Gagal Fitnah MCA- YB Lim  Beri Sumbangan Di Dewan Serbaguna Tepi Masjid Bukan DiDalam Masjid


Oleh rmf

Sikap menuding jari kepada orang lain sudah menjadi resam dan budaya politik DAP atau pembangkang dalam usaha menutup kesalahan yang mereka lakukan. Sikap yang sedemikian adalah lumrah  dilihat sepanjang politik pembangkang.

Tindakan yang dilakukan oleh pembangkang adalah bertujuan untuk melindungi perbuatan mereka yang tidak pernah sensitive dengan budaya, adat resam  masyarakat yang lain  asalkan matlamat mereka tercapai dalam apa cara sekali pun.

Budaya menerjah masuk kedalam rumah dengan berkasut, berceramah didalam Masjid dan mempersendakan  ayat  suci Al Quran telah lama dilakukan tanpa rasa bersalah dan peka sensitivity terhadap pantang larang kaum yang lain.

Sebelum ini kita telah banyak melihat bagaimana pihak pembangkang terus  memainkan budaya agama dan perkauman untuk menimbulkan  rasa kurang senang sesame kaum yang lain. Tindakan ini amat bahaya  dikalangan masyarakat majmuk di Malaysia.

Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkata, sikap pembangkang yang suka menuding jari dan mencari ‘kambing hitam’ adalah sesuatu yang lazim kerana mereka tidak akan mengaku kesalahan sendiri walaupun telah terbukti bersalah.

Dalam hal ini, pembangkang akan melakukan apa sahaja demi menutup kesalahan mereka walaupun terpaksa memburukkan pihak lain dan sudah pasti  rakan sekutu Barisan Nasional MCA tidak akan lepas dan  sering menjadi mangsa dek sikap keji pembangkang ini

Perkara ini telah berlaku baru baru ini dimana  EXCO Melaka YB Datuk Lim Ban Hong  yang dikatakan telah berucap didalam masjid semasa memberikan sumbangan Hari Raya

Dakwaan yang mengatakan YB Lim telah memberikan sumbangan dan berucap didalam Masjid itu adalah satu fitnah dan berniat jahat sama sekali.

Dalam satu kenyataan penafian yang telah dibuat oleh  Ketua Menteri memperjelaskan bahawa  segala dakwaan tersebut adalah berniat jahat dan sebenarnya . YB Lim hanya memberi sumbangan Hari Raya di dewan serbaguna di tepi masjid, bukan dalam masjid.

Sejak dahulu lagi,  sikap pembangkang yang akan tetap mempertahankan pemimpin mereka yang sudah terang lagi bersuluh melakukan kesalahan. Sebab itulah sikap  menuding jari itu adalah sikap lazim pembangkang dan ianya bukanlah sesuatu yang menghairankan

Pelbagai isu yang telah dibangkitkan dan dimomokkan sehingga keluar negara dan memburukkan negara dengan rasa tidak bertanggungjawab terhadap negara hanya kerana mahu mendapatkan kuasa politik serta sokongan pengundi.

Cerita berucap didalam masjid ini adalah merujuk kepada tindakan Sivarasa tang telah melakukannya  di Selangor  dimana telah menyebabkan kemurkaan Baginda Sultan Selangor. Isu ini telah mendatangkan kemarahan rakyat kerna  menyifatkan ianya satu tindakan yang tidak menghormati tempat ibadat orang Islam.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyifatkan tindakan Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa, berucap dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang, pada 24 Mei lalu, sebagai sudah melampaui batas.

Justeru itu , tiada lain cara melainkan pihak pembangkang terus mencari “kambing Hitam” untuk dikorbankan  bagi menutup kesalahan yang telah mereka lakukan. Akhirnya YB Lin telah difitnah sedemikian dan segala fitnah tersebut adalah bertujuan untuk memburukkan nama MCA yang juga akan dianggap tidak peka dengan sensitiviti orang Islam.

Walaupun tuduhan yang dilakukan tersasar dari kejadian sebenar , namun pembangkang akan terus menceritakan keburukan dan persamaan  tindakan mereka  dengan MCA.

Kepada DAP bersihkan diri sendiri dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain. Jangan hebat berkokok tapi ekor bergelumang dengan tahi rasuah.

 

Advertisements
Image | This entry was posted in Gagal Fitnah MCA- YB Lim  Beri Sumbangan Di Dewan Serbaguna Tepi Masjid Bukan DiDalam Masjid and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s