Ops Terminal- SPAD Periksa 2,989 Pemandu Bas, 13 Daripadanya Positif Dadah


Oleh rmf

Image result for Ops Terminal SPAD

Kesibukan Hari Raya tidak menghalang petugas dan penguatkuasaan dilakukan ketas kenderaan awam yang mana memastikan keadaan  kenderaan dan juga pengendali  sentiasa berada didalam keadaan yang selamat dan  terbaik.

Berbagai operasi dijalankan untuk memastikan  setiap kenderaan yang menggunakan jalanraya  mematuhi peraturan dan  tidak meyalahi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan. Dalam hal ini SPAD terus melakukan pemantauan dan  pemeriksaan terhadap kenderaan dan juga kesihatan pengendali.

Dalam  tujuan itu , Ops Terminal dilakukan sebelum sesuatu perjalanan dilakukan. Tujuan Ops Terminal ini adalah untuk memastikan pengendali pengangkutan awam  berada didalam keadaan kesihatan yang terbaik dan tidak terlibat dengan dadah.

Bermula dari 18 Jun sehingga semalam Seramai 13 pemandu bas ekspres dikesan positif dadah dalam Ops Terminal yang dijalankan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ops Terminal ini telah disertai adalah hasil  kerjasama Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Seramai 2,989 pemandu bas yang diperiksa di 28 terminal bas utama seluruh Negara.

Pengarah (Penguatkuasaan dan Keselamatan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Zainudin Abdullah berkata empat orang ditahan di Kedah, tiga di Perak dan dua di Selangor dan Sabah, serta masing-masing satu di Perlis dan Pulau Pinang.

“Angka tersebut menunjukkan peningkatan dengan enam kes dilaporkan pada tahun 2015 manakala lima kes bagi tahun 2014,” katanya dalam satu kenyataan di sini,

Zainudin berkata syarikat kenderaan komersial disarankan untuk sentiasa memastikan pemandu mereka bebas daripada dadah dengan melaksanakan ujian air kencing secara berkala.

“Pemandu bas juga boleh dirujuk ke mana-mana klinik swasta atau pusat kesihatan untuk menjalani ujian saringan air kencing,” katanya.

Dalam pada itu, Zainudin berkata operasi bersepadu antara pelbagai agensi perlu diteruskan bagi menyedarkan pemandu pengangkutan awam agar tidak menggaji pekerja yang terlibat dalam penyalahgunaan dadah.

“Ini sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di musim perayaan dan menyelamatkan banyak nyawa yang tidak berdosa,” katanya.

Saban tahun SPAD dan beberapa agensi kerajaan meneruskan pemantauan bersepadu demi memastikan keselamatan penumpang berada diparas keselamatan yang tertinggi. SPAD akan terus melakukan pemantauan dari masa kesemasa dimasa akan datang terutama dimusim perayaan.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in 13 Daripadanya Positif Dadah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s