Air Mata DAP- Perangkap Yang Memusnahkan Bangsa Melayu Dan Islam


Oleh rmf

Pemimpin DAP menangis bukan perkara baru dalam politik Malaysia, Guan Eng pun pernah menangis, Kuan Yew juga pernah menangis.

Menangis sementara perangkap mengena mangsa. Mangsa yang terdiri daripada orang Melayu yang hati selembut tisu apabila terkena air.

Kuan Yew pernah menangis apbila  pengistiharan  Singapura terkeluar dari Malaysia setelah kerajaan mengkaji betapa bahayanya slogan Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP untuk menjahanamkan perpaduan, keharmonian dan juga kontrak sosial yang melindungi Hak-Hak keistimewaan orang Melayu.

Dalam tangisan yang dilakonkan oleh  Kuan Yew  semasa terkeluarnya Singapura dari Malaysia begitu juga tangisan Kit Siang apabila pembatalan CEC yang mana  larangan menggunakan logo DAP dalam PRU13 yang lalu.

Pemimpin PAP dan DAP ini menangis  bukan hanya sekarang, strategi simpati ini telah dilakukan sejak tahun 1965 lagi. Strategi simpati ini adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan  daripada kaum Cina.

Sebelum itu Kuan Yew telah melakukan berbagai provokasi yang mana menjurus kepada  pertembungan perkauman diantara orang Melayu dan Cina. Provokasi ini telah mengundang kepada ketidakstabilan hubungan diantara kerajaan Singapura dan  Malaya.

Mungkin ada dinatara pembaca yang hanya tahu bahawa  slogan “Selamatkan Malaysia”  baru dicipta untuk pilihanraya akan datang.

Tetapi sebenarnya slogan “Selamatkan Malaysia” ini   telah lama digunakan oleh DAP dan PAP sejak tahun 1965 lagi yang dinamakan “Save Malaysia”.

Mungkin pada generasi baru melihat slogan “Selamatkan Malaysia” ini hanya berkisar kepada isu politik Negara sahaja yang diwar-warkan sebagai korupsi dan sebagainya.

Tetapi sebenarnya slogan “Selamatkan Malaysia” ini diberikan nafas baru dari slogan yang lama “Save Malaysia” yang dibuat pada tahun 1965  dahulu.

Slogan “Selamatkan Malaysia” atau Save Malaysia” mempunyai matlamat yang sama iaitu memastikan  konsep “Malaysian Malaysia” dan menghapuskan  Hak Hak keistimewaan  orang Melayu tercapai dan menjadikan Negara ini sebagai sebuah Negara yang mempunyai persamaan atau kesamarataan dalam pada  kebanyakan bidang dan kaum.

Sebagai pemantau kesinambungan perjuangan” Selamatkan Malaysia” Kit Siang walaupun sudah tidak memegang jawatan didalam DAP, namun  namanya masih terdapat didalam CEC yang mana sebagai ahli senior yang akan memastikan perjalanan perjuangan  Malaysia Malaysia dan “Save Malaysia” berada dilandasannya.

Cerita ini  sama juga dilakukan oleh Kuan Yew yang mana apabila melakukan penyerahan jawatan kepada anaknya sebagai perdana menteri dan tidak memegang jawatan didalam PAP, namanya tetap ada didalam PAP sebagai ahli senior.

Jadi disini kita dapat melihat dengan jelas betapa perancangan Malaysian  Malaysia dan selamatkan Malaysia bukan sekadar slogan yang dibuat untuk pilihanraya, malah ianya dicipta sebagai satu landasan perjuangan untuk menghapuskan Hak-Hak Keistimewaan orang melayu khususnya.

Cerita yang sama juga apabila DAP telah menguasai Pulau Pinang dan Kit Siang terus menggunakan kuasa Vetonya dengan melantik anaknya Guan eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang tanpa berunding dengan pemimpin Pakatan yang lain.

Kaedah kronisme didalam DAP dan PAP adalah amalan turun temurun yang mana  kuasa manopoli karier politik anak beranak ini adalah amalan, Bagaimana mungkin penyokong Melayu DAP mengatakan DAP akan berlaku adil kepada pihak atau kaum yang lain?

Jika kita lihat peranan Kit Siang sendiri, beliau telah menjadi Setiausaha Agong DAP selama 30 tahun dan tidak pernah diberikan ruang dan peluang kepada ahli yang berkelayakan yang lain.

Pada masa yang sama juga Kit Siang adalah Ketua Pembangkang selama 30 tahun juga , walaupun dia bertanding di Malaysia. Ini adalah kuasa manopoli yang menjadi amalan DAP sehingga kini.

Justeru itu sedikit sebanyak bagaimana  orang Melayu boleh tersasar terus melakukan sokongan kepada sebuah parti yang  secara terangan mengamalkan dasar perkauman, mempunyai matlamat menghapuskan hak-hak keistimewaan orang Melayu serta  mengamalkan dasar kesamarataan serta bakal melenyapkan status bumiputera Melayu dalam Negara ini.

Seharusnya Melayu sedar bahawa DAP bukan sebuah parti yang adil untuk rakyat Malaysia, Malah ianya sebuah parti yang mempunyai agenda  yang lebih besar lagi iaitu untuk menjadikan Malaysia seperti Singapura.

Advertisements
Image | This entry was posted in Air Mata DAP- Perangkap Yang Memusnahkan Bangsa Melayu and tagged . Bookmark the permalink.

One Response to Air Mata DAP- Perangkap Yang Memusnahkan Bangsa Melayu Dan Islam

  1. rmf7 says:

    Reblogged this on HANCURKAN DAP.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s