Annuar Musa- Jangan Percaya Media Barat Terutama Wall Street Journal


Oleh rmf

Image result for Annuar Musa

Tan Sri Annuar Musa dalam memperkatakan tentang peranan akhbar barat telah mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak terpengaruh dengan dakyah yang dimainkan oleh media barat terutana Wall Street Journal  dan seangkatannya.

Mempercayai akhbar  barat ini terutama  Wall Street Journal seakan  menempa  malapetaka untuk Negara. Dakyah dan fitnah yang disebarkan adalah bertitik tunjang untuk meruntuhkan sebuah Negara dan  tidak lebih kepada itu.

Kita selama ini telah melihat bagaimana runtuhnya beberapa buah  Negara nagkara fitnah yang dimainkan oleh akhbar ini, apabila rakyat Negara tersebut terpengaruh dan mengambil tindakan menumbangkan kerajaan mereka sendiri akibat fitnah Wall street Journal.

Tidak dapat dinafikan lagi , bahawa sebagai rakyat Malaysia harus berhati hati menerima sebarang berita dari media barat dan biarlah pihak pembangkang menggunakan  media pemfitnah ini sebagai sumber rujukan mereka tetapi sebagai rakyat kita seharusnya tidak mempercayainya.

Hari ini media-media Yahudi tersebut sudah bertapak di Malaysia dan berupaya membina legasi mereka sendiri di sini.

Malaysiakini, Malaysian Insider & The Edge merupakan rangkaian media Yahudi yang mendapat sokongan daripada WallStreet Journal, AFP, CNN dan BCC.

Oleh itu, kita bertanggungjawab untuk meragui segala maklumat yang disiarkan oleh Wall Street Journal ini memandangkan sudah terlalu banyak penipuan dan pembohongan yang telah dicipta oleh mereka

WSJ sebelum ini pernah dikritik hebat oleh Gabenor Wisconsin, Scott Walker yang menyifatkan portal berkenaan terlalu lantang mengkritik realiti undang-undang imigresen negara itu.

Dalam satu temu bual yang disiarkan oleh sebuah portal antarabangsa pada April lalu, Walker dipetik sebagai berkata, pandangannya terhadap undang-undang imigresen dan kewarganegaraan AS amat mudah dan media seperti WSJ ‘tidak tahu apa-apa ‘ dalam undang-undang imigresen.

Sementara itu, pada tahun 1985, 1989 dan tahun 2008, bekas Presiden Singapura, mendiang Lee Kuan Yew dilaporkan pernah mengambil tindakan undang-undang ke atas agensi berita itu selepas didapati menyebarkan laporan palsu.

Pada tahun 1985, WSJ didapati bersalah kerana menghina mahkamah dan badan kehakiman Singapura, menyebabkan mereka terpaksa membayar sejumlah pampasan.

Pada tahun 1989, portal itu sekali lagi terlibat dengan saman fitnah yang dikaitkan dengan penghinaan terhadap mahkamah dan institusi kehakiman, menyebabkan mereka terpaksa membayar pampasan kepada beliau.

Pada September tahun 2008, WSJ sekali lagi tewas dalam saman yang dikenakan ke atasnya, menyebabkan portal tersebut terpaksa membayar S$25,000 (RM70,175.80) kepada Kuan Yew.

Iraq adalah sebuah negara yang amat berbahaya kerana mempunyai teknologi ‘Bom Kimia’ yang dilarang penggunaannya oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Itu adalah tuduhan dan propaganda terancang yang dijana oleh Yahudi satu ketika dahulu sebelum Amerika Syarikat menawan negara teluk ini.

Dengan menggunakan isu sebegini, kerajaan Iraq ditekan dan disekat ekonomi mereka sebagai salah satu cara membenarkan negara yang merdeka ini dimasuki dan dilondehkan strategik pertahanan mereka.

Setiap hari media Yahudi menanam propaganda kononnya kerajaan Saddam Hussein amat berbahaya kepada keselamatan negara-negara serantau dan seluruh dunia. Secara tidak langsung masyarakat dunia mengecam dan menghalalkan pelan serangan terhadap Iraq.

