Menumbangkan Kerajaan Agenda Utama PH- Walaupun Terpaksa Menjadi Seperti Negara Teluk


Oleh rmf

annuar-musa-doj

Dato Seri Najib terpaksa bertungkus lumus membina keyakinan pelabur untuk datang kedalam negara ini dan disamping menyediakan dan melengkapkan apa yang ditinggalkan.

Kejayaan Najib ini bukan sahaja telah membuka  mata banyak pihak, malah ianya telah menjadikan kejayaan ini satu fitnah dimata pembangkang.

Kejayaan demi kejayaan dari sudut ekonomi, prasarana serta pembangunan insan terus terlaksana tanpa mengira warna kulit dan ras, Kebajikan rakyat terus diutamakan dan ianya bukan sekadar kata kata sahaja. Semua janji telah dikotakan.

Sistem pengangkutan, kebajikan rakyat diutamakan demi memastikan tanggungjawab dilaksankan dengan lebih baik dan bukan seperti dialami oleh rakyat selama 22 tahun pemerintahan dengan mercu tanda yang hanya mengeyangkan mata sahaja.

Konspirasi untuk menjatuhkan Najib Razak dijalankan tanpa henti sehingga satu tahap untuk mengulingkan kerajaan dengan bersekongkol  bersama  Negara luar sehingga sanggup membayar satu harga demi meastikan kerjaan yang perihatin kepada  rakyat ditumbangkan.

Kita masih ingat lagi bagaimana jatuhnya beberapa Negara teluk akibat persekongkolan fitnah yang disebar luaskan oleh DOJ terhadap Iraq, Libya dan juga Mesir.

Kita ada mata dan akal fikiran untuk menilai semua yang berlaku disana atas nama demokrasi ala barat.

Kejayaan Najib ini  menjadi racun bagi pembangkang- Banyak pemimpin pembangkang  sanggup bersekongkol dengan membayar sejumlah wang untuk mengulingkan kerajaan,

Sedangkan kita tahu DOJ adalah dalang kepada keruntukan Libya, Mesir dan Iraq dimana fitnah itu adalah asam garam permainan mereka.

Rakyat telah menjangkakan bahawa  Pakatan Harapan adalah kelompok parti yang hanya mementingkan kuasa dan jawatan semata-mata untuk memastikan dasar kronisme dan nepotisme  yang dipegang milik individu untuk berkuasa.

Ketua Penerangan Tan Sri Annuar Musa mahu rakyat  melipatgandakan usaha memerangi fitnah, ugutan serta perang saraf yang datang dalam pelbagai bentuk dan jenis saluran media.

Hanya solidariti rakyat dan ketahanan nasional serta pimpinan terkuat lagi stabil mampu menghalang pihak tertentu, yang sentiasa mencari alasan untuk campur tangan termasuk menggunakan parti pembangkang bagi mewujudkan ketidakstabilan dan membawa kepada pertukaran rejim.

Seperti negara Islam lain, Malaysia tidak terkecuali daripada menjadi sasaran pihak tertentu terutama agensi pimpinan pro-Zion yang cukup berpengaruh di Amerika Syarikat.

Kini pembangkang sudah tengelam punca , Tidak kira cara atau agenda,  kesejahteraan rakyat bukan lagi matlamat perjuangan , malah ianya hanya omongan kosong yang memberikan senyuman pahit untuk generasi akan datang susulan ketakutan pemimpin Pakatan akan kehilangan hasil khazanah Negara untuk 7 keturunan akan datang.

Dasar yang membolehkan  pemimpin yang mendominasi kuasa mengubah dan memastikan segalanya adalah milik mereka dan keturunan mereka. Dasar ini bukan sahaja dilakukan oleh  Kit siang , malah ianya telah lama dilakukan oleh Mahathir.

Mahathir dan Kit Siang mempunyai agenda peribadi  tersendiri dan banyak orang tahu dimana agihan kekayaan Negara itu  bukan berpihak kepada rakyat, malah ianya diagihkan dengan sewenangnya kepada anak beranak , cucu cicit, serta suku sakat mereka.

Begitu juga dengan Kit Siang, segala  slogan untuk menipu rakyat sebagaimana Mahathir, digunakan untuk berselindung dan menghalalkan mereka untuk merompak harta Negara. Kit Siang pula bersama anak nya terus merompak khazanah di Pulau Pinang.

