SPAD- Tiada Kompromi Untuk Pengusaha Pengangkutan Awam Yang Melanggar Peraturan


Oleh rmf

Image result for Operasi SPAD

Kempen Keselamatan Jalan Raya sempena musim perayaan rasmi  merupakan satu usaha berterusan Kerajaan dalam memberikan kesedaran kepada semua pengguna jalan raya di Malaysia tentang betapa pentingnya aspek-aspek keselamatan jalan raya ini diutamakan terutamanya menjelang perayaan besar sebegini.

Kesesakan jalan raya sewaktu  perayaan di Malaysia adalah fenomena yang  biasa kita lihat sepanjang tahun. Komposisi  Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan mempunyai pelbagai perayaan perayaan utama untuk disambut oleh pelbagai etnik.

Kenderaan semakin hari semakin bertambah, penggunaan pengangkutan awam kebiasaan nya telah menjadi pilihan yang utama dikalangan  warganegara Malaysia. Keselesaan yang disediakan oleh syarikat pengangkutan awam kini sedang  ditambah baikan agar ianya memenuhi  keerluan.

Dalam hal ini SPAD memainkan peranan yang amat penting bagi memastikan keselamatan pengguna berada di tahap yang tertinggi dan meselamatan  pengangkutan awam yang cukup selamat digunakan.

Dalam operasi ini, SPAD akan bekerjasama dengan PDRM, JPJ, JKJR dan Pihak Penguatkuasa Lebuhraya bermula 12 Jun – 2 Julai 2017.

SPAD juga akan melaksanakan operasi 24 jam daripada 22 Jun – 27 Jun dan 30 Jun – 2 Julai dimana ketika ini mood pergerakaan pengangkutan awam berada di tahap tertinggi..

Antara operasi yang diberi tumpuan ialah :

1) Pengendali dan pemandu yang melanggar undang-undang dan peraturan meliputi audit penguatkuasaan terhadap rekod GPS kenderaan, operasi penyamaran,  rondaan di lokasi berisiko tinggi dan perangkap laju serta pemantauan CCTV di Pusat Operasi Lebuhraya..

2) Pemeriksaan kaunter-kaunter tiket dan dokumen di terminal-teeminal bas yang mana aspek tumpuan ialah keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan

Operasi ini dilaksanakan bertujuan supaya semua pemandu dan pengendali mematuhi Kod Amalan Industri SPAD (ICOP) pada setiap masa.

Setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindaka tegas tanpa kompromi. Semua ini dilakukan adalah atas dasar untuk menjaga kepentingan pengguna yang telah diamanahkan kepada SPAD.

Diantara tindakan  yang bakal diambil ialah dengan menggantung lesen syarikat bas dan jika serius tindakan pengoperasian boleh dibatalkan. Siasatan  terperinci akan dilakukan bagi memastikan  setiap tuduhan dan pengantungan dilakukan melalui proses audit keselamatan demi memastikan keselamatan pengguna diutamakan

Tindakan yang diambil oleh SPAD ini adalah untuk meningkatkan Keyakinan pengguna  kepada pengangkutan awam  yang sedang menuju kearah transfomasi  sitem pengangkutan awam darat yang terbaik.

Segala bentuk perundangan yang dilakukan  membuktikan bahawa SPAD senagang mengorak langkah untuk mengwujudkan satu sistem pengangkutan awam yang terbaik dan mesra rakyat dan engguna .

Berkaitan dengan isu keselesaan pengangkutan awam darat , SPAD sebagaimana biasa akan memastikan kehendak kehendak pengguna pengangkutan awan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dengan kaedah “menang menang” diantara kedua belah pihak.

SPAD dalam  usaha memastikan  kadar tambang tidak kan membebankan pengguna dan pada satu  pihak pula  mesatikan syarikat syarikat bas tidak akan mengalami kerugian atas sbb  penurunan kadar tambang sehingga tidak dapat melakukan penyelenggaraan.

SPAD sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam hal berkaitan pengangkutan awam  darat akan terus memberikan  komitmen  yang terbaik demi mamastikan sistem pengangkutan awam darat di Malaysia akan mencapai satu  sistem perkhidmatan yang terbaik dan selesa serta bgertaraf dunia.

Jika ada sebarang aduan yang anda lihat depan mata, SPAD telah mengumumkan talian hotline yang beroperasi 24 jam di talian 1-800-88-7723 (SPAD) atau email kepada aduan@spad.gov.my atau twitter @aduanSPAD.

Setiap Aduan yang dilaporkan sudah pastinya akan mendapat tindakan pantas dari SPAD untuk memastikan setiap kelemahan akan dapat diatasi dengan segera.

Advertisements
Image | This entry was posted in SPAD- Tiada Kompromi Untuk Pengusaha Pengangkutan Awam Yang Melanggar Peraturan and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s