Namun selepas penaklukan tentera AS. Tiada sebarang penemuan senjata berbahaya yang ditemui seperti yang digembar-gemburkan selama ini kononnya hasil daripada risikan mereka.

Inilah kekuatan media Yahudi yang sering dijadikan senjata utama untuk menjatuhkan sesebuah negara Islam yang berpengaruh.

Begitu juga yang berlaku ke atas Malaysia, dimana pihak pembangkang terus menggunkan Wall Street Journal sebagai medium menyebarkan fitnah dengan bertujuan untuk menumbangkan kerajaan sebagaimana contoh diatas tadi.

Wall Street Journal (WSJ) telah berusaha untuk menggulingkan kerajaan pimpinan UMNO sejak beberapa dekad – kini tokoh-tokoh Amerika Syarikat (AS) menyatakan WSJ menjual berita palsu.

Selama beberapa dekad, Wall Street Journal telah menyerang kerajaan yang dipimpin oleh UMNO. Malaysia mempunyai pengalaman luas dalam menepis dan menapid berita palsu, pembohongan bermotivasi politik dan penyelewengan yang diterbitkan oleh WSJ.

Akhbar propaganda Israel itu menyasarkan kerajaan pimpinan UMNO yang mengambil-alih tampuk pimpinan di Malaysia.  WSJ telah mengutuk kerajaan pimpinan UMNO kerana menyokong pembangunan orang Melayu serta kaum-kaum lain di negara ini.

WSJ berhasrat mengenakan agenda ekstremis sekular liberalnya sendiri di Malaysia, dan telah memperlihatkan pilih kasih yang terang- terangan terhadap pembangkang semenjak sekurang-kurangnya 19 tahun yang lalu.

WSJ juga merupakan penyokong tegar peperangan haram Iraq yang telah menghancurkan Timur Tengah, memusnahkan sebuah negara, menyebabkan beratus-ratus ribu kematian dan bertanggungjawab secara langsung terhadap kebangkitan Daesh.

WSJ sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak mahu dipersalahkan akibat penyebaran berita palsunya itu.

Malangnya, ramai orang di seluruh dunia tidak menyedari hakikat siapa WSJ yang sebenarnya. Tetapi Malaysia tidak bersendirian dalam mengetahui bahawa WSJ tidak boleh dipercayai. Ramai orang Amerika juga sudah mengenalinya.

Setiap butiran dan tindak tanduk berita yang disiarkan oleh WSJ  semuanya tidak menepati kebenaran cerita, Ianya lebih kepada persepsi dan proganda yang dimainkan untuk memastikan kecelaruan berlaku dikalangan rakyat dan bangkit menentang kerajaan.

Putar belit ialah perkataan yang sering dikaitkan dengan WSJ. Ini ialah corak yang sering ditonjolkan. The Huffington Post telah menuduh WSJ menerbitkan gambaran yang terang-terangan salah dan menyeleweng fakta “untuk mengalakkan peperangan dan sekatan…. yang akan membuatkan orang biasa kebuluran.”

Kebiasaannya, apa-apa isu fitnah yang dikeluarkan oleh WSJ adalah cukup tersusun demi memastikan penipuan dan rekaan cerita mereka diterima bulat-bulat oleh mereka yang berkepentingan.

Penipuan tersebut dilakukan melalui perancangan yang rapi. Pemalsuan maklumat yang terancang dilakukan demi untuk memastikan impak yang besar akan berlaku untuk golongan kapitalis yang mengupah mereka ini.

Rakyat Malaysia harus beringat bahawa WSJ bukan sumber yang memberikan manfaat kepada Negara malah ianya  satu medium berita yang telah meruntuhkan banyak Negara dengan fitnah yang disebarkan

Advertisements
Image | This entry was posted in Annuar Musa- Jangan Percaya Media Barat Terutama Wall Street Journal and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s