Jadi jika kedua mereka ini berkuasa , segalanya akan hancur dan musnah serta segala kebajikan rakyat tidak akan diendahkan lagi. Sejarah pemerintahan 22 tahun berulang kembali dimana  untuk rakyat hanya diberikan pandangan mata KLCC  untuk megenyangkan perut.

Kini perebutan kuasa, semakin meruncing, Anwar dgn Kroninya, Kit Siang dengan Kroninya, Mahathir dengan kroninya semua itu telah dipercaturkan untuk mewarisi kuasa keturunan di Malaysia. Mereka beranggapan bahawa Malaysia seperti hak mereka anak beranak.

Sekarang Pakatan Harapan sudah mula mengesan tindakan Mahathir untuk mengambil alih tampok kepimpinan sedia ada. Seperti Belanda dapat tanah, Mahathir sedang mengusir tuan tanah.

Perkara ini dinyatakan oleh  Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mengeluarkan kenyataan oleh pemimpinnya. William Leong Jee Keen membidas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mahathir Mohamad kerana cuba mengambil alih pimpinan Pakatan Harapan.

Tindakan Mahathir cuba mengemudikan semua parti Melayu dalam Pakatan Harapan  adalah satu ancaman kepada DAP.

Semua orang tahu hal ini. Bila kawalan dapat dilakukan maka DAP akan terpinggir dan seterusnya Mahathir akan gunakan kuasa untuk memegang jawatan yang diimpikan.

Cadangan Mahathir supaya beliau mengetuai Pakatan Harapan dengan alasan supaya pembangkang dapat memenangi undi kaum Melayu merupakan satu bencana.

Cadangan Mahathir untuk mengambil alih kepimpinan pembangkang dan untuk PPBM menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan bagi memenangi undi Melayu tidak akan berakhir dengan kemenangan, sebaliknya bencana.

Susulan tindakan itu sudah pastinya ada isu berkaitan dengan perkauman akan ditimbulkan oleh DAP dengan menyatakan bahawa mereka tidak merestui tindakan Mahathir  kerana bersifat memecahkan blok parti Melayu dan Cina didalam pakatan.

Benar adalah kritikal untuk pembangkang memenangi undi Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung. Cara untuk memenanginya perlu dicari tetapi perlu berdasarkan prinsip, menghormati kepentingan semua dan secara konsensus. Cadangan (Mahathir) tersebut gagal dalam menghormati,

Pakatan Harapan tidak boleh berpegang kepada konsep Ketuanan Melayu kerana ia melanggar prinsip pakatan pembangkang. Mana mungkin mereka dapat menerima kelompok  parti Melayu yang dipimpin oleh orang Melayu.

Secara otomatiknya mereka tidak mahu dikawal atau diarah oleh orang Melayu yang mereka sendiri anggap kelompok bangsa kelas kedua. Ini dasar perjuangan Pakatan yang diketuai oleh DAP. Dan  bukan dasar toleransi dalam politik dan kaum.

DAP terus mengkelaskan satu satu bangsa adalah  hina dari bangsa mereka. DAP tidak akan tunduk kepada arahan serta peraturan bangsa lain atau pemerintah lain . Tidak bersetuju dengan dasar bangsa lain. Mereka merasakan diri mereka tertindas.

Pakatan Harapan bertukar daripada dasar Ketuanan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada Ketuanan Melayu merupakan satu pengkhianatan kepada prinsip-prinsip Pakatan Harapan.

Kini jelaslah bahawa Pakatan Harapan hanya platform untuk ahli politik mengejar kuasa dan  menjadi pemimpin kleptokrasi dan memecah belahkan kaum dalam Negara ini dan menjadikan rakyat tidak lagi mempunyai nilai murni terhadap Negara ini.

Biar Negara menjadi padang jarak padang terkukur asalakan kehendak dan kerakusan kuasa yang mereka impikan tercapai. Kebajikan rakyat bukan lagi matlamat malah ianya hanya mimpi yang indah di mata rakyat.

Advertisements
Image | This entry was posted in Menumbangkan Kerajaan Agenda Utama PH- Walaupun Terpaksa Menjadikan Seperti Negara Teluk and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s