Pemandu Tidak Bermoral- SPAD Ambil Tindakan Tegas


Oleh rmf

Related image

“Kerana nila setitik rosak susu sebelanga”,  begitu la  bidalan yang membawa maksud  tingkah laku sesaorang yang boleh menjahanamkan orang lain. Kerosakan akibat sikap tidak bertanggungjawab yang dilakukan.

Didalam dunia untuk mencari reszeki yang halal, berbagai kaedah dan cara dilakukan hanya untuk mencari rezeki. Sesetengah pihak melakukan  kerja dengan begitu jujur dan ikhlas untuk menampung perbelanjaan keluarga,

 Ini lah yang berlaku terhadap  perkhidmatan  berasaskan e-hailling Uber dan Grab yang baru wujud di Malaysia. Kehadiran yang telah  mengwujudkan banyak  kontroversi dikalangan pemandu teksi dan  Uber serta Grabcar.

Perkhidmatan Uber dan Grabcar ini adalah satu perkhidmatan yang dibawa masuk dari luar Negara ke Malaysia. Ianya  telah banyak memberi pilihan kepada  pengguna kenderaan awam untuk memilih mengikut citarasa  mereka.

Namun demikian, perkhidmatan yang pada mulanya mendapat kepercayaan pengguna telah mula mencetuskan beberapa kajdian yang tidak diingini berlaku. Pelanggan Uber dan Grabcar atau pelanggan e-hailling ini telah dirompak, dicabul oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.

Diantara kes yang dilaporkan setakat ini ialah,

1) Seorang wanita yang sarat mengandung menaiki perkhidmatan UBER dari Mid Valley ke Puchong telah dirompak sehingga menyebabkan kandungannya gugur.

2) Seorang wanita di Pulau Pinang dicabul oleh pemandu UBER..Ini berlaku ketika wanita tersebut baru sahaja masuk kenderaan lantas pemandu itu terus membuka zip seluar dan mengeluarkan kemaluan. Kemudian pemandu itu dengan pantas mengambil tangan wanita itu supaya memegang kemaluannya. Pemandu UBER terbabit telah ditahan dan kes disiasat dibawah seksyen 364 Kenun Kesiksaan..

3) Beberapa hari lalu seorang wanita wanita telah dirogol berhampiran rumah mangsa di Bandar Putra Permai, Seri Kembangan, Serdang..Pemandu GRAB terbabit telah ditahan reman 6 hari bagi membantu siasatan kes rogol..kes ini disiasat di bawah seksyen 376 Kanun Kesiksaan bagi kesalahan merogol.

Ketiga-tiga kes ini amat serius dan perlu ditangani segera..Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengadakan mesyuarat dengan pegawai-pegawai kanan Grab Malaysia bagi mencari solusi terhadap kes ini..

Apa yang telah dilakukan SPAD ialah  :

1) Bermula 16 Jun, pengebdali e-hailing diwajibkan mengemukakan rekod pemandu kepada SPAD untuk saringan dan tapisan keselamatan ketat dengan bantuan JPJ dan PDRM..

2) SPAD telah mengarahkan pengendali e-hailing untuk mempercepatkan pelaksanaan butang panik atau S.O.S pada aplikasi mereka dalam jangka masa terdekat. Sistem S.O.S ini akan memberi jaminan buat penumpang sekiranya berlaku sebarang kecemasan..

3) SPAD telah menggesa pengendali e-hailing untuk mengguna proses yang lebih menyeluruh seupaya data pemandu ada dalam sistem meluputi rekod peribadi,sejarah lampau, dan kes perlanggaran undang-undang jalan raya jika ada.

Tindakan drastic yang diambil oleh SPAD ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan pelanggan semua jenis kenderaan berada ditahap keselamatan yang amat terjamin. Peraturan ini juga untuk memastikan perkhidmatan e-hailling ini dapat dipertingkatkan den mendapat keyakinan pelanggan.

SPAD sejak dahulu lagi terus memastikan tahap perkhidmatan  pengangkutan awam dan juga apa juga perkhidmatan  yang melibatkkan pengguna akan mendapat jaminan keselamatan yang terbaik.

Advertisements
Image | This entry was posted in Pemandu Tidak Bermoral- SPAD Ambil Tindakan Tegas and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s