SPAD- Tan Sri Hamid Albar Dan Terima Kasih Segala Sumbangan Dalam Transformasi Pengangkutan Awam


Oleh rmf

Image result for Terima kasih Hamid Albar

Nama yang cukup gah didalam SPAD  dimana setiap tindakannya mencerminkan amanah yang dipikul demi memastikan system pengangkutan awam darat mencapai matlamatnya. Amanah ini dipikul tanpa rasa keluh kesah

Sebagai perancang dan pengawal selia bagi pengangkutan awam darat di Semananjung Malaysia, SPAD percaya bahawa kejayaan yang berterusan di negara ini bergantung kepada rangkaian pengangkutan yang cekap dan unggul yang berubah seiring dengan keperluan negara.

Pada tahun 2013, Kerajaan telah meluluskan Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara bagi tahun 2012-2030. Rancangan ini menggariskan hala tuju pembangunan pengangkutan awam darat dan matlamat bagi mencapai perkongsian mod penggunaan pengangkutan darat sebanyak 40% bagi kawasan bandar pada tahun 2030.

Rancangan Induk Pengangkutan Awam Darat Negara juga menggariskan sasaran, strategi, dan dasar-dasar yang akan memandu perancangan pengangkutan awam darat di seluruh Semenanjung Malaysia untuk menuju ke arah mobiliti masa hadapan yang bertumpukan orang awam.

Tanggal 3 Jun 2017, Industri Pengangkutan Awam Darat terasa kehilangan apabila seorang general yang mengepalai Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  sejak ditubuhkan lagi mengumumkan untuk bersara…individu yang dimaksudkan ialah Tan Sri Syed Hamid Albar..

Bercakap mengenai Tan Sri..kami menggelarkan beliau sebagai seorang ketua yang mesra dan kuat bekerja..beliau memulakan kerjaya seawal usia 26 tahun sehingga 73 tahun.. Berbakti kepada kerajaan selama 47 tahun bukan satu tempoh yang singkat untuk mana-mana penjawat awam..

Dalam pentadbiran kerajaan, Tan Sri memang berpengalaman luas..beliau memegang banyak portfolio penting dalam pentadbiran kerajaan.pernah menjadi Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Menteri Luar Negeri, Serta Menteri Pertahanan..

Selepas itu, Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberikan kepercayaan kepadanya untuk mengendali Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada tahun 2010..sebuah Agensi yang mengendali urusan pengangkutan awam darat amat mencabar apatah lagi ia baru ditubuhkan..

Perdana Menteri ketika itu perlu mencari seseorang yang mampu menjadi mastermind dan orang itu perlu mampu mendengar dan mempengaruhi pihak lain yang pelbagai latar belakang.Tan Sri Syed Hamid Albar menjadi pilihan yang terbaik..bermula dari situ..industri pengangkutan awam darat mula berkembang pesat..

Banyak perubahan telah berlaku..Antaranya Pembinaan Terminal Bersepadu Selatan yang mana menjadi medan rangkaian utama pelbagai pengangkutan awam..

Melalui SPAD, Rangkaian Bas henti-henti (BNR) disusun semula bagi memastikan setiap rangkaian dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan awam lain dan yang paling penting keselesaan dan ketepatan waktu pengguna perlu dititik berat..Selain itu, melalui SPAD juga ada menperkenalkan Lalyan Bas Pengantara MRR, GoKL, Bas Rapid Transit (BRT), Bas Sekolah, Skim Insuran Bas sekolah, MyBas (SBST), Bas ekspres, Dana Sokongan Sementara Bas Henti-henti (ISBSF), ICOPSHE, Sistem Prestasi Bas Berhenti-henti (PMHS)..

Selain perkara berkaitan kemajuan insfrastruktur..Tan Sri juga pernah dicemuh berbagai-bagai tuduhan buruk..umpamanya ketika pemandu teksi dan bas ekspress mahu menuntut kenaikan tambang..ketika itu Tan Sri didesak oleh pengendali dan rakyat yang tidak mahu kenaikan..akhirnya strategi menang-menang dicapa..selain itu, isu pemandu teksi membantah Uber dan GrabCar..ketika itupun bermacam-macam tohmahan diutarakan pihak pemandu teksi.

Tan Sri Syed Hamid bin Tan Sri Syed Jaafar Albar (lahir 15 Januari, 1944), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan mantan Menteri Dalam Negeri. Beliau pernah menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008) dan kini menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Beliau juga Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).

Beliau ialah seorang ahli Majlis Tertinggi UMNO, parti utama dalam perikatan Barisan Nasional. Beliau pernah bekerja di bawah tiga Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad,Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau juga merupakan ahli Parlimen Kota Tinggi. Beliau dilahirkan di Kampung Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang (daripada Syed Jaafar Albar, ayahnya berasal dari Sumatera Barat, Indonesia) Pada 2009, beliau digugurkan daripada jemaah menteri Malaysia.

Syed Hamid Albar telah aktif dalam UMNO semenjak zaman pelajar lagi. Sebagai seorang pelajar, beliau membina sebuah kelab bagi para ekspatriat dan pelajar dari Malaysia di London. Kemudian, beliau menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO dalam tahun 1986.

Dalam tahun 1995, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pertahanan Malaysia dan pada tahun 1999, beliau telah dilantik sebagai Menteri Luar Negeri sebelum menjawat jawatan Menteri Dalam Negeri pada Mac 2008.

Datuk Seri Syed Hamid bin Syed Jaafar Albar dilahir 15 Januari, 1944 di Kampong Melayu Air Hitam, Pulau Pinang, Malaysia.  Bapanya Tan Sri Syed Jaafar Albar, juga merupakan ahli politik Malaysia. Syed Hamid berketurunan Arab-Minang ( dari Syed Jaafar Albar, ayahnya yang lahir di Sumatera Barat, Indonesia

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Syed Hamid Syed Jaafar Albar bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional / UMNO. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kota Tinggi, negeri Johor. Syed Hamid Bin S Jaafar Albar telah menang dengan mendapat undian sebanyak 22682.

Calon lawan ialah Onn bin Jaafar daripada PAS yang mendapat 3,721 undian telah kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 79 %. Bilangan undi rosak sebanyak 653.

Pada 21 September 2014, Syed Hamid Syed Jaafar Albar menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) daripada Universiti e Asia (AeU) di Kuala Lumpur. Tesis beliau bertajuk “Kepentingan Negara dalam Polisi Luar Malaysia: Era Mahathir (1981-2003) iaitu semasa Syed Hamid menjadi Menteri Luar Malaysia (1999-2008).

Beliau menjadi Duta khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) ke Myanmar. Tesis itu disiapkan dari 2011 hingga 2013. Walaupun Malaysia negara kecil, tapi ia berjaya menjadi ‘negara kuasa tengah’, idea serta peranannya diiktiraf sama ada di peringkat rantau atau antarabangsa.

Advertisements
Image | This entry was posted in Uncategorized and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s