OPS Selamat Aidil Fitri- SPAD kesan 293 Kesalahan Jalanraya Dilakukan Oleh Pengendali Kenderaan


Oleh rmf

Image result for operasi spad

Operasi jalanraya musim perayaan dilakukan  saban tahun bukan untuk menyusahkanrakyat , naum ianya dilakukan untuk memastikan setiap kenderaan yang  bergerak kedestinasi sampai dengan selamat  ketempat yang ditujui.

Tindakan mengekalkan operasi jalanraya musim perayaan adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan susulan  tindakan  pemandu yang tidak bertanggungjawab menggunakan jalanraya sebagai tempat untuk “mencabut nyawa” dan  mengakibatkan  pengguna jalanraya yang lain.

Setiap tahun SPAD bersama agensi yang lain telah mengadakan  operasi bersepadu dan memastikan pengguna jalanraya mematuhi peraturan serta keadaan kenderaan mereka selamat dan berkeadaan baik.

Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) menjalankan operasi bersepadu bersama beberapa agensi sejak 12 Jun lalu.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 293 kesalahan berjaya dikesan dengan membabitkan pemeriksaan 4, 861 buah kenderaan. Mengikut pecahan, sebanyak 3,445 buah bas diperiksa, teksi (932) dan lori (484).

Memetik kenyataan Ketua Jabatan Penguat Kuasa SPAD, Datuk Che Hasni Che Ahmad, sebanyak 154 kes membabitkan bas.

“Antara kesalahan yang dilakukan termasuk mengenakan tambang berlebihan kepada pengguna, tidak mempunyai dokumen pemandu serta menurunkan penumpang di kawasan yang tidak dibenarkan.

“Manakala bagi teksi sebanyak 37 kesalahan dikenal pasti termasuk tidak memiliki kad pemandu serta gagal mengemukakan permit selain tidak menggunakan meter ketika mengambil penumpang.

“Bagi lori sebanyak 102 kesalahan dikenal pasti termasuk membawa muatan berlebihan dan gagal mengemukakan permit.”

Melalui statistic  yang telah dikeluarkan  kita melihat masih ramai lagi pengguna jalanraya terutama Bas yang membawa penumpang balik ke kampong masih gagal memenuhi peraturan yang ditetapkan.

SPAD akan terus memantau serta mengambil tindakan yang sewajarnya  dimasa akan datang bagi memastikan jalanraya adalah selamat untuk pengguna pengangkutan awam.

Kepada Syarikat yang hanya mengejar keuntungan sahaja diingatkan supaya terus  memperbaiki mutu perkhidmatan serta memastikan setyiap kenderaan yang digunakan  selamat untuk pengguna dan bukan mengambil langkah sambil lewa sahaja.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in OPS Selamat Aidil Fitri- SPAD kesan 293 Kesalahan Jalanraya Dilakukan Oleh Pengendali Kenderaan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s