasa Melayu”

Namun pada masa yang sama kuasa pemerintah adalah lebih penting dari apa yang termaktub didalam perlembagaan Singapura. Maka berlaku lah apa yang dinamakan  dasar pecah dan perintah atas nama pembangunan dilakukan oleh PAP terhadap orang Melayu di Singapura sehinggakan orang Melayu tiada mempunyai hak hak bangsa didalam Negara itu.

Perkara yang sama juga berlaku dalam pemerintahan DAP di Pulau Pinang dimana kaum Melayu India ditindas sebagaimana dilakukan oleh Kuan Yew  di Singapura.

Dimanakah yang dinamakan  pengiktirafan yang dilakukan oleh DAP terhadap  Bumiputra Melayu dalam tindakan fizikalnya.

Sudah pastinya ianya hanya retorik politik yang mana hanya bertujuan untuk memancing sokongan orang Melayu sendiri untuk menumbangkan bangsa Melayu. Hal ini tidak berhenti disini sahaja. DAP terus menggunakan orang Melayu untuk menghina  agama Islam sendiri.

Penghinaan secara terbuka menerusi media sosial terhadap institusi Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua agama Islam  membuktikan pencabulan tidak beretika itu sudah berada ditahap melampau batas kesusilaan sebagai seorang rakyat Malaysia.

Malaysia sebuah Negara yang berdaulat dengan kedudukan Raja Melayu sebagai  Ketua Negara, Agama Islam sebagai agama Rasmi Negara dan seharusnya ianya dilindungi dari apa juga cara dan corak penghinaan dari pihak yang  berhaluan kiri.

Malaysia bukan negara republik , Malaysia adalah sebuah Negara  yang masih menjunjung amalan demokrasi serta raja berlembagaan dan jika ada segelintir rakyatnya yang sengaja ‘memusuhi’ institusi berkenaan maka sepatutnya mereka meninggalkan negara ini.

Bagi DAP matlamat Malaysian Malaysia serta terus beranggapan  bahawa Malaysia sebuah Negara yang sekular adalah salah bentuk satu penentangan terhadap pengiktirafan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Penentangan iini dilakukan dengan penuh terancang dan  senjata utama mereka untuk mencapai matlamat  tersebut ialah dengan menggunakan orang melayu sendiri atasa nama kebebasan demokrasi. Ini lah cara DAP yang terus meracuni pemikiran rakyat demi matlamat PAP yang sekian lama mengidamkan Malaysia sebagai jajahan mereka.

Orang Melayu harus sedar bahawa, Tanah bertuah ini hanya ada untuk orang Melayu, kegagalan untuk mempertahankan Tanah bertuah ini akan mengakibatkan satu bentuk perhambaan alaf baru yang diolah oleh pemerintahan baru.’

Untuk kembali semula apabila terjajah bukan sehari atau lima tahun , malah ratusan tahun belum pasti orang Melayu mempunyai Negara mereka sendiri.

Walau bagaimana pun,  orang Melayu harus sedar DAP bukan sebuah parti yang boleh menjanjikan perpaduan dan keharmonian dalam Negara ini. DAP adalah sebuah parti yang hanya mementingkan DAP dan  keturunan mereka sahaja.

Akibat percaturan rakus parti-parti politik pembangkang yang hanya mementingkan kuasa menjadikan mereka terlalu ghairah menanam pelbagai persepsi negatif kepada rakyat supaya menafikan  kerajaan sedia ada.

Bukan itu sahaja, DAP dan juga pembangkang yang lain nya terus melakukan  hasutan dan budaya kebencian secara halus untuk  generasi muda yang mudah  diperangkap dengan sogokkan budaya baru acuan barat sehingga tercetusnya gerakan amalan seks songsang dan penghinaan serta pengaiban ketara terhadap kesucian syariat Islam.

Hari ini, pencabulan terhadap kesucian agama Islam dilakukan sewenang-wenangnya oleh pihak tertentu yang dilihat sebagai usaha terancang membangkitkan keresahan dan kecurigaan antara penganut agama yang pelbagai di negara ini

Dimasa ini DAP akan terus menghasut agar rakyat menegakkan apa yang dipercayai dan sekali gus akan melibatkan proses yang dinamakan atas kehendak  rakyat dan penentangan terhadap kerajaan.

Tindakan DAP dan sekutunya pada kali ini termasuk pemimpin Melayu pembangkang tidak ubah seperti  yang dilakukan oleh penjajah Inggeris terhadap orang Melayu dalam  usaha menggunakan orang Melayu untuk menjajah Melayu.

Advertisements
Image | This entry was posted in Masihkah Melayu Mempunyai Negara Bila Diperintah DAP? and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Masihkah Melayu Mempunyai Negara Atau Menjadi Hamba Bila Diperintah DAP?

  1. rmf7 says:

    Reblogged this on HANCURKAN DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s