TS Annuar Musa- Pembangkang Kelam Kabut Bila Kerajaan Penuhi Permintaan  Kit Siang Tubuh RCI dalam Isu FOREX


Oleh rmf

Image result for Annuar Musa

Tindakan kerajaan menubuhkan RCI adalah berikutan  desakan desakan yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang terhadap kehilangan sejumlah dana kerajaan yang bernilai RM30 billion [pada masa itu melalui spekulasi tukaran asing (forex) pada tahun 1992.

Pemimpin DAP Lim Kit Siang telah berikrar untuk menubuhkan RCI jika dapat menguasai Putrajaya  dan melakukan siasatan meyeluruh dakwaan skandal kewangan selama tempoh 22 tahun bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin Malaysia.

Tindakan kerajaan menubuhkan RCI telah meyebabkan pakatan Harapan  menjadi kelam kabut berikutan  Mahathir sekarang telah berada didalam kumpulan mereka sebagai pembangkang.

Untuk melupuskan isu ini, pembangkang terpaksa mengitar semula isu yang mempunyai kaitan dengan 1MDB yang telah selesai. Nampak sangat mereka semua ini  pemimpin kleptokrasi yang sememangnya bukan memiukirkan Negara tetapi tembolok sendiri sedang kelam kabut.

Memetik pandangan bekas timbalan gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakop, Lim berkata spekulasi yang berlaku mendapat restu Dr Mahathir dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

“Saya telah membuat anggaran dalam sidang Parlimen dua dekad yang lalu bahawa Bank Negara mengalami kerugian besar RM30 bilion. Tetapi Bank Negara mendakwa kerugian berjumlah RM10.1 bilion dalam 1992 dan RM5.7 bilion dalam 1993.

Difahamkan kerugian oleh Bank Negara telah “diperkecilkan secara berskema” melalui penilaian semula pegangan emas dan penilaian semula pelaburan sebut harga (quoted investment)

Justeru itu kerajaan melalui keputusan cabinet telah bersetuju untuk menubuhkan RCI dan meyiasat kerugian forex yang dialami Bank Negara. Berikut adalah kenyataan Akhbar yang telah dikeluarkan oleh Annuar Musa

KENYATAAN MEDIA
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA

PEMBANGKANG YANG PANIK MENGGUNAKAN DoJ UNTUK MENGALIH PERHATIAN DARIPADA LEDAKAN ISU RCI FOREX

  1. Keputusan Kabinet untuk membentuk RCI bagi menyiasat kerugian forex yang dialami oleh Bank Negara – ada yang mengatakan pembabitan wang rakyat bernilai sehingga RM100 bilion – telah mewujudkan keadaan panik di kalangan pembangkang.
  2. Kita semua maklum mengenai dalang yang bertanggungjawab terhadap kerugian besar ini dan pembangkang berada dalam keadaan huru-hara kerana tidak mahu kehilangan Mahathir Mohamad dalam menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Mereka tahu jika kebenarannya diketahui umum, pembangkang dan kepimpinannya akan ditelanjangkan di khalayak ramai. Ini boleh membawa padah besar dalam pilihanraya nanti.
  3. Oleh itu, pembangkang tidak mempunyai pilihan lain tetapi untuk mengitar semula laporan DoJ yang bermotivasi politik untuk membangkitkan isu 1MDB yang telah selesai. Ini hanyalah taktik lencongan.
  4. Pembangkang dan proksi merekalah yang bertanggungjawab melibatkan campur tangan negara asing dalam negara kita yang demokratik dan berdaulat ini dengan memberi maklumat kepada DoJ, satu perbuatan khianat yang amat mengaibkan bagi memuaskan agenda politik demi kepentingan diri sendiri.
  5. Pembangkang cuba memanipulasi laporan DoJ untuk mengalih tumpuan daripada isu RCI forex dan juga krisis dalaman yang berkaitan dengan keyakinan terhadap pucuk pimpinan Pribumi.

TAN SRI ANNUAR MUSA,
KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA
29 /06/ 17

 

Advertisements
Image | This entry was posted in TS Annuar Musa- Pembangkang Kelam Kabut Bila Kerajaan Penuhi Permintaan  Kit Siang Tubuh RCI dalam Isu FOREX and